Posted by: bankwahabi | Ogos 11, 2007

APA NIE!!! ASRI NIE JAHIL KE???

Tokoh-tokoh agama jawab Mufti Perlis isu kursus perkahwinan

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Pihak berkuasa agama di beberapa negeri memberikan reaksi berbeza terhadap pendedahan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengenai kursus perkahwinan yang diselitkan dengan unsur lucah.

Ada pihak yang mahu tempoh kursus disingkatkan, ada yang mahu ia disiasat dan ada pula yang mempersoalkan mengapa baru sekarang kenyataan seperti itu dikeluarkan selepas 10 tahun ia dilaksanakan.

Di ALOR STAR, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Kedah, Prof. Datuk Dr. Othman Ishak bersetuju agar tempoh kursus perkahwinan dipendekkan dengan penekanan diberi kepada aspek kekeluargaan dan institusi perkahwinan sahaja.

Katanya, kebanyakan pasangan sudah mempunyai pengetahuan asas tentang perkahwinan yang diperoleh dari pelbagai sumber seperti dari ibu bapa, buku dan majalah.

‘‘Oleh itu, kursus berkenaan harus berfungsi sebagai penyubur pengetahuan pasangan yang hendak berkahwin itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini

Beliau turut menyarankan Jabatan Agama Islam Kedah supaya melihat semula perjalanan kursus perkahwinan yang dianjurkan pihak swasta dan sentiasa memantau pihak yang mengendalikannya.

Di PULAU PINANG, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Shahbudin Yahaya tidak bersetuju dengan kenyataan Mohd. Asri kerana sukatan kursus disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurutnya, dalam sukatan kursus itu memang terdapat modul berkaitan seks, hubungan suami isteri dan adab bersama.

“Tiada unsur lucah dalam kursus perkahwinan yang dianjurkan di Pulau Pinang kerana MAIPP membuat pemantauan secara berkala ke atas pengendali kursus,’’ katanya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa isu itu dibangkitkan sekarang selepas 10 tahun kursus berkenaan dilaksanakan.

Di PAHANG, Timbalan Muftinya, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, tiada sebarang aduan berkaitan unsur lucah dalam kursus perkahwinan di Pahang setakat ini.

Katanya, ini kerana kesemua kursus perkahwinan di negeri itu dipantau oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam dan Pejabat Kadi Daerah.

Katanya, tindakan tegas akan diambil termasuk memberhentikan penceramah yang didapati memasukkan unsur lucah dalam kursus perkahwinan.

Di KUALA TERENGGANU, Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Datuk Shaikh Harun Ismail berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai kursus perkahwinan di negeri itu yang diselitkan dengan unsur lucah.

Beliau berkata, semua kursus perkahwinan di Terengganu dipantau oleh JHEAT dan Pejabat Agama Daerah bagi mengelak ia disalahgunakan oleh mana-mana pihak.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat penceramah yang menyelitkan unsur seks terutama apabila menyentuh mengenai topik hubungan kelamin.

Di IPOH, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury berkata, semua kursus perkahwinan di negeri itu sentiasa dipantau bagi memastikan modulnya tidak tersasar daripada matlamat kursus.

Setakat ini, kata beliau, pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai kursus yang diselitkan dengan unsur lucah.

‘‘Kita juga mengawal kursus perkahwinan di negeri ini dengan cara JAIP hanya akan mengeluarkan sijil jika kursus dikendalikan secara memuaskan,’’ jelasnya.

Di SEREMBAN, Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Mohd. Zaidi Ramli berkata, beliau tidak bersetuju jika kursus perkahwinan dipendekkan sehingga dua atau tiga jam seperti yang dicadangkan oleh Mufti Perlis.

Sebaliknya, beliau mencadangkan agar sukatannya diteliti semula untuk penambahbaikan sekiranya terdapat sebarang kekurangan.

Katanya, kursus perkahwinan tidak perlu dipendekkan kerana modul dan tempoh kursus telah dipersetujui oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan dan diputuskan oleh JAKIM.

– Bernama

http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0811&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm


Responses

  1. ASRI BERJAYA !!!!
    1. Asri berjaya mengalih masalah umat yg sebenar, masalah murtad, rasuah, Islam dihina dan dicabar, kedaulatan Islam terhakis.. Umat tidak sempat nak bincang benda nie.
    2. Asri berjaya mengukuhkah kedudukan pemimpin UMNO/BN yg korup, tidak amanah, menyeleweng, pembunuh, hipokrit.
    3. Asri berjaya melaksanakan agenda setan dunia, iaitu Amerika dan Yahudi.
    4. Asri berjaya mengelirukan dan menipu myoritas umat Islam .


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: