Posted by: bankwahabi | April 7, 2007

Memperlekehkan ulama

Bicara Agama http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0408&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

Memperlekehkan ulama

Bersama: MOHD. YUSOF ABAS
SOALAN: Sekarang lahir kumpulan yang berani mempropagandakan ajaran agama dengan mempersoalkan hadis dan rijalnya (perawinya), fikh dan pemimpinnya, sejarah dan kehidupan bangsanya, salaf salih dan kehebatan mereka. Setahu saya perkara ini dibiarkan dan tidak ada mereka yang cuba menolak atau menjelaskan fahaman mereka tersebut?

– Azman Saidin,

Jalan kebun, Kelang, Selangor.

JAWAPAN: Mereka itu sudah lama timbul dan tenggelam ditelan zaman dan percayalah kepalsuan gerakan kumpulan ini tidak akan dapat bertahan lama. Tulisan mereka seperti ini akan hilang, kata-kata mereka akan ditolak, usaha mereka tersebut akan menjadi sia-sia dan tidak dipedulikan. Segalanya akan hilang dan lenyap selain kebenaran. Kita akan lihat mereka sengaja membuat bermacam tuduhan seperti mengatakan para ulama fiqh itu bila ingin merangka sesuatu hukum akan mereka-reka hadis tertentu. Lihat bagaimana pembohongan mereka terhadap para ulama. Apakah dapat dikatakan Imam Abi Hanifah, Malik, Syafie, Hanbali, Thuri Auza‘I atau guru-guru mereka seperti ‘Ata Hasan Said Ibrahim daripada kalangan para ilmuwan terkemuka Islam. Apakah mereka sanggup berbohong terhadap Allah s.w.t., dan Rasul-Nya dengan mengada-gadakan sebarang hadis daripada pihak diri mereka sendiri? Begitu juga kata mereka, ulama fiqh itu bila ingin mengembangkan sesuatu hukum baru mereka merangka keadah tertentu sesuai dengan fikiran mereka. Imam kita pernah menolak dakwaan mereka dengan hujahnya yang kuat, lojik dan tepat. Sedangkan hadis atau kaedah tersebut diambil dari asal dalil yang jelas seperti kaedah al dharurah tubihul mahzurat itu diambil dari asasnya yang jelas dari hadis yang berbunyi la darara wala dirar. Demikianlah kaedah yang lain-lain lagi sebab itu kita perlu terima, selain apa yang nyata bertentangan dengan ajaran agama sendiri. Ada orang berpendapat, semua kata ulama tidak perlu kita terima kerana katanya perkataan ulama itu, bukan daripada Nabi sendiri. Ketahuilah melalui merekalah (para ulama) kita boleh belajar dan mendengar sejarah salaf dan hadis Rasul itu dan kalau tanpa mereka siapalah kita semua. Kita harapkan ada mereka yang sanggup menolak hujah mereka itu dari semasa ke semasa. Baginda ada mengingatkan bahawa para ulama itu, adalah pewaris Nabi (HR Muslim). Dan siapa yang menolak ulama bererti dia menolak para Nabi sendiri kerana baginda diutuskan sebagai ulama dan guru. Dan perlu ditegaskan bahawa sikap tidak menghormati atau tidak mengenang jasa guru itu bukan dari ajaran agama kita. Wallahualam.

Komen Bankwahabi: Hal ini memang ada kait rapat dengan golongan/Virus2 Wahabi yand sibuk menjaja sana sini. Contohnya Program Wahabi Tajdid nak dibuat di Masjid Wilayah. Pihak Masjid dikambing hitamkan oleh WAHABI…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: