Posted by: bankwahabi | Mac 8, 2007

Penularan Mazhab Wahabi gugat masyarakat Islam

Penularan Mazhab Wahabi gugat masyarakat Islam
Thailand

Oleh ROSLAN ARIFFIN dan MD NASIR RANI,Bernama

Tidak cukup dengan tekanan pihak berkuasa Thailand,
masyarakat Islam di selatan negara itu kini berdepan
pula dengan penyebaran mazhab Wahabi yang ditolak oleh
kebanyakan umat Islam di Narathiwat.

Penularan mazhab Wahabi, yang antara ajarannya
terdapat yang bertentangan dengan amalan ahli sunnah
seperti haram melagukan bacaan Al-Quran dan azan serta
tidak boleh mengadakan perayaan agama, dikhuatiri
boleh mencetuskan bibit-bibit perpecahan di kalangan
penduduk Islam di sini, kata seorang pegawai Majlis
Agama Islam Narathiwat (MAIN).

Beliau memberitahu Bernama bahawa terdapat pihak
tertentu cuba mengembangkan mazhab Wahabi sehingga
menimbulkan kecelaruan dan konflik di kalangan
majoriti penduduk Islam di sini yang telah lama
berteras kepada mazhab ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Kita tahu fahaman itu sengaja disebarkan oleh musuh
Islam dengan tujuan untuk memecahbelahkan perpaduan
Islam di sini,” kata pegawai itu.

Katanya strategi golongan anti-Islam ini mula
menunjukkan kejayaan kerana telah terdapat tanda-tanda
perpecahan antara dua kumpulan Islam itu apabila
golongan muda yang lebih didedahkan kepada mazhab
Wahabi mula berani cuba menafikan amalan-amalan sunat
yang dijalankan oleh golongan ahli sunnah.

“Kumpulan pengamal Wahabi mula menganggap banyak
amalan dan perlakuan ahli-ahli agama yang lama sebagai
bidaah hingga timbul rasa kurang senang,” katanya.

Amalan kumpulan Wahabi yang didakwa bertentangan
dengan ajaran asal Islam antaranya ialah berzikir,
bertahlil dan menyambut Maulidul Rasul.

Pengamal Wahabi juga mengharamkam foto, muzik dan
peralatannya, nyanyian malahan video termasuk
perlakuan pengebom berani mati.

Wahabi menentang kesemua perkara itu kerana mendakwa
perkara itu tidak dibuat semasa pemerintahan
Rasullullah dan para sahabat baginda yang mewarisi
pemerintahan Islam.

Pegawai MAIN itu berkata mazhab Wahabi yang diamalkan
oleh sebahagian masyarakat Arab khususnya di Arab
Saudi cuba dikembangkan di sini bertujuan untuk
menimbulkan perbalahan di kalangan masyarakat Islam
Thai yang keseluruhannya bermazhab Sunni.

“Kekuatan utama umat Islam di selatan Thailand ialah
mampu bersatu padu dengan fahaman Islam yang satu
hingga tidak boleh digugat sejak beratus-ratus tahun
dulu. Sebab itu musuh Islam sekarang berusaha hendak
musnahkan Islam dengan menggunakan Islam itu sendiri
setelah pelbagai cara lain gagal,” katanya.

Beliau berkata MAIN telah banyak kali mengeluarkan
ingatan supaya masyarakat Islam di sini berwaspada
terutama terhadap berkembangnya mazhab Wahabi kerana
ia boleh menimbulkan perbalahan antara mereka.

Kira-kira 90 peratus daripada enam juta penduduk di
Selatan Thailand terdiri daripada umat Islam yang
secara tradisinya telah menetap di tiga wilayah
utamanya iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat sejak
Islam berkembang di rantau ini sejak berkurun-kurun
lagi.

Wilayah di selatan Thailand juga unik berbanding
dengan kawasan lain Thailand kerana majoriti
penduduknya lebih selesa menggunakan bahasa Melayu
yang seakan-akan sama dengan loghat Kelantan dalam
perbualan harian sesama mereka dan bukannya bahasa
Thai, yang menjadi bahasa wajib di semua sekolah.

Imam Masjid Al Muhammadiah di Bacho di sini, Abdul
Rahman Nassir, 63, ketika ditemui berkata pengamal
fahaman Wahabi mula meluas sejak beberapa tahun lepas
setelah dibawa oleh pelajar-pelajar Islam yang balik
dari Arab Saudi.

Katanya amalan Wahabi sukar diterima sepenuhnya oleh

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id\u003dcom.tms.cms.article.Article_210bf2fe-ca9db1d0-c0c18f00-3b1b38bd



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: