Posted by: bankwahabi | Mac 5, 2007

Puak Wahhabi Mengelabah di UIAM…SATU HAKIKAT KESESATAN MEREKA

Puak Wahhabi Mengelabah di UIAM

Hari Sabtu lepas, 3 Mac 2007, beberapa badan mahasiswa UIAM telah mengadakan Seminar & Forum Aqidah Islamiyyah berteraskan Ahlus Sunnah wal Jamaah di Auditorium Utama UIAM.

Saya tidak mahu ulas perihal perjalanan Seminar & Forum dan topic-topik yang dibincangkan. Apa yang ingin diutarakan di sini ialah sekitar tajuk tulisan ini – Puak Wahhabi Mengelabah – apabila seminar dan forum seumpama ini dianjurkan.

Mengelabah habislah – kata orang. Baik dari pihak para pensyarah pro-wahhabi (termasuk Mazlee sendiri) hinggalah ke pihak yang tak ada kena mengena dengan UIAM seperti Shahidan Kasim – nun jauh di Perlis – pun sibuk berusaha membatalkan program ini. Hingga ke Rektor UIA dan JAKIM – masing-masing usahakan dan buat kecoh dan cuba batalkan program ilmu seperti ini.

Tidak cukup dengan itu, puak-puak wahhabi ini juga bertindak liar. Ada beberapa orang telah dikenal pasti mengoyak serta membuang poster seminar tersebut. Diberitakan satu laporan sedang dibuat ke pihak atasan UIAM untuk diambil tindakan disiplin kerana mengoyak poster program rasmi yang telah diluluskan oleh pihak universiti.

Malah kesungguhan mereka membatalkan program ilmu untuk para mahasiswa yang dahagakan kebenaran ini amat jelas apabila hampir kesemua poster yang dipasang telah dikoyakkan atau hilang dibuang.

Keganasan puak wahhabi ini tidak berhenti di situ. Mereka mencetak beberapa risalah fitnah serta mengugut para pelajar untuk tidak hadir program yang berusaha membawa para mahasiswa ke jalan kebenaran. Ribuan naskah didapati bertaburan hingga mecemarkan kebersihan kampus apabila sebahagiannya bertaburan ditiup angin.

Kenapakah puak yang mengaku mereka berjuang dan behujjah dengan kesarjanaan mengelabah apabila ada pihak yang dengan ikhlas berusaha untuk menyampaikan ilmu kebenaran kepada mahasiswa yang dahagakan maklumat yang benar dan tepat berhubung Ahlus Sunnah wal Jamaah bertindak liar sebegini? Apakah hujah-hujah mereka dan kesarjanaan mereka itu tidak kemas dan banyak loop holes?

Sebenarnya itulah identiti serta cara mereka selama ini. Lihat sahaja sejarah perkembangan ajaran wahhabi. Bagi mereka, sampai ke peringkat membunuh orang yang sedang beribadat masih tidak menjadi kesalahan – dan diizinkan. Sejarah telah menyaksikan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di kota suci Islam – baca kitab Fitnatu-l-Wahhabiyyah” karangan Mutfi Mekkah (Sheikh Zaini Dahlan). Kekejaman puak wahhabi telah banyak diriwayatkan dalam tulisan-tulisan lain – yang secara jelas mempamerkan identiti fahaman mereka.

Alhamdulillah – program sehari pada 3 Mac itu berhasil dan berjalan dengan lancar dan turut dihadiri beberapa pemerhati puak wahhabi sendiri. Malah mereka kemudian turut menyebarkan sms dengan memfitnah Ustaz Uthman el Muhammady (dalam ceramahnya) menuduh Ibn Taimiyyah sesat. Amat dikesalilah tindakan puak wahhabi yang sanggup berbohong dan menabur fitnah sedemikian rupa. Inilah masalah mereka ini, bila hadir majlis ilmu – tidak ikhlas. Niat mereka semata-mata untuk menjadi spy. Dan mereka menutup teliga apabila mendengar kebenaran – dan hadir dengan mind-set yang tertutup, sudah ditetapkan dan tidak terbuka.

Anologinya seperti agen-agen SB yang selalu hadir untuk membuat pengintipan dalam majlis-majlis ceramah agama. Mereka hadir atas niat nak jadi spy kepada musuh Islam. Kehadiran meraka tidak ikhlas. Maka ilmu dan cahaya kebenaran itu tidak dapat membuka hati mereka untuk menerima yang haq.


Wallahu alam bis sawab

Azizi Mokhtar – Gombak


Responses

  1. Memang payah kita nak jangka wahabi ni.
    kita dapat lihat begitu cepat mufti pilot tu keluarkan buku menentang Ust Zamihan.Kalau dibaca dalilnya pun tak kukuh
    pelik nyer,pilot yang nak jadi muhadisin.
    Pastu habis semua orang dibidaahkannya.
    Agaknya nak kena isytihar jihad kepada wahabi ni macam pejuang cechen buat untuk menentang wahabi ni.
    Tapi alhamdulilah kat malaysia ni, kita masih boleh gunakan pen dan lisan bagi menentang hujah mereka.
    Tidak sukar menentang hujah mereka ini kerena mereka ini kebanyakan dari golongan yang jahil agama kemudian dengar satu kuliyah wahabi terus jadi mujtahid.
    Wah hebatnya mujtahid wahabi ni.
    Cuba baca komen diorang kat ALahkan eh ALAHKAM lak.
    Mesti semuanya negatif.
    Sebab diorang dah buat laporan tentang forum tu.
    Aih ,yang diorang wat seminar tajdid tu oarng takde kecoh kecoh sangat pun.

    Memang benar lah hadis nabi terhadap wahabi ni.
    Mereka umpama anak panah yang meluncur laju dari busurnya
    dan tidak akan berpaling kembali.

    Kerana dalam hati mereka ada sejenis penyakit dan Allah menambahkan lagi penyakit dalam hati mereka itu.

  2. Laknat ke atas Wahabi

  3. Ana rasa tidak perlulah sampai kita mengatakan begitu kepada previous commentar. Bagi mereka di kampus terdapat mrk yang masih baru terkesan, ada yang memang sangat eksterim dan ada yang sederhana.Namun manhajnya sama, pemahamannya sama.
    Namun kita perlu meneliti masih ramai yang terkeliru lagi dan masih mencari-cari. Mereka yang ikhlas. Dan ana lihat ada di kalangan mrk yang ikhlas dan mencari kebenaran yg perlu didekati.

    Di sini kita melihat akhlak dan adab mereka yg sgt kurang terhadap ilmu dan Ulama. Seperti biasa, selalunya yang kita saksikan kebanyakan dr mereka yang pergi ke Majlis-majlis kita dengan niat untuk apa ntahlah..Selalunya begitu. Ya, kita tidak dapat melihat niat, namun kita dapat melihat adab dan reaksi mereka terhadap majlis itu.Sedih sanga bila kedapatan dr kalangan sahabat2 kita yg mencebik dan mentertawakan atau menhadang hati dr menerima kebenran di majlis-majlis yang ingin mencari kebenaran. Sedang hati yg ikhlas dan ingin mencari kebenaran adalah asas kepada penemuan kebenaran.

    Ana teringat bila diadakan satu program Tajdid under mrk akhir tahun lepas ana dengan rendah dirinya mengakui pd diri sendiri yg ana tidak akan dan tidak mahu pergi ke majlis tersebut takut andai tersalah niat yang dimurkai Allah. Jesteru ana tidak pergi. Namun utk kita melakukan perkara2 seperti yg mrk lakukan terhadap majlis-majlis mrk, ianya bukan cara kita dan bukan cara SalafunaSoleh. Sepatutnya mrk berlapang dada dengan perbicaraan ilmiah ini sebagaimana sahabat2 kia juga pergi ke majlis-majlis mrk.

    Allah
    Allah
    Allah

    Namun doa tidak pernah lekang dr kita agar Allah membuka hati sahabat2 kita yg masih baru dan Alhamdulillah, baru2 ni bila Syeikh Nur dtg Uia, terdapat beberapa sahabat yang pernah terkesan dengan puak mereka, sedar dan sangat gembira dengan majlis dan pengisiaan Majlis Syeikh Nur. Alhamdulillah.

    Bagi yang tidak membuka hati mereka, maka Allahlah sebaik-baik tempat kembali.

    Kita sayangkan sahabat2 kita. Dan moga Allah memberi jalan.
    Amin

  4. Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh nai. cuma dalam beberapa situasi, kita tidak boleh terlalu berlembut dengan puak2 ini sebab mereka jenis yang tak tahu malu dan sanggup mengambil for granted kebaikan yang ditunjukkan oleh orang lain.

    Suatu ketika dahulu pihak2 ini pernah membuat program yang tidak diluluskan universiti dan apabila terbongkar, mereka menjelaskan kepada universiti bahawa saya+sahabat2 dalang sebenar di sebalik aktiviti mereka. Ambil masa pula saya dan sahabt2 yang dituduh, bertemu SB untuk menjelaskan perkara sebnar. Dahla tu, kami berada di akhir tahun pengajian yang boleh menyebabkan pengajian ditangguh. Astaghfirullah.

    maka ianya bukan satu kepelikkan apabila mereka sanggup memfitnah orang lain demi menyelamatkan punggung sendiri yang tak tertahan dek panas akibat perbuatan sendiri.

    Namun, perkara ini tidak selesai jika kita juga ‘berkelakuan’ hampir seperti mereka. Jika kesarjanaan ilmu yang mereka kehendaki, maka ilmulah yang akan kita beri. forum2 seperti di UIAM ini saya rasa perlu diluaskan lagi ke IPT2 dan masyarakat umum yang lain. insyaAllah

    saya akan tetap menentang hipokrasi.

  5. Saya mahu tambah sedikit…
    Syukran kepada sahabat2 yg memberi komentar…

    Agar semua sahabat sedar….
    “Ridha dgn kekufuran itu kufur”
    Walau pun mereka yg mengikut wahhabi ini secara buta tuli dan sebenarnya mereka ini ikhlas hati krn Allah untuk mendapatkan keampunan Allah…Telah berkata Khalifah Umar Abdul Aziz kepada kaum Khawarij…”Aku tahu kamu mencari keredhaan Allah, kamu zuhud di dunia ini..tapi kamu telah salah jalan”..kesimpulannya, walau pun niat ikhlas kerana Allah, tapi aqidah itu yg sesat dan salah lagi terpesong…Maka terkeluarlah mereka dari millah Islam…
    Ini Bukan saya yang cakap kosong…tapi para salaf sholih..para tabi’in…mereka mewajibkan mengkafirkan mujassimah dan musyabbihah..Jika ada yg meragukan kebenaran ini boleh berjumpa dengan saya..email saya madrehab@gmail.com…semua bukti kata2 Ulamak ada tertera di dalam kitab2 mereka…bagi yang mahu menerima maka Allah akan buka pintu hatinya…

    Wahai kaum Sunniyun….

    Janganlah kamu bimbang untuk menghukum orang yg mengatakan “Allah duduk di atas araysh dan sebagainya” bahawa mereka ini KAFIR….Jika memang zahir dan jelas mereka katakan…Maka Kafirlah mereka…Jika kita yakin mereka kata begitu tapi, kita tawaqquf, atau syak dengan KEKAFIRAN mereka, maka kitalah yg KAFIR..kerana..kita redha dengan kekufuran….Kalau nak tahu..ini bukan rekaan saya atau ulamak sekarang..tapi rujukan2nya daripada ulamak2 salaf dan juga shohabat2 ridhwanullah hi alaihim ajmain.

    sahabat2..elakkan untuk redha dengan kekafiran mereka(Wahhabi-Talafi)..kerana antum semua boleh terperangkap ke lembah KEKAFIRAN…Tapi ingat JIKA MEREKA JELAS LAFAZ KATA2 KUFUR SEPERTI TADI……

    Wallahu a’la wa a’lam…

  6. salam….
    ana bdk bru dlm prbncngan ni…..
    so nk tnye, bidaah itu sesat ke???


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: