Posted by: bankwahabi | Februari 1, 2007

RUJUKAN KESESATAN IBN TAIMIYYAH DAN WAHABIYYAH…”MURTAD”=WAHABIYYAH MUJASSIMAH

SAYA COPY PASTE SEBAB TAK NAK BUANG MASA MENULIS BENDA SAMA YG ORG LAIN DAH TULIS.http://ahlussunnah-waljamaah.blogspot.com/ SEDARLAH WAHAI KAUM AGAMA BARU WAHABIYYAH YG TALAFI(MEROSAKKAN) BAHAWA KAMU INI BUKANLAH DARI AHLUL MILLAH KAMI.KAMU DATANGKAN AGAMA BARU KAMU.ADA SAHABAT KOMEN SEBAB APA KITA SIBUK2 DENGAN ISU WAHABI INI,KENAPA TIDAK AMBIL KISAH MURTAD ATAU GOONGAN SESAT YG LAIN.JAWAPANNYA ADALAH KERANA WAHABI INI AMAT BAHAYA DAN DAHSYAT KEROSAKAN DAN KEBURUKAN PADA UMMAT ISLAM AHLUL SUNNAH WAL JAMA’AH.MEREKA INI DIKATEGORIKAN AHLUL BIDA’H YG SESAT DALAM AQIDAH.

MAKA JAUH SEKALI MEREKA INI DARI ORANG ISLAM.KEPADA MEREKA YG MENYOKONG ATAU REDHA ATAU SENYAP ATAU TAKUT ATAU AMBIL TIDAK PEDULI MASALAH INI DENGAN ALASAN MEREKA(WAHABI) INI TIDAK APA,MEREKA INI BENAR.MAKA PADAHLAH BAGI MEREKA YG BERDIAM DIRI ATAS KEMUNGKARAN AQIDAH YG BERLELUASA,HINGGAKAN ADA YG MENGANGKAT WAHABI INI SEBAGAI ULAMAK ATAU MUJADDID,MAKA KAEDAH USUL BERBUNYI”REDHA DENGAN KEKUFURAN ITU KUFUR”…FAHAM2 LAH SENDIRI MEREKA YG MENYOKONG,REDHA,SENYAP,TAKUT,DIBAYAR,DIRASUAHKAN WANG OLEH WAHABI INI..MAKA TERMASUKLAH DLM KAEDAH USUL ITU… AKU SEDIAKAN MAKLUMAT2 DI BAWAH INI UNTUK MEREKA YG BENCI KEMUNGKARAN WAHABI INI..SILALAH MEMBACANYA…BAGI WAHABI,MENGUCAPLAH KAMU,PERBAHAUKAN SYAHADAH KAMU,DAN TINGGALKANLAH SEGALA PANDANGAN DAN PEGANGAN AQIDAH SESAT KAMU… ADA PULA PIHAK YG BIMBANG PADA BLOG HAMBA INI…WALAUPUN HAMBA KERDIL,TAPI HAMBA YAKIN HAMBA DIPIHAK YG BENAR DAN HAQ.

ADA SATU WEBSITE YG TAKUT KEMUNGKARAN MEREKA TERJEJAS…WEBSITE:http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=15330

BLOG HAMBA BUKAN UNTUK MENGHASUT TAPI MENJELASKAN KEBENARAN”AMR BIL MA’RF WAN NAHYU ANIL MUNKAR”

SELAMAT MEMBACA…YANG BENAR DAN HAQ TIDAK DAPAT DISEMBUNYIKAN LAGI

AJARAN SESAT WAHABI KEEMPAT

Menyambut Maulidur Rasul adalah haram dan bidaah dholalah.

Ulama Wahabi menfatwakan bahawa menyambut sambutan Maulidur Rasul SAW adalah haram dan bidaah dholalah . Hujah mereka adalah kerana Rasul SAW dan para Sahabat Rasul SAW tidak mengamalkannya dan ianya merupakan satu perkara bidaah(yang diada-adakan) dalam Islam dan bagi mereka setiap bidaah adalah sesat.

Ini bertentangan dengan pendapat jumhur ulama Ahlussunnah wal Jamaah yang membolehkan sambutan Maulidur Rasul diadakan bagi memperingati jasa-jasa Rasul SAW dan sebagai tanda terima kasih kita kepada Rasul SAW yang membawa rahmat ke sekalian alam dengan kelahirannya ke muka bumi ini.

Bagi Ahlussunnah wal Jamaah, bidaah itu terbahagi kepada 2 iaitu bidaah hasanah dan bidaah dholalah. Dan sambutan maulidur rasul ini termasuk dalam kategori bidaah hasanah (baik). Kerana ketika sambutan Maulidur rasul inilah , amalan-amalan baik dan ibadah banyak dilakukan seperti selawat, berzanji, mendengar ceramah sirah nabi, nasyid dan pelbagai aktiviti yang menanam rasa kecintaan kita kepada Rasul SAW dengan harapan untuk mendapatkan syafaatnya di Akhirat kelak.

Ulama Wahabi juga pernah menuduh bacaan selawat ketika Maulidur Rasul yang menyebut:

“Anta nuurun faqaunuri” yang bermaksud “Andalah cahaya di atas cahaya” sebagai bercanggah dengan ayat Al Quran ke 35 surah An Nur yang berbunyi:

“Allahu nurus samawa ti wal ard” yang mereka terjemahkan sebagai ” Allah adalah cahaya langit dan bumi.”

Ulama Wahabi menafsirkan selawat tersebut berlawanan dengan ayat Al Quran tadi kerana bagi mereka, Allah adalah cahaya langit dan bumi dan sekiranya Rasul adalah cahaya di atas cahaya, maka seolah-olah Rasul SAW adalah lebih tinggi dan mulia daripada Allah SWT. Maha Suci Allah! Lihatlah betapa dangkalnya tafsiran Wahabi ini yang hanya menerima tafsiran zahiriah ayat Quran tersebut dan tidak mengupas maksud simbolik atau batiniah surah tersebut.

Bagi Ahlussunnah wal Jamaah, tafsiran ayat Quran 35 surah An Nuur itu sepatutnya berbunyi:
“Allah adalah cahaya (petunjuk/hidayah) langit dan bumi” dan bukannya seperti yang ditafsir oleh ulama Wahabi tersebut.

Sekiranya tafsiran ulama Wahabi ini diterima, maka kita telah melakukan syirik dengan mengatakan Allah itu adalah cahaya sepertimana cahayanya para malaikat, matahari, lampu, lilin dan sebagainya. Maha Suci Allah daripada bersifat seperti makhluk-Nya.

Mari kita melihat surah As Syura:11 yang bermkasud: “Tiada yang menyerupai-Nya sebarang sesuatu.” Tetapi hal ini pun tidaklah menghairankan kerana mereka lebih gemar mengikuti Ibnu Taimiyah laknatullah itu dalam menerima tafsiran zahiriah semata-mata tanpa mengupas dan melihat maksud tersirat dalam sesuatu surah itu.

AJARAN SESAT WAHABI KETIGA

BERDOA DENGAN CARA TAWASUL ADALAH SYIRIK.

Ulama-ulama Wahabi selalu menfatwakan bahawa berdoa dengan cara tawasul adalah syirik dan haram. Hal ini tidaklah menghairankan kerana fahaman Wahabi ini adalah penerus yang fanatik dari fatwa-fatwa Ibnu Taimiyah yang sesat itu.
Pendirian kaum Ahlussunnah wal Jamaah dalam soal tawasul sudah diperjelaskan dalam bab yang terdahulu yang membincangkan fatwa-fatwa Ibnu Taimiyah. Pada bab itu telah kami kemukakan dalil-dalil Al Quran dan hadis-hadis yang berkaitan dengan tawasul itu. Sila rujuk kembali.

Sunday, November 26, 2006

AJARAN SESAT WAHABI KEDUA

Qubbah di ats kubur adalah Haram.

Puak Wahabi berpendapat bahawa membina qubah di atas makam perkuburan adalah haram dan patut diruntuhkan.

Hal ini dilaksanakan oleh mereka pada ketika memasuki Hijjaz pada gelombang yang pertama tahun 1803M dan pada masa gelombang kedua pada tahun 1924M. Qubbah makam Siti Khadijah r.ha di Mua’la Mekah dan Sahabat-sahabat lain, begitu juga qubbah Sayidina Hamzah r.a dekat bukit Uhud begitu juga qubbah di makam Baqi’ di Madinah semuanya diruntuhkan.

Bukan sahaja qubah makan tetapi juga qubah peringatan Maulud Nabi di Suq Al Lail juga diruntuhkan dengan meriam. Di seluruh dunia Islam selain yang dikuasai Wahabi kita dapat melihat qubbah-qubbah ini seperti di Palestin, Iraq, Maghribi, Mesir, Turki, Afghanistan, Pakistan, Syiria, Indonesia; semuanya terdapat qubbah di atas maqam para ulama dan nabi-nabi.

Bagi kaum Ahlussunnah wal Jamaah, membina qubbah-qubbah ini tidak ada salahnya bahkan baik kerana sebagai tanda bagi ulama-ulama dan auliya-aulia yang bermakan di situ disamping memudahkan para Muslimin mencarinya untuk tujuan ziarah.

Tetapi kaum Wahabi ini tidak berani meruntuhkan qubbah yang ada di atas makam Nabi Muhammad SAW di Madinah kerana takut akan reaksi dunia Islam seluruhnya.

Saturday, November 18, 2006

AJARAN SESAT WAHABI PERTAMA.

Puak Wahabi melarang orang belajar tentang sifat 20 pada hal ini dianjurkakn oleh Ahlussunnah wal Jamaah. Ini jelas dapat dilihat di negara Arab Saudi. Mereka menciptakan suatu pengajian tauhid secara baru yang tidak ada sejak dahulu, baik pada zaman nabi SAW atau pada zaman Sahabat baginda.
Pengajian baru itu mereka namakan dengan “Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah”.

Tauhid ini ada 2 jenis, kata mereka iaitu:

1. Tauhid Rububiyah iaitu tauhidnya orang kafir dan tauhidnya orang musyrik yang menyembah berhala, atau dengan kata lainnya “Tauhid” orang yang syirik.

2. Tauhid Uluhiyah iaitu tauhidnya orang Mukmin, tauhidnya orang Islam serupa iman dan Islamnya puak Wahabi.

Merka mengatakan bahawa dalam Al Quran disebut begini:

” Katakanlah (Wahai Muhammad): Kepunyaan siapakan langit dan bumi dan semua isinya kalau kamu mengetahui? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah kepada mereka: Mengapa kamu tidak mengambil perhatian?” ( Al Mukminun:84-85)

Dengan ayat ini kaum Wahabi mengatakan bahawa orang kafir pun percaya kepada adanya Tuhan tetapi imannya tidak sah kerana menyembah berhala disamping pengakuannya kepada adanya Tuhan iaitu Allah.

Dalil lain yang mereka ajukan adalah:

“Dan kalau engkau bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menjadikan matahari dan bulan, mereka akan menjawab: Allah. Maka: Bagaimana kamu berpaling daripada kebenaran?”
(Al Ankabut:61)

Jadi kesimpulannya, orang Wahabi, orang kafir mengakui adanya Allah tetapi mereka menyembah selain Allah.

Jadi, kata mereka, ada orang yang mengakui adanya Tuhan tetapi menyembah selain Tuhan adalah bertauhid Rububiyah iaitu Tauhidnya orang yang mempersekutukan Allah.
Adapun Tauhid Uluhiyah ialah tauhid yang sebenar-benarnya iaitu mengesakan Tuhan sehingga tidak ada yang disembah selain Allah.

Demikian pengajian Wahabi.

Pengajian seperti ini tidak pernah ada sejak dahulu. hairan kita melihat falsafahnya. Orang kafir yang mempersekutukan Tuhan digelar kaum Tauhid. Adakah Sahabat-sahabat Nabi menamakan orang musyrik sebagai ummat Tauhid? Tidak!

Syirik dan Tauhid tidak mungkin bersatu. Hal ini adalah 2 perkara yang berlawanan bagai siang dengan malam.
Mungkinkah bersatu siang dengan malam serentak?Begitulah juga tidak adanya syirik dan tauhid bersatu dalam diri seseorang. Sama ada dia Tauhid atau Musyrik. Tidak ada kedua-duanya sekali. Jelas ini adalah ajaran sesat dan bidaah yang dipelopori oleh puak Wahabi & kini telah merebak ke dalam pengajian Islam teruatamnya di Timur Tengah.

Kaum Wahabi yang sesat ini menciptakan pengajian baru dengan maksud untuk menggolongkan manusia yang datang menziarahi makam Nabi di Madinah, bertawasul dan amalan Ahlussunnah wal Jamaah yang lain sebagai orang “kafir” yang bertauhid Rububiyah dan yang mengikuti mereka sahaja adalah tergolong dalam Tauhid Uluhiyah.

Thursday, October 26, 2006

PUAK WAHABI – PENERUS AJARAN SESAT IBNU TAIMIYAH

Puak Wahabi diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahab. Fahamannya dinisbahkan kepada bapanya iaitu Abdul Wahab. Dalam fiqh, mereka berpegang kepada Mazhab Hanbali yang disesuaikan dengan tafsir Ibnu Taimiyah laknatullah.

Dalam kitab Munjid ternyatalah bahawa fahaman Wahabi itu adalah penerus faham Ibnu Taimiyah yang sesat lagi menyesatkan , bahkan lebih fanatik dan radikal daripada Ibnu Taimiyah sendiri.

Dalam kitab Kasfus Syubahat karangan ulama-ulama Wahabi, cetakan An Nur di Najd, diceritakan sejarah ringkas fahaman Wahabi begini:

Muhammad bin Abudul Wahab berasal dari qabilah Bani Tamim yang lahir pada 1115H dan wafat pada tahun 1206H. Dia mendapat pelajaran agama di Mekah dan Madinah. Di antara gurunya di Mekah terdapat nama Syeikh Muhammad Sulaiman Al Kurdi, Syeikh Abdul Wahab (bapanya sendiri) dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab.

Muhammad bin Abdul Wahab ini ketika mudanya banyak membaca buku karangan Ibnu Taimiyah dan lain-lain pemuka yang tersesat.

Dia mula menyiarkan fatwa-fatwanya yang ganjil di negerinya sendiri iaitu di ‘Ain yah tetapi penguasa negeri itu iaitu Uthman bin Ahmad bin Ma’mar telah mengusirnya dan berusaha membunuhnya.

Kemudian ia berpindah ke Dur’iyah dan penguasanya adalah Muhammad bin Saud yang sanggup menolong Muhammad bin Abdul Wahab untuk menyebarkan fatwa-fatwanya yang sesat. maka bersatulah 2 orang Muhammad yang berlainan kepentingan.

Muhammad bin Abdul Wahab memerlukan seorang penguasa untuk menolong penyiaran fahamannya yang baru dan Muhammad bin Saud pula memerlukan seorang “ulama” yang dapat mengisi rakyatnya dengan ideologi yang keras demi memperkukuhkan pemerintahan dan kekuasaannya.

Muhammad bin Abdul Wahab pernah menghantar delegasi ke Mekah dan menyiarkan fatwanya yang ganjil tetapi Syarif Mekah di waktu itu iaitu Syarif Mas’ud menangkap orang-orang ini bahkan membunuh sebahagiannya tetapi Muhammad bin Abdul Wahab dapat melarikan diri dan memberi laporan kepada Raja Saud. Sejak itu, lahirlah permusuhan di antara kaum Wahabi di Mekah dengan Syarif di Mekah.

Muhammad bin Abdul wahab memfatwakan bahawa orang di Mekah itu banyak yang kafir kerana mereka membolehkan berdoa dengan tawasul di hadapan makam Nabi, menziarahi makam nabi, berdoa sambi menghadap makam nabi, memuji nabi dengan membaca nazam Burdah Amin Tadza, membaca selawat Dalailul Khairat, membaca kisah Maulud Barzanji dan kerana mereka enggan menerima fatwanya.

Tersebut dalam sejarah, bahawa satu kali terjadi perdebatan antara Muhammad bin Abdul Wahab dengan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab dalam soal kafir mengkafir ini.

Sulaiman bertanya kepada adiknya: “Berapakan rukun Islam?”
Muhammad menjawab: “Lima”

Sulaiman : “Tetapi kamu menjadikannya 6”
Muhammad: “Apa?”
Sulaiman: ” Kamu memfatwakan bahawa siapa yang mengikutmu adalah mukmin dan yang tidak sesuai dengan fatwamu adalah kafir.”
Muhammad terdiam dan marah.

Sesudah itu Muhammad bin Abdul Wahab cuba menangkap dan membunuh abangnya tetapi Sulaiman dapat lari ke Mekah dan menulis sebuah kitab ” As Shawa’iqul Illahiyah firraddi ‘alal Wahabuiyah.” (Petir Tuhan untuk menolak fahaman Wahabi)

Tertulis dalam buku itu sejarah perdebatan seorang lelaki dengan Muhammad bin Abdul Wahab.

Seorang lelaki bertanya: “Berapa ramai orang yang dibebaskan Tuhan dalam bulan Ramadhan?”
Muhammad bin Abdul Wahab menjawab: “100,000 orang”
Lelaki itu bertanya lagi: “Pada akhir bulan Ramadhan berapa?”
Muhammad menjawab: “Pada akhir bulan Ramadhan dibebaskan Tuhan sebanyak yang telah dibebaskan tiap-tiap malam Ramadhan”.
Lelaki itu berkata lagi: “Dari mana diambil orang Islam sebanyak itu pada hal murid-murid kamu tidaksampai sebanyak itu?”
Muhammad bin Abdul Wahab marah dan berusaha menangkap orang itu.

Dalam buku ini juga kita dapat melihat fatwa-fatwa Muhammad bin Abdul Wahab yang ganjil dan sesat. Kita akan nyatakan satu persatu fatwa Muhammad bin Abdul Wahab ini yang bertentangan dengan Iktiqad Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam siri akan datang.

Monday, October 23, 2006

LAIN-LAIN FATWA SESAT IBNU TAIMIYAH

Ibnu Taimiyah memfatwakan bahawa talak 3 sekaligus hanya dikira 1 dan talak dengan sumpah tidak dikira jatuh talak.

Fatwa seperti ini sama dengan fatwa kaum Syiah Imamiyah di Iran yang mengatakan bahawa talak 3 sekaligus hanya dikira sebagai 1.

Fatwa seperti ini ditolak oleh keempat-empat Mazhab iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali. Menurut kitab Fashlul Aqwaal pada muka surat 32, Ibnu Taimiyah telah melanggar 16 ijma’ iaitu kesepakatan Imam-imam Mujtahid dalam suatu masa.

Fatwa-fatwa Ibnu Taimiyah yang melanggar Ijma’ itu adalah:

1. Bersumpah dengan talak tidak menjatuhkan talak tetapi hanya suami diwajibkan membayar kafarah sumpah.

2. Talak ketika isteri haid tidak dikira jatuh talak.

3. Talak di waktu suci yang disetubuhi tidak jatuh.

4. Solat yang ditinggalkan dengan sengaja tidak boleh diqadha /ganti.

5. Talak 3 sekaligus hanya dikira sebagai 1.

6. Orang yang junub boleh melakukan solat malam tanpa mandi terlebih dahulu.

7. Syarat si waqif tidak diambil kira.

8. Orang yang mengingkari Ijma’ bukanlah kafir dan bukanlah fasiq.

9. Tuhan itu tempat yang hadits (baru), dengan erti Tuhan menjadi tempat bagi sifatNya yang baru.

10. Zat Tuhan tersusun yang satu berkehendak dari yang lain.

11. Quran itu baru, bukannya Qadim.

12. Alam ini Qadim.

13. Tuhan bertubuh, berjisim dan berpindah-pindah tempat.

14. Neraka akan lenyap dan tidak kekal.

15. Tuhan sama besar dengan Arasy.

16. Nabi-nabi tidak maksum.

Di sini dapat dilihat bahawa Ibnu Taimiyah telah melakukan penyelewengan dari 3 jurusan iaitu dari sudut Iktiqad, Tasawuf dan Fikh.

KINI ANDA SUDAH TAHU KESESATANNYA, MASIHKAH ANDA MAHU MENGIKUTINYA, MEMPERTAHANKANNYA DAN MENGGUNA IJTIHADNYA?

Tuesday, October 10, 2006

FATWA SESAT IBNU TAIMIYAH YANG KEENAM

BERDOA’ DENGAN BERTAWASSUL

Suatu fatwa yang menghebohkan dunia Islam dari Ibnu Taimiyah ialah menghukum kafir atau syirik sekalian orang Islam yang mendoakan dengan bertawassul, pada hal mendoa dengan bertawassul itu sudah dikerjakan oleh dunia Islam sedari abad-abad permulaan Islam, sedari zaman Nabi, zaman sahabat dan zaman Tabi’in.
Marilah kita tinjau soal ini secara tenang dan ilmiah.
“Tawassul” ertinya mengerjakan sesuatu amal yang dapat mendekatkan diri kepada Tuhan.
Didalam Al-Quran ada menyebut perkataan “wasilah” dalam 2 tempat, iaitu :

1- Pada surah al-Maidah ayat ke 35 yang bermaksud :
Ertinya : “Hai orang-orang yang beriman ! Patuhlah kepada Allah dan carilah jalan-jalan yang mendekatkan kepada-Nya dan berjuanglah dijalan Allah, supaya kamu jadi beruntung”.(Al-Maidah : 35 ).

Didalam ayat ini ada 3 hukum yang dikeluarkan,iaitu :
1) kita wajib patuh (taat) kepada Tuhan.
2) Kita disuruh mencari jalan yang mendekatkan diri kita kepada Tuhan.
3) Kita disuruh berjuang (perang) dijalan Allah.

Kalau yang 3 ini dikerjakan maka kita ada jaminan untuk mendapat kemenangan di dunia dan akhirat.

2- Pada surah Isra’ yang bermaksud :
Ertinya : “Mereka mencari jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan” (Al-Isra’ : 57).

Demikian erti wasilah dalam al-quran.
Maka berdoa dengan bertawassul ialah berdoa kepada Tuhan, sekali lagi berdoa kepada Tuhan dengan wasilah iaitu memperingatkan sesuatu yang dikasihi Tuhan.
Kalau dicontohkan kepada situasi keduniaan, umpamanya kita akan meminta pekerjaan kepada sesuatu jawatan, tetapi kita tidak begitu kenal dengan orang atasan di syarikat itu, maka kita mencari jalan, iaitu menghubungi sahabat kita yang bekerja dibahagian syarikat itu dan dengan pertolongannya permohonan kita untuk bekerja disitu diterima.
Ini permohonan dengan “wasilah” namanya.
Atau dalam soal ini kita terus menemui dengan orang atasan kepada syarikat berkenaan dan terus memohon kepadanya untuk meminta pekerjaan, dengan memperingatkan kepadanya bahawa kita yang memohon ini adalah kawan kepada anaknya.
Ini juga minta dengan “wasilah” namanya.
Wasilah macam ini hanya sekadar untuk lebih memudahkan terkabulnya permintaan yang memang pada dasarnya juga dapat dikabulkan.
Jangan terkeliru fahaman. Kita memohon hanya kepada orang atasan syarikat berkenaan,tidak kepada kawan kita tadi dan bukan pula kepada anaknya itu, tetapi kawan kita dan anaknya itu sekadar pembuka jalan untuk mendapatkan pekerjaan.
Begitu juga berdoa dengan wasilah atau tawassul kepada Tuhan.
Contoh-contohnya sesuatu doa itu :
1- kita datang kepada seseorang Nabi atau seorang ulama yang kita anggap mulia dan dikasihi Tuhan,lalu kita katakan kepada beliau : “saya akan beerdoa,memohon sesuatu kepada Tuhan,tetapi saya harap pula Tuan berdoa kepada Tuhan bersama saya, supaya permintaan saya ini dikabulkan-Nya. Lalu kedua orang itu berdoa.
2- Kita datang menziarahi Nabi, sewaktu beliau masih hidup atau pada ketika beliau telah meninggal dunia, maka kita berdoa disitu dan kita mengharapkan agar Nabi Muhammad saw mendoakan kita kepada Allah. Itu namanya berdoa dengan tawassul, dengan orang yang masih hidup atau yang telah wafat.
3- Kita datang menziarahi ke makam Tuan Syeikh Abdul Qadir al Jailani,seorang ulama tasawuf yang besar di Baghdad,terus kita berdoa disitu kepada Tuhan seperti : “Ya Allah,Ya Tuhan yang Pengasih dan Penyayang,saya mohon keampunan dan keredhaan-Mu,barakah beliau yang bermakam disini, kerana beliau ini saya tahu seorang ulama besar yang Engkau kasihi. Berilah permohonan saya, Ya Allah yang Rahman dan Rahim !. Doa macam ini namanya doa dengan tawassul.
4- Kita berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa begini : Ya Allah,berkat “jah” (tuah) Nabi Muhammad saw, berilah permohonan saya. Ini namanya doa dengan tawassul dengan “jah” (tuah) Nabi.
5- Kita berdoa umpamanya begini : “Ya Allah, saya ada mengerjakan amalan yang baik iaitu saya tetap hormat kepada ibu-bapa saya, tak pernah derhaka. Engkau Ya Allah tahu hal saya,kalau amal saya itu diterima oleh-Mu, maka berilah permohonan saya ini”. Ini namanya doa bertawassul dengan amal ibadat.
6- Kita berdoa kepada Tuhan begini : “Ya Allah, berkat nama-Mu yang besar,berilah saya ini dan itu”. Ini berdoa dengan bertawassul dengan nama Tuhan
Itulah contoh-contoh doa bertawassul.

Doa macam ini dihukum syirik atau kafir oleh Ibnu Taimiyah ,tetapi ulama-ulama kaum Ahlussunnah wal Jama’ah memfatwakan bahawa doa macam itu adalah baik,sunat,berpahala kalau dikerjakan.
Jadi antara Ibnu Taimiyah cs dan kaum Ahlussunnah wal Jama’ah bertentangan dalam soal ini 180 darjat.
Ibnu Taimiyah mengemukakan satu-satunya dalil begini :
Ertinya :”ketahuilah, bahawa agama yang bersih itu kepunyaan Tuhan. Dan orang-orang yang mengambil auliya-auliya (pelindung) selain dari Tuhan mengatakan : kami tidak menyembahnya, melainkan untuk mendekatkan kami kepada Allah sedekat-dekatnya”.(az-zumar : 3)

Inilah satu-satunya dalil Ibnu Taimiyah,dimana dikatakannya bahawa orang-orang kafir yang menyembah orang-orang dahulu mengatakan bahawa ia menyembah kerana akan mendekatkan dirinya kepada Allah.
Halnya orang yan berdoa dengan tawassul sama dengan orang-orang kafir kerana membawa nama-nama Nabi,nama wali untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Kerana itu orang yang berdoa dengan bertawassul adalah musyrik,kata Ibnu Taimiyah cs.
Pendeknya Ibnu Taimiyah berfatwa bahawa orang-orang Islam yang berdoa dengan bertawassul,baik kepada orang yang hidup atau orang yang telah meninggal dunia adalah kafir. Sama dengan orang kafir yang menyembah berhala dengan i’tiqadnya agar menghampirkan diri kepada Allah,sebagai tersebut dalam surah az zumar : ayat 3.
Kaum Ahlussunnah wal Jama’ah menolak fatwa Ibnu Taimiyah dan mengatakan bahawa berdoa dengan beertawassul tidak sama dengan orang-orang kafir yang menyembah berhala itu.
Orang-orang Islam yang berdoa dengan bertawassul tidak menyembah kepada Nabi-Nabi atau wali-wali atau ulama’-ulama’ pada ketika itu berdoa dengan tawassul tetapi semata-mata membawa nama-nama itu ke hadapan Tuhan,kerana Tuhan kasih kepadanya. Ia mengharapkan mudah-mudahan dengan membawa nama orang-orang itu permohonannya akan segera dikabulkan Tuhan,kerana Tuhan kasih kepada Nabi-Nabi,wali-wali dan ulama’-ulama’ yang namanya disebutkan itu.
Jadi harus digariskan bahawa perkataan “ma na’buduhum illa”, tidak kami sembah mereka kecuali maka kami sembah ialah kerana hendak mendekatkan diri kami kepada Tuhan.
Yang syirik ialah kerana ia si kafir itu menyembah berhala dengan tujuan mendekatkan dirinya kepada Allah.
Mereka kafir kerana menyembah berhala,bukan kerana mencari sesuatu jalan yang mendekatkan diri kepada Tuhan.
Jadi dalil yang dipasang oleh Ibnu Taimiyah untuk melarang orang Islam bertawassul iaitu ayat 3 dalam surah az zumar ini tidak kena, jauh panggang dari api.
Dalil-dalil Ahlussunnah wal Jama’ah untuk membolehkan berdoa dengan bertawassul itu adalah :

Pertama :-
Tuhan berfirman dalam al quran :
Ertinya : “Dan kalau mereka pada ketika telah menganiaya dirinya (dengan berbuat dosa) datang kepada engkau (Hai Muhammad),lalu mereka memohon ampun kepada Tuhan dan Rasul minta ampunkan mereka pula kepada Allah,maka barang tentulah mereka dapat ampunan Allah itu,bahawasanya Tuhan penerima taubat dan penyayang” (An-Nisa’ : 64).

Dengan perkataan lain ayat ini dapat diertikan, bahawa setiap orang yang telah membuat dosa,kalau mereka datang kepada Nabi Muhammad saw, (pada ketika beliau masih hidup atau sesudah beliau wafat), dan minta ampun ia kepada Tuhan dihadapan Nabi dan Nabi meminta ampunkan pula untuk orang itu, nescaya permohonannya dikabulkan Tuhan.
Inilah yang dinamakan berdoa dengan tawassul,iaitu datang kepada Nabi dan berdoa dihadapan Nabi, sedang Nabi meminta ampunkan ia pula, sudah pasti Tuhan menerima doanya itu.
Timbul pertanyaan : Baiklah pada ketika Nabi hidup kita datang pula, tetapi Nabi sudah wafat apakah masih dapat juga beliau mendoa’kan kita? Dengan tegas kaum Ahlussunnah menjawap : Dapat, kerana Nabi hidup didalam kuburnya.
Lagi pertanyaan : Apakah salahnya kalau berdoa’ terus saja kepada Tuhan tanpa mendatangi Nabi lebih dahulu, apakah doa’ kita ditak akan diterima Tuhan ?
Jawapnya : Berdoa’ terus boleh dan diterima Tuhan juga tetapi berdoa dihadapan Nabi lebih banyak kans untuk dikabulkan, sesuai dengan ayat pada surah Nisa’ : 64 ini.
Ayat ini mempunyai hikmah yang tinggi, supaya orang berbondong-bondong datang ke Madinah menziarahi Nabi, supaya mereka lebih mencintai Nabi, supaya mereka tambah gigih mengikut perjuangan Nabi dan supaya mereka bertauhid sedalam-dalamnya sebagaimana tauhid Nabi.
Apakah orang yang berdoa’ serupa itu menyembah Nabi ?
Tidak, tidak sama sekali. Jika demikian itu dinamakan menyembah Nabi, tentu tidak dianjurkan oleh al-quran berbuat begitu.
Tuduhan Ibnu Taimiyah ini sangat dusta, pembohong besar.

Kedua :-
Dalam kitab hadis Bukhari tentang sembahyang istisqa’ berbunyi begini :
Ertinya : “Dari Anas (bin Malik,sahabat Nabi), berkata : “Bahawasanya Saidina Umar bin Khathab rda, adalah apabila terjadi kemarau beliau berdoa’ bertawassul dengan Abbas bin Abdul Muthalib (bapa saudara Nabi). Umar bin Khathab berdoa’ : “Ya Allah ! bahawasaanya kami pernah berdoa dengan bertawassul kepada Engkau dengan Nabi maka Engkau turunkan hujan, dan sekarang kami bertawassul dengan bapa saudara Nabi maka Ya Allah turunkanlah hujan ! Berkata Anas : “Maka turunlah hujan kepada kami “ (hadis sahih,Riwayat Imam Bukhari, lihat Fathul Bari jilid III,pagina 150).

Dapat diambil kesimpulan dalam hadis ini :
1- Saidina ‘Umar bin Khathab, sahabat Nabi dan Khalifah Rasyidin yang ke II,pernah berdoa’ bertawassul kepada Nabi Muhammad saw. Untuk memohon diturunkan hujan pada musim kemarau.
2- Saidina ‘Umar bin Khathab pernah berdoa bertawassul dengan bapa saudara Nabi, Abbas bin Abdul Muthalib untuk mohon hujan.
3- Doa’ bertawassul itu dikabulkan Tuhan dan hujan pun turun
4- Saidina ‘Umar berdoa’ kepada Tuhan, bukan meminta kepada Nabi atau kepada Abbas, tetapi nama beliau-beliau ini dikemukan saja kepada Tuhan.
5- Saidina ‘Umar bin Khathab berdoa dengan tawassul kepada bapa saudara Nabi membuktikan bahawa boleh bertawassul kepada orang yang lebih rendah walaupun ada orang yang tinggi.
Apakah berdoa’ dengan bertawassul seperti ini syirik, kafir atau bid’ah ? Tidak, tidak. Kalau syirik sudah tentu sahabat-sahabat Nabi, khususnya ‘Umar bin Khathab tak akan berbuat begitu.
Jadi harus dikembalikan, orang yang memfatwakan doa’ sepeerti ini bid’ah maka itulah orang yang membuat bid’ah dalam I’tiqad.

Ketiga :-
Tersebut dalam kitab Fathul Bari :
Ertinya : “Dari Anas (bin Malik) ia berkata : “Datang seorang lelaki Badwi kepada Nabi Muhammad saw, maka ia berkata : “Hai Rasulullah, kami datang kepada engkau kerana tidak ada lagi unta yang meringis, tidak ada lagi bayi yang berdengkul, kemudian ia membacakan sebuah sajak : “kecuali kepada engkau tak kemana kami akan pergi, kemanakah manusia akan minta bantuan kalau tidak kepada Rasul Ilahi”. Mendengar permintaan itu Nabi lantas berdiri, menarik selimut beliau dan lantas naik mimbar, lalu berdoa’ : “Ya Allah, turunkanlah hujan !” (hadis riwayat Imam Baihaqi dalam kitab Dalail – hadis ini dipetik dari kita Fathul Bari Syarah Bukhari pada juz III halaman 148).

Dapat diambil pengertian dari hadis ini :
1- Pada ketika terjadi musim kemarau, sahabt-sahabat nabi datang kepada Nabi untuk meminta diturunkan hujan. Mereka tidak meminta terus dari Tuhan bagi menurunkan hujan. Rupanya hal ini tidak terlarang dalam syari’at Islam, iaitu kalau terjadi musibah apa-apa orang datang bersama-sama kepada Nabi dan sekarang kepada ulama’-ulama’ yang dipercayai.
2- Nabi Muhammad saw tidak marah ketika orang datang kepada beliau itu, tetapi membenarkan.
3- Nabi juga tidak marah mendengar sajak (syair) itu, yang mana dikatakan bahawa pada ketika susah tidak ada tempat kembali melainkan kepada Rasulullah. Tentu datangnya orang kepada Nabi adalah sebagai sebab saja, sedang pada hakikatnya yang menurunkan hujan hanya Tuhan.
4- Ini suatu bukti yang nyata bahawa berdoa dengan tawassul itu adalah sunnah,bukan bid’ah seperti yang dikatakan Ibnu Taimiyah.
5- Dalam hadis ini dapat pula diambil kesimpulan bahawa boleh “istigatsah” (meminta tolong dari manusia), umpamanya kalau kita dapat kesulitan maka kita datang kepada sahabat kita dan kita minta tolong, umpamanya dengan mengatakan : “Hai sahabat yang mulia, tolonhlah saya, bebaskanlah saya dari kesulitan ini”. Khusus kepada Rasul boleh istigatsah, sebagai sajak yang dibacakan dihadapan Nabi ini :

“kecuali kepada engkau ke mana kami akan pergi, ke manakah manusia akan minta bantuan kalau tidak kepada Rasul Ilahi ?”

Jadi, tidaklah terlarang kalau seseorang Muslimin mengatakan dalam ucapannya ssetiap hari : “Ya Allah, Ya Rasulullah”, asal ia tetap berkeyakinan bahawa yang memberi pada hakikatnya adalah Allah, tetapi meminta kepada manusia hanyalah sebagai sebab saja.

Ke empat :
Tersebut dalam kitab hadis :
Ertinya : “Berkata Nabi Muhammad saw, : “Tatkala Nabi Adam alaihissalam membuat kesalahan lalu beliau berdoa’ kepada Tuhan : Ya Tuhanku, saya memohon ampun kepada-Mu dengan “hak” Muhammad, supaya diampuni saya. Maka Tuhan bertanya : “Hai Adam, dari mana engkau tahu tentang Muhammad, pada hal ia belum dilahirkan ?”. Adam menjawab : “Hai Tuhanku, setelah Engkau menjadikan saya dengan kekuasaan-Mu, maka saya angkat kepada saya, lantas saya lihat tertulis ditiang Arasy perkataan “La Ilaaha illallah, Muhammadur Rasulullah”. Ketika itu tahulah saya bahawa Engkau tak akan meleretkan nama Engkau kecuali dengan nama yang Engkau kasihi. Ketika itu Tuhan menjawab : Itu benar hai Adam, dialah makhluk yang paling Saya sayangi, kalau engkau memohon kepada Saya dengan “haq”nya, maka Saya mengampuni engkau. (hadis riwayat Imam Baihaqi dan ia dikatakan bahawa hadis ini sahih).

Maksud “haq” disini ialah “darjat”nya disisi Allah. Jelas dalam hadis ini bahawa Nabi Adam berdoa’ dengan bertawassul kepada Nabi Muhammad saw, yang belum lahir ketika itu.
Pekerjaan Nabi Adam alaihissalam dan caranya berdoa’ diterangkan oleh Nabi Muhammad saw, kepada ummatnya supaya ummat Islam meniru dan meneladaninya, kerana doa’ seperti itu dikabulkan Tuhan.

Wednesday, October 04, 2006

FATWA SESAT IBNU TAIMIYAH YANG KELIMA

 

Fatwa Ibnu Taimiyah menghukum kafir kepada orang-orang Islam yang tidak mahu menerima fahamannya. Ayat-ayat khusus turun untuk mencela orang kafir digunakan oleh Ibnu Taimiyah ke atas orang –orang Islam yang menolak fahamannya. Inilah sikap dan faham radikal daripada Ibnu Taimiyah. Dengan kata lain, setiap orang Islam yang tidak sehaluan dengan fahamannya adalah kafir, halal darahnya dan hartanya.

 

Faham seperti ini tidak sesuai dengan faham kaum Ahlussunnah wal Jamaah, tidak bersesuaian dengan faham nabi SAW dan para Sahabat baginda dan tidak bersesuaian dengan faham Imam mazhab yang 4.

 

Sebagai orang Islam, kita tidak boleh menghukum orang lain sebagai kafir semata-mata kerana melakukan amalan salah atau dosa tetapi mereka boleh dianggap sebagai orang Islam yang ‘asi atau derhaka,

 

Menurut Ahlussunnah wal jamaah, manusia yang sudah mengucap 2 kalimah syahadah, telah mengakui di dalam hatinya Allah itu Esa dan Muhammad SAW adalah Rasul Allah, maka orang itu adalah Islam dan tidak boleh dilabel sebagai kafir sekiranya ia membuat dosa walaupun dosa besar kecuali syirik.

 

Hanya kaum Khawarij sahaja yang menghukum orang Islam sebagai kafir sekiranya melakukan dosa-dosa besar dan sebagaimana kita ketahui kaum Khawarij tidak termasuk dalam firqah Ahlussunnah wal Jamaah.

 

Imam As Syafie pernah menulis dalam kitab Ar Risalah begini:

 

“ Saya tidak menghukum kafir seorang juga daripada ahli qiblat dengan kerana dosanya.’

 

Yang dimaksud oleh Imam Syafie dengan ahli qiblat adalah umau Islam. Jadi, ertinya bahawa sekalian orang yang sudah mengesakan Tuhan dan bernabikan Muhammad SAW, tidak boleh dihukum kafir dengan sebab-sebab dosanya.

 

Masalah kafir-mengkafir adalah perkara yang berat dan serius kerana ia menentukan nasib manusia di Akhirat dan tidak boleh dijadikan permainan lidah.

 

Orang yang kafir itu berlaku hokum kafir kepadanya iaitu ia harus bercerai daripada pasangannya, ia wajib diperangi dan halal darahnya, ia tidak boleh dikuburkan di perkuburan orang Islam.

 

Jadi tidak boleh digunakan perkataan “kafir” kepada seseorang dengan sembarangan.

 

Tersebut dalam kitab hadis Sahih Bukhari begini:

 

“ Dari Abu Hurairah r.a beliau berkata, bersabda Nabi SAW: “ Apabila seseorang berkata kepada saudaranya “hai kafir”, maka jadilah salaha seorang daripada orang itu kafir.”

(HSR Bukhari – Sahih Bukhari Juz 4 halaman 47)

 

Dan tersebut dalam Hadis Muslim:

 

Sahabat nabi Ibnu Umar r.a berkata: Bersabda Rasul SAW: “Manakala berkata seseorang kepada saudaranya “hai Kafir”, maka ia telah menetapkan dengan ucapan itu salah seorang di antaranya menjadi kafir. Kalau orang itu memang kafir (pada hakikatnya) benarlah begitu, tetapi kalau orang itu (pada hakikatnya tidak kafir) , maka kembali “kafir” itu kepada yang berkata.”

 

(Sahih Muslim Juz 1 halaman 44)

 

Nyatalah daripada hadis-hadis Sahih tersebut, bahawa tidak mudah menuduh orang Islam dengan perkataan kafir kerana tuduhan itu boleh berbalik kepada yang menuduh.

 

Sikap Ibnu Taimiyah dan pengikutnya sangan lancang menuduh orang dengan perkataan “kafir’, “bidaah” dan “syirik” kalau orang itu tidak sefaham dengannya.


Responses

  1. Wahabi kini bagai ombak tsunami yang deras melanda negara kita.Payah nak dikatakan sekarang sebab slogan wahabi “TEgak diatas Ittibaus Sunnah”
    SAya pun dikecam hebat kerana menentang mereka.Yang saya nampak antara sifat diorang ni ialah tak dapat nak bagi dalil aqli dan naqli yang bersesuaian
    taktik kotor wahabi ialah mendedahkan keburukan aib seseorang
    .Seperti contoh di forum tajdid lalu di UIAm bagaimanaDr uthman El muhammadi di kutuk begitu sahaja oleh Mufti wahabi kita.
    Slogan lagi satu ialah kembali kepada Quran dan sunnah.
    Kalau wahabi buktikan hanya quran dan hadith saja sumber rujukan dalam
    islam tidak termasuk ijmak dan qias maka anda adalah pembohong.
    bertaubatlah dan tinggalkan wahabi segera.

    Bagi yang berada di pertengahan
    mereka akan berkata”kenapa nak gaduh?
    mereka juga sunnah juga tapi menolak bidaah”
    Jumhur ulama dah bersepakat yang wahabi terkeluar
    dari ASWJ.Akidah tak sama.

    Saya amat risau dengan perkembangan ini kerana dengan mudah sahaja mereka memperdayakan mereka yang tidak mempunyai asas agama.Apa yang ditakuti ialah seperti di Iraq,
    kerana Saddam husin dapat mendiamkan golongan Syiah
    tapi apabila Saddam digulingkan, Wahabi pun masuk.
    MAka jadilah peperangan sesama islam di sana.
    Wahabi kalau pergi kemana pun tetap akan menjadi satu masalah.
    YAng saya perhatikan ramai pendakwah yang berpecah belah di Malaysia ni apabila wahabi masuk.

    Apapun saya berdoa semoga Allah sentiasa membantu Saudara
    dalam berjuang menentang kaum mujassimah ini.
    Islam itu datang dalam keadaan Gharib, dan akan kembali Gharib
    MAka ambillah peluang kita untuk berjuang menentang mereka ini sedaya mungkin.
    “Akan keluar dari arah timur segolongan manusia yang membaca Al Qur’an namun tidak sampai membersihkan meraka. Ketika putus dalam satu kurun, maka muncul lagi dalam kurun yang lain, hingga adalah mereka yang terakhir bersama-sama dengan dajjal. ”
    wallualam

  2. Saya setuju dengan mereka sentiasa memalukan orang lain..dalam usrah mereka contohnya, disebut kepada budak2 mereka orng ini munafik, bahaya, orng ini pemecah belah umamat dan sebagainya

    Mereka juga banyak hujah yang bersimpang siur dan tidak konsisten..mungkin kita boleh listkan “ciri2 untuk mengenal wahabi”
    -cadangn sahaja

  3. iya saudara nahwanz..tapi kalau kita ni bukan orang bidang agama tu, dan bukan faqih bidang tu, bukan senang2 je boleh baca hadis, bukan senang2 jer boleh tafsir quran, boleh tafsir hadis. memang la ilmu untuk semua, tapi ingat boleh suka2 hati mempermudahkan agama islam?

    nak semua skali dengan tahqiq, okey..saya nak tanya, siapa yang layak tahqiq hadis? siapa yang layak buat fatwa? bagaimana hukum hadis? bagaimana hukum ilmu mustalah hadis? mcm mana hukum dan syarat2 sanad hadis? apa syarat2 matan hadis? untuk jadi sohih? untuk jaid hassan sohih? untuk jadi hassan sohih lighoirih? mcm mana kaedah ijmak?. mcm mana kaedah menyalin hadis? tak habis lagi..baru bab hadis..tak masuk bab quran..dalam bab quran plak tak masuk lagi banyak bab lain

    saya setuju la dengan komen sedara, tapi ada beberape benda yang saya rasa tak praktikal. Hanya praktikal bagi mereka yang datang masjid, duk usrah, tak praktikal untuk bantu kawan2 kita yang duk hisap dadah dan sebagainya

    komen sedara ni pun saya harap disampaikan jugak sedara ke laman2 web ‘salafi’, ‘wahabi’, sebab diorang guna rujukan, tapi MENIPU dan BERBOHONG..dah banyak sgt la..mcm hadis yang tak sohih dikatakan sohih..mengikut sape? mengikut AL-BANI…MENGIKUT IRSA..bukan mengikut IJMAK dan JUMHUR. aku bukan ulama, aku hanya gaban

  4. saper yang boleh tafsir hadis:
    “mufti pilot kita Hafiz Firdaus
    dan juga Tuan Hasan Tuan Lah”
    mereka inilah ulama yang disegani dan telah menghafal
    beratus ribu hadis mengalahkan Imam Syafii,bukhari
    mesti ramai yang bantah kan.hehe

  5. wahhabi puak kafir bertopengkan islam. si asri tu pun kafir sebab menyalahi ijma’ dalam hal murtad. Man Yukhalif al-ijma’ fahuwa kafir

  6. sebelum ni aku ada tegok kawan aku letak satu tajuk kat satu laman web, tanya, boleh ke sesapa tafsir hadis..dia letak ayat2 datang daripada pilot..pastu ramai orang yang reply tak boleh..hanya yang mampu je boleh..pastu kawan aku tu dedahkan yang tulis ‘boleh’ ialah si pilot..kemudian perbicangan terus stop dan terdiam.

    so rumusan aku, ramai orang bila dengar nama seseorang terus taksub membuta tuli. bila kawan aku tu tak letak nama penulis kenyataan tu semua tak setuju dengan kenyataan tu. ila diletak, semua diam, pulaukan tajuk tu sebab dah tau orang yang dipuja2 selama ni kuar kenyataan tu

    so, ada sape2 tak ade link untuk bab2 taksub ni? akupun nak aji..setakat ni walaupun aku gaban, aku takderla taksub dengan naga aku

  7. Mari kita sama sama beramai ramai
    menentang hujah mereka ini didalam forum
    cari.com.my
    ni url dia
    http://forum.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=138

    dari situ kita dapat lihat ketaksuban mereka kepada fahaman
    mereka serta pembelaan mereka terhadap mufti wahabi mereka itu.
    Semoga Allah meredhai kita semua

  8. terima kasih kepada hafiz (hafiz_ghumari ke?)..aku dah tengok laman web tu. aku dah daftar, nak tunggu ada topik baru aku akan join. nak join topik yang panjang berjela danh mula lama aku tak mampu nak baca semua. Ayuh kita bangkit melawan perbuatan2 tajsim dan keganasan ini!!

  9. topik yang panjang berjela tu
    lebih elok dibaca kerana disitu kita dapat tengok
    bukti bukti yang dah discanned untuk menunjukkan
    Kesesatan Wahabi dalam kitab kitab mereka.
    contohnya dalam link ini

    http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=231061&extra=page%3D1&page=31

    kita dapat lihat buku teks sekolah menengah di arab saudi yang mengkafirkan
    golongan asyairah walmaturidiah(wah ,mereka dah mendidik anak2 mereka sejak kecil lagi untuk mengkafirkan kita!)

    Bolehla baca slow2.Sebab nak bukak topik baru payah sikit sebab
    ada mod yang akan delete kalau ulang tajuk yang lebih kurang sama,
    Banyak lagi yang akan mereka jadikan isu seperti
    kesesatan sufi dan tabligh,dan perkara remeh yang akan dibidaahkan mereka.Kalau dia awal forum tersebut kita dapat lihat bagaimana Wahabi ini mati kutu nak mempertahankan hujah mereka bahawa Allah duduk atas kursi.
    contohnya di lingk ini kita dapat lihat kitab fathul majid yang digunakan oleh wahabi

    http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=231061&extra=page%3D1&page=8

    untuk menguatkan keprcayaan mereka bahawa allah itu duduk atas kursi.banyak lagi contoh yang lain.

  10. sori la abu fatih, aku tak paham bahasa indon, aku bukan orang indon. aku tak paham maksud ko ‘Antum bisa bilang menyalahi ijma dikatakan kafir’..sebab ? aku bukan orang indon.

    dan aku rasa ko salah faham la abu. takder sapepun kat sini nak mengkapirkan orang lain, selain puak2 wahabi yang kafirkan semua orang yangt tak ikut mereka. aku rasa ko salah bagi komen kat salah orang. mungkin ko boleh bincang dengan labi dulu untuk faham lagi

  11. ini ke kot indon kat dalam forum tu?

  12. jemput sama ke blog ini

    jihadwahabi.blogspot.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: