Posted by: bankwahabi | Oktober 23, 2006

luahan kalbu insan yg dhaif lagi faqir serta haqir di sisi Allah Rabbul Jalil

Kenali aku….

Ajalku makin hampir, Untukku menemui Allah Rabbul Jalil,
Umurku makin pendek, Cita-citaku makin singkat,
Amalku serba kurang, Dosaku belum terampun,
Hatiku hitam legam, Nafsuku kusut masai,

Usahaku belum tentu makbul, Jiwaku berserah pada Allah Rabbul Jalil,
Maksiatku belum terhenti, Hatiku lalai pada yang Maha Esa,
Tidurku belum pernah cukup, Ibadatku mana pernah sempurna,
Tubuhku zalim pada yang Maha Agung, Mindaku lupa akan Neraka,

Cukuplah segalanya berakhir, Cukuplah segalanya berhenti,
Demi mencari Redha Allah Rabbul Jalil, Demi Mencari Ketaqwaan,
Cukuplah segalanya berlalu, Cukuplah segalanya bersejarah,
Demi menjadi insan ihsan, Demi menjadi insan bersyukur,

Sedarlah aku dari dunia, Dunia ini tipu belaka,
Sedarlah aku dari maksiat, Maksiat itu jalan neraka,
Sedarlah aku dari nafsu, Nafsu itu mainan belaka,
Sedarlah aku dari hidup, Hidup itu ujian belaka,

Carilah sahabat yang sejati, Agar menjadi teman abadi,
Carilah pembimbing abadi, Agar membimbing ke taman Syurga,
Carilah rafiq yang untuk hidup dan mati, Agar sentiasa bergembira selalu,
Sahabat,Teman, Kawan, Rafiq yang sejati Allah Rabbul Jalil.

Allah Rabbul Jalil sentiasa menjadi pendampingku,
Allah Rabbul Jalil sentiasa menjaga keselamatanku,
Allah Rabbul Jalil  sentiasa menjadi tempatku mengadu,
Allah Rabbul Jalil ,Kasihku tidak pernah berbelah-bahagi…Amin Ya Allah

yg dhaif

A.Fathi


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: