Posted by: bankwahabi | Oktober 20, 2006

Why I Decide to “Declare War With Wahabism,Wahabi Ideology and Its People”

Bismillahhirrahmanirrahim…

Alhamdulillah allazi manna alaina nikmatul Iman wal Ikhlas, wa manna alaina al-Hidayah ila tariqi al-huda, wa bayyan lana tariqi al-dhalal wa sabilin ila nari jahannam, Allahumma baid na min fitnatul wahabiyyah,wa min fikrah wahabiyyah, wa min i’tiqad wahabiyyah,wan min dhalal wahabiyyah,wa min suk jama’ah wahabiyyah. Allahummahdi jama’ah al -Wahabiyyah li ishlahil ummah Muhammad Shallalahualaihiwassalm.

Syukur saya kehadrat Allah yg Maha Agung,Maha Pemurah,Maha Pengasih mengurniakan saya peluang untuk menikmati Ramadhan tahun ini, walaupun saya tahu Ramadhan tahun ini tidaklah sempurna seperti yang dikehendaki, namun saya amat bergembira kerana dapat menjalankan dengan baik. Kedatangan tetamu pada dua minggu terakhir dalam bulan Ramadhan membuatkan saya gembira, saya berusaha sepenuhnya untuk menikmati Ramadhan ini. Saya tidak lekang bermunajat, merayu, meminta dan berharap daripada Allah agar menyucikan jiwa, ruh, nafsu, fikiran dan segala anggota badan saya dari segala dosa besar mahu pun kecil, zahir dan juga batin…

Julung kalinya dalam bulan yg mulia ini saya berikan sedikit ruang untuk menulis artikel yang yang tidak seberapa ini.

Alhamdulillah, saya ingin menyatakan sedikit tujuan dan sebab-sebab saya menentang Wahabi dan apa sahaja yang berkaitan dengannya. Namun perkara yang saya ingin nyatakan bukanlah datang dari dalil-dalil mahu pun pendapat ulamak-ulamak yg mulia tentang bahaya serta bahana wahabi, sebab sahabat-sahabat yang sudah mengenali golongan ini amat arif tentang dalil dan pandangan ulamak terhadap wahabi. Maka saya akan menyentuh tentang hujjah aqal yang boleh sahabat-sahabat gunakan untuk berdepan dengan golongan wahabi serta guru-guru mereka.

Pertama, Wahabi selalu mencanang khabar bahawa Ummat Islam zaman terdahulu dan kini amat taksub dengan mazhab dan pahaman aqidah mereka(Ahlussunnah Wal Jama’ah”Imam Abu Hasan al-Asa’ari dan Imam Maturidi”). Mereka sering kali sebarkan salah paham mereka pada Ummat Islam waktu ini. Kononnya mereka mahu memperjuangkan amalan sunnah yang mereka anggap dalil yang sudah di tarjihkan oleh ulamak-ulamak mereka sahaja dalil yang shahih. Seringkali suara panas ini memekik telinga kita,  mengatakan kenapa nak ikut mazhab, sedangkan kita paham alQuran dan as-Sunnah…Ikutlah Rasulullah S.A.W…Nauzubillahiminzalik…Golongan Wahabi juga tidak pernah diam dari memperjuangkan idea dan pahaman sesat lagi menyesatkan itu. Cuba sahabat -sahabat renungkan kembali, Taksub yang diajukan kepada kita, sebenarnya mereka sangat Taksub dengan idea mereka yang jahil itu. Ketaksuban mereka jelas dan tidak dapat dinafikan, kerana segala pendapat yang mereka gunakan datang dari guru-guru mereka yang hanya kurang daripada secebis ulamak yang pernah dilahirkan. Lihat pada golongan wahabi, Siapakah ulamak mereka. Jika dikaji semula hanya tidak sampai 5 peratus ulamak yang pernah wujud berfahaman mereka. Rasional dan hukum aqal memang menolak golongan ini, kerana adalah mustahil Ummat Islam dan Ulamaknya bersependapat dalam kebatilan. Umum aqal adalah untuk menilai antara baik dan buruk, Umum dalil menjelaskan dan memutuskan mana benar dan mana salah.  Jika mahu menggunakan hujjah sekalipun mereka(Wahabi) tetap tersasar dari manhaj asal yang diajar oleh Baginda Rasulullah S.A.W, kerana aqal telah menafikan kesahihan ulamak jahil mereka itu. Akhir kalam pada bab taksub, Tanya pada mereka siapa yang sebenarnya Taksub?(Mereka yg Taksub). Siapa yang Taksub pada Ulamaknya?(Golongan Wahabi juga). Apa tujuan mereka kecam kita taksub?(Mahu seluruh ummat berpendapat macam mereka,Taksub juga ini). Kenapa bila Wahabi berTaksub dibenarkan?(sebab kami ikut sunnah,sbb kami dijalan yang benar, pelik juga ikut sunnah boleh Taksub). Kenapa kami tak boleh Taksub pada Ulamak kami, adakah ulamak Wahabi sahaja yang betul?(oh! ulamak kamu tak paham al-Quran dan as-Sunnah seperti ulamak jahil kami paham)

Kedua, Antara tujuan Rasulullah S.A.W diutuskan untuk menyempurnakan sebahagian adab dikalangan manusia. Jika sahabat-sahabat lihat dan peka dengan sikap golongan ilmuan wahabi(ustaz-ustaz, Dr-Dr, Proff-proff), mereka ini amatlah tidak menjaga adab-adab mereka dengan ilmu serta kurang adab dengan Ulamak-ulamak yang Ikhlas mengembangkan Agama Islam,kadangkala mereka sampai ke tahap (biadap) dengan Imam-Imam yang Muktabar. Pada mulanya saya dengar melalui sumber kedua, bila saya sendir hadir pada Forum: Tajdid di UIA, baru saya sedar bahawa segala khabar yang melayang ke pendengaran saya adalah benar. Sikap angkuh, bongkak, sombong, berlagak dan biadap memenuhi jiwa mereka(golongan ilmuan wahabi). Tambah pula ada juga ilmuan mereka kerap kali salah dalam membaca nas-nas Al-Quran dan ada juga yang salah dengan fakta. Mereka mungkin boleh menipu, membohongi, memperbodohkan, menjahilkan, dan menyesatkan  pelajar-pelajar atau masyarakat yang cetek ilmu, cetek pengalaman, I.Q yang lemah, tapi bukan mereka yang peka dan teliti dalam penilaian. Saya pelik, hairan, ganjil, tertanya-tanya, terfikir-fikir kenapa golongan hadirin tidak dapat menilai antara baik dan buruk, malah gembira sambil bersorak dengan sikap golongan ilmuan wahabi tersebut. Maka sahabat -sahabat, tanya pada mereka, mana pergi adab yang jelas dalam sunnah menekankan perkara ini. 

Saya fikir sampai sini dahulu, masa tidak mengizinkan. Insya Allah saya berusaha pada masa lapang dapat saya catatkan perihal wahabi yang menyesatkan Ummah Muhammadiyyah. Di catatan akan datang saya akan ceritakan persamaan antara Penjajah dan Wahabi, dari segi cara memerintah (divide and rule) dan dari sudut memecahbelahkan masyarakat.

Alhamdulillah, catatan ini sudah dipenghujung. Salam saya pada Junjungan Besar lagi Mulia dan Agung Baginda Muhammad Shallalahualaihiwassallam, serta segala ahli keluarga Baginda yang mulia dan Sahabat Ridwanullahialaihim ajmain.

Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: