Posted by: bankwahabi | September 2, 2006

Serba ringkas mengenai definasi bid’ah

Kalau menurut ulama tafsir terkemuka, Ibnu Katsir, 2 rukun sesuatu perbuatan diterima sebagai amalan soleh adalah keikhlasan kerana Allah & sesuai dgn syariat Rasulullah SAW.

Walaupun begitu, bukan semua bid’ah tue sesat sebagaimana kiter ketahui dlm hadis riwayat Muslim “Sesungguhnya sebaik2 ucapan adalah ucapan Allah dan sebaik2 ajaran adalah ajaran Rasulullah. Dan sesungguhnya sejelik2 perkara adalah sesuatu yg diada-adakan (dlm agama), kerana sesungguhnya sesuatu yg diada-adakan (dlm agama) adalah bid’ah & setiap bid’ah adalah sesat”.

Sebahagian amalan itu boleh diterima & diselaraskan dgn kehendak agama. Imam Syafie berkata, sesiapa melakukan pembaharuan yg bertentangan dgn kitab (Al-Qur’an) & as-sunnah, atau ijmak atau qiyas, maka ia adalah bidaah sesat & sesiapa melakukan pembaharuan kebaikan & tidak bertentangan dgn agama, yg demikian itu adalah bid’ah yg dipuji. Maksud “bid’ah yg dipuji” itu sebenarnya merujuk kpd bid’ah yg diistilahkan secara bahasa bukan syarak. Cthnyer penggunaan pembesar suara ketika khatib menyampaikan khutbah, menggunakan kapal terbang utk ke Makkah bagi melaksanakan Haji dsb.

Adalah tidak diterima akal jika Imam As-Syafie membenarkan sesuatu amalan yg bertentangan dgn sunnah Rasulullah kerana beliau sendiri terkenal dgn ketaatan terhadap amalan baginda. As-Sfie pernah berkata dlm sebuah kitabnya: “Jika engkau mendapati dlm kitabku sesuatu yg bercanggah dgn sunnah Rasulullah, maka ambillah sunnah itu & tinggalkan fatwaku”.

Sekarang ini persoalannyer adakah sesuatu perkara yg berbentuk bid’ah ini perlu mendapat kelulusan dahulu dari Majlis Fatwa Kebangsaan atau bagaimana ahli panel? Dan adakah bid’ah yg seperti ini tak boleh senang2 atau sambil lewa dijadikan bid’ah yg hasanah atau bagaimana? Adakah kiter sebagai org kebanyakkan ini boleh mengatakan bahawa sesuatu perkara itu bid’ah yg dipuji… Apakah kreteria2 sesuatu bid’ah itu dikira bid’ah yg terpuji & boleh diamalkan…

Wallahu a’lam.


Responses

  1. pelajarilah ilmu mantiq..dan perhatikan lafaz kulli pada hadis tentang biadah…wahai para wahabi

  2. wahabi ni mana mau bljr ilmu mantiq.bid’ah katanya.. dia tak mau pakai kull jami’ dan kull majmu’..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: