Posted by: bankwahabi | Disember 10, 2009

Antara Tajdid dan Biadab

http://rausyanfikir.com/2009/11/antara-tajdid-dan-biadab.html

Oleh Abdul Muntaqim Zulkipli (mantan Timb. Presiden PKPIM)

Malam tadi (19 November 2009), saya mengikuti sesi rakaman rancangan Al-Kuliyyah (TV3) di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sesi kali ini agak menarik, dengan tajuk “1 Akidah” rancangan kali ini menampilkan Al-Fadhil Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Dr. Fauzi Deraman. Perbincangan yang bertajuk “1 Akidah” ternyata banyak berkisar sekitar persoalan tentang adab, tentang perbezaan pendapat. Itupun, tidak sepenuhnya perbincangan itu bersifat ilmiah. Apa yang pasti, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Dr. Fauzi Deraman mengecewakan. Sikap dan kata-kata mereka ternyata menggambarkan suatu kebiadaban; apa yang diistilahkan oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady sebagai fenomena “kebiadaban intelektual”.
Perbezaan pendapat adalah suatu lumrah yang tidak mungkin boleh dielakkan. Justeru, menurut Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, dalam ajaran Islam telahpun disiapkan panduan dan pedoman untuk menangani perbezaan pendapat tersebut. Sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala di dalam kitab suci Al-Qur’an, kita hendaklah mengikuti jalan orang-orang yang beriman (sabiilil-mu’minin); yakni, kita hendaklah patuh kepada ijma’ ‘ulama – kesepakatan majoriti ‘ulama. Beliau menghuraikan, ini maksudnya kita hendaklah taat kepada ajaran Islam arus perdana. Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady memetik di dalam kitab Fathul Bari yang menyatakan bahawa imam-imam yang muktabar di dalam Ahli Sunnah wal Jamaah adalah perlu ditaati sama ada dari segi aqidah, syariat mahupun akhlak. Jika adapun perbezaan pendapat, maka hal itu haruslah ditangani secara cermat dan dengan penuh adab.

Apa yang disampaikan oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady tersebut ternyata merupakan satu panduan yang penting kerana apa yang sedang berlaku di dalam negara ini pada hari ini adalah sikap segelintir “kaum muda” (Salafi, Wahabi, gerakan Tajdid, atau apa sahaja namanya) yang cuba melawan ‘arus perdana’. Amalan dan pegangan umat Islam di negara ini, yang merupakan amalan dan pegangan arus perdana yang telah disusun hasil kesepakatan para ‘ulama, cuba dicabar tanpa kita memahami apakah maksud sebenar di sebaliknya. Kelihatannya, hanyalah kerana mereka itu inginkan publisiti dan ingin menjadi jaguh yang dikenali di dalam masyarakat. Apakah ada keperluan amalan membaca doa qunut yang telah lama diamalkan oleh masyarakat negara ini dilawan? Apakah ada keperluan amalan membuat majlis tahlil arwah diharamkan? Apakah ada keperluan Selawat Syifa’ yang sangat masyhur di kalangan masyarakat negara ini dikatakan amalan yang salah? Itu semua adalah amalan yang datangnya melalui ajaran arus perdana di negara ini, yang semuanya ada dalil dan nas yang menyebabkan para ‘ulama mengajar amalan-amalan tersebut.

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (MAZA) kemudian menyebut tentang sikap majoriti para imam mazhab, yang menyuruh agar ditinggalkan pendapatnya apabila ada dalil yang sahih yang bercanggah dengan pendapatnya. Hal itu, menurutnya, menjadi bukti betapa para imam menghormati dalil dan nas. Dr. MAZA juga menyebut bahawa adalah penting untuk menghormati pandangan para ‘ulama muktabar; apa yang diistilahkan di dalam usul fiqh sebagai ijma’ ‘ulama. Dr. MAZA juga menyentuh tentang masalah fanatik mazhab. Sehinggakan, katanya, hanya kerana berbeza pandangan seseorang itu boleh dihukum sesat, biadap dan sebagainya.
Hal ini telahpun disanggah dengan mudahnya oleh Al-Fadhil Ustaz Yusri Mohd. melalui soalan beliau kepada Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady. Kata-kata para imam mazhab bahawa “apabila bertemu dalil yang sahih hendaklah ditinggalkan pendapatku” adalah kata-kata khusus yang ditujukan kepada para ‘ulama jua, dan bukannya kepada orang awam seperti kita semua. Kata-kata tersebut ditujukan khusus kepada para ‘ulama yang berkapasiti untuk membuat ijtihad. Mana mungkin masyarakat awam, ataupun sesiapa sahaja yang mempelajari ilmu agama tetapi tidak sampai ke tahap mujtahid, untuk membuat ijtihad sendiri apabila bertemu sahaja hadith sahih (atau yang dikatakan sahih) di dalam kitab-kitab mahupun buku-buku. Apakah ada jaminan interpretasi mereka terhadap maksud hadith itu betul? Apakah mereka faham benar konteks kegunaan hadith tersebut? Harus diingat bahawa hadith itu datangnya dengan konteks yang tertentu. Kerana itu kita banyak bertemu hadith-hadith yang kelihatannya seperti bercanggah antara satu sama lain, tetapi sebenarnya tidak kerana konteksnya berbeza. Cukup menghairankan apabila Dr. MAZA menekankan tentang perlunya kita patuh kepada ijma’ ‘ulama, tetapi dia sendiri menentang aliran arus perdana (yang merupakan hasil ijma’ ‘ulama) di negara ini; seperti contoh, dia mempertikaikan dan memperlekeh majlis maulid, memperlekeh al-Fadhil Syeikh Jaafar al-Barzanji (bacaan Maulid Barzanji – disebut ‘berzanji’ oleh orang Melayu – telah lama diamalkan di negara ini), dan sebagainya yang mana semuanya adalah perkara-perkara yang dipersetujui oleh para ‘ulama. Jika adapun pandangan berbeza, maka itu adalah perbezaan pendapat yang tidak wajar dan tidak patut dijadikan polemik di dalam masyarakat! Hormatilah apa yang telah disusun oleh para ‘ulama terdahulu untuk kesejahteraan umat Islam di negara ini!

Pensyarah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Dr. Fauzi Deraman kemudiannya menyatakan bahawa semua orang, termasuk para ‘ulama, adalah tertakluk kepada ayat Al-Qur’an yang menyatakan bahawa kita semua tidak dikurniakan pengetahuan melainkan sedikit. Justeru, Al-Qur’an juga mengajarkan kita agar “bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui”. Menurutnya, setiap orang ada bidang kepakaran masing-masing dan bidang tersebut harus dihormati. Tentang fenomena masa kini di mana semakin ramai orang awam yang turut melibatkan diri dalam perbincangan terbuka tentang hal-hal agama yang sebenarnya bukan bidang mereka, Dr. Fauzi Deraman menyatakan bahawa orang awam tidaklah wajar disalahkan sepenuhnya kerana orang awam mengikuti ‘mentor’ mereka. Maka, apa yang penting adalah orang awam harus dididik dan diberikan panduan yang betul. Apa yang dikatakan oleh Dr. Fauzi Deraman ternyata benar. Namun, apa yang berlaku pada hari ini adalah orang sudah tidak menghormati autoriti. Dalam hal agama sebagai contoh, semakin ramai orang sudah tidak lagi menghormati autoriti kerana terpengaruh dengan sikap segelintir orang muda yang kononnya berilmu, mungkin kerana memilik Ph.D. lalu memakai gelaran ‘Doktor’ di hadapan namanya, yang dengan sewenang-wenangnya mempersoal dan mempertikaikan pendapat para ‘ulama sedangkan mereka bukanlah orang yang layak untuk melakukan hal yang sedemikian. Ada juga di kalangan para ilmuan sombong ini yang mengatakan diri mereka, ataupun mengatakan ‘ulama ikutan mereka, sebagai pakar hadith dan memakai gelar ‘Al-Muhaddith’ sedangkan antara syarat untuk seseorang itu digelar ‘Al-Muhaddith’ adalah ia haruslah menghafal 100,000 hadith! Itu belum termasuk syarat mempunyai dan menghafal sanad hadith. Sedangkan golongan ‘ulama sombong ini menolak amalan pemberian ijazah hadith; maka mana mungkin mereka menjadi pakar hadith!

Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady memberikan satu peringatan yang ringkas tetapi penuh makna; bahawa setiap urusan itu haruslah diserahkan kepada ahlinya. Peringatan daripada Allah Subhanahu wa ta’ala agar kita merujuk kepada ahlinya dan tidak memandai-mandai. Justeru, dalam soal memberikan pandangan, sepertimana yang dipraktikkan oleh para salafussoleh, hendaknya para ‘ulama itu berbincang di dalam wacana “para ‘ulama” untuk mendapatkan kesepakatan – dengan mengambil kira semua faktor – sebelum akhirnya keputusan itu disalurkan kepada orang ramai. Apa yang berlaku pada hari ini adalah kita terpengaruh dengan wacana ala pasca-modenisme, yang menganggap semua wacana adalah sama – atas nama ‘kebebasan bersuara’.

Penekanan yang diberikan oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady ini, walaupun ringkas, tetapi adalah sangat fundamental. Apa yang disebutkan adalah tentang hal adab. Hal ini demikian kerana tidak semua orang mempunyai kelayakan untuk membincangkan semua perkara. Perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajian ‘aqidah, berkaitan dengan fiqh dan akhlak, yang sudah tentu akan ditemukan banyak perbezaan pendapat tentangnya, adalah perkara-perkara yang tidak wajar, tidak patut dan tidak perlu untuk dibincangkan di dalam wacana terbuka di tengah-tengah masyarakat yang rata-ratanya tidak berkeahlian dalam hal ilmu Islam. Justeru, di situlah peranan para ‘ulama untuk menyusun dan menyepakati apakah kaedah, pendekatan, amalan, dan sebagainya yang patut diketengahkan kepada masyarakat. Itulah yang dilakukan oleh para imam mazhab dan para mujtahidin. Mereka meneliti dalil dan menyusun amalan-amalan dalam agama agar mudah diikuti oleh orang awam; agar tidak perlu lagi orang awam melalui proses penelitian dalil kerana tidak semua orang berkapasiti untuk memahami dengan benar dalil Al-Qur’an dan Al-Hadith, apatah lagi untuk mencapai tahap mujtahid! Tindakan membawa wacana yang berkaitan dengan penentuan asas-asas serta amalan-amalan dalam agama ke tengah kancah masyarakat, hanyalah akan menyebabkan berlaku kecelaruan kerana masyarakat akan mula keliru, dan lebih teruk lagi sudah mula muncul di tengah-tengah masyarakat golongan muda (khususnya) yang dengan beraninya berwacana menggunakan nama-nama ‘ulama seperti Imam Syafie, Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dan sebagainya, sedangkan mereka hanyalah ‘berguru’ dengan Internet ataupun dengan membaca sendiri buku-buku para ‘ulama tersebut. Jika adapun guru tempat merujuk, hanyalah seorang atau dua orang guru-guru yang tidak mempunyai susur galur ilmu yang mantap. Hal ini berlaku kerana melihatkan wacana-wacana yang semakin banyak dibincangkan secara terbuka, sehingga mereka merasakan bahawa sesiapa sahaja layak untuk membincangkan persoalan agama.

Bagaimanapun, Dr. MAZA seolah-olah gagal memahami apa yang cuba disampaikan oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady. Dia memetik hadith yang menyatakan bahawa Allah akan membangkitkan seorang ‘mujaddid’ (pembaharu urusan agama) pada setiap 100 tahun. Dia menyentuh tentang bagaimana urusan membaharui urusan agama ini telah dilakukan oleh semua mujaddid, biarpun ditentang hebat. Dia menyebut cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Imam Ahmad, Imam Syafie dan sebagainya dalam menyatakan kebenaran. Saya tertanya-tanya, apakah dia mahu menyamakan dirinya dengan Imam Ahmad dan Imam Syafie? Dia menyebut contoh-contoh itu sebagai menyatakan bahawa dirinya juga perlu melakukan ‘tajdid’ (membaharui urusan agama) biarpun sukar diterima. Namun, sekali lagi, perlu diperhatikan siapakah Imam Ahmad dan siapakah Imam Syafie? Mereka adalah ornag yang diberikan pembukaan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala, sehingga mempunyai keluasan ilmu yang hebat. Sekiranya salah seorang daripada mereka masih hidup pada hari ini, maka tidaklah keterlaluan jika dikatakan adalah wajib bagi seluruh umat Islam di dunia ini mematuhinya sebagai rujukan utama masa kini! Siapalah Dr. MAZA jika hendak dibandingkan dengan Imam Syafie, Imam Ahmad? Juga, harus diperhatikan apakah yang diperjuangkan oleh imam-imam besar itu sama seperti apa yang diperjuangkan oleh Dr. MAZA? Imam Syafie dan Imam Ahmad berjuang untuk membetulkan ‘aqidah umat Islam (diulangi: ‘aqidah), kerana tanpa ‘aqidah yang betul boleh jatuh kufur seseorang itu. Sedangkan di negara ini kita sudah mempunyai suatu susunan amalan dan pegangan yang betul, tidak perlu lagi dipertikaikan!

Dr. MAZA kemudiannya menyatakan, sebagai membantah pandangan Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, bahawa sekiranya dia perlu berbincang dahulu sebelum menyampaikan pandangannya, maka tidak akan berlakulah “sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat”. Saya dan rakan-rakan di pentas penonton hanya mampu menepuk dahi dek kerana lemahnya hujah yang digunakan oleh dia. Hadith tersebut bukan untuk hal tajdid! Jika hadith tersebut adalah berkaitan dengan hal tajdid, maka mudah sangatlah proses tajdid itu dan tidak perlulah dibangkitkan seorang mujaddid kerana sesiapa sahaja boleh melakukannya! Juga, apa yang dimaksudkan oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady agar diadakan perbincangan di peringkat para ‘ulama terlebih dahulu bukanlah maksudnya agar jangan dilakukan dakwah! Maksud beliau adalah supaya perkara-perkara khilaf, perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar, dengan pendekatan dan sebagainya, dibincangkan secara ilmiah terlebih dahulu di kalangan para ‘ulama, agar para ‘ulama yang berkeahlian itu dapat memutuskan apakah dia yang paling sesuai untuk disalurkan kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana masyarakat tidak berkeahlian untuk menentukan bagi diri mereka sendiri apakah yang patut atau tidak, apa yang benar atau tidak. Nah, bukankah di dalam wacana para ‘ulama itu masih ada peluang untuk ‘menyampaikan daripada Rasulullah walaupun sepotong ayat’. Keluarkanlah apa sahaja dalil dan nas yang diketahui di dalam wacana para ‘ulama kerana memang sifat wacana itu ilmiah. Mengapa harus dibawa kepada masyarakat? Adakah kerana ingin dikenali, ingin dilihat sebagai jaguh? Jika benar ingin manfaat dan faedah bagi masyarakat, bukankah pandangan dan usaha ijma’ ‘ulama itu lebih kukuh dan lebih baik daripada usaha beberapa kerat individu? Logik ini terlalu mudah, hanya mereka yang tertutup minda dan hatinya sahaja yang akan gagal memahaminya.

Dr. Fauzi Deraman pula menyatakan bahawa perselisihan (dalam hal dasar agama) tidak berlaku di zaman Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, kerana ada kaitannya dengan metodologi pada zaman itu. Saya mungkin boleh bersetuju dengan kenyataan itu kerana memang ada kebenarannya. Namun, sebab utama mengapa tidak berlakunya perselisihan pada zaman tersebut adalah semata-mata kerana baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam! Baginda adalah ikutan ulung para sahabat, baginda adalah contoh, baginda adalah rujukan utama! Para sahabat patuh dan taat kepada baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam tanpa soal: ini dinamakan taqlid! Benar, dalam Islam ada kebenaran untuk taqlid, bagi orang yang tidak mampu berijtihad seperti kita semua! Jika ada yang ingin menyanggah dengan mengatakan bahawa bertaqlid dengan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam sahaja yang boleh, maka ketahuilah bahawa Rasulullah telah mengiktiraf generasi salafussoleh, para Khulafa’ Ar-Rasyidiin dan Ahlul Bait sebagai kelompok yang harus kita ikuti dan contohi.

Namun, saya ternyata tidak bersetuju dengan kenyataan Dr. Fauzi Deraman yang menyatakan bahawa para sahabat tidaklah belajar banyak sangat tentang ‘aqidah. Kenyataan itu ternyata adalah suatu kenyataan yang sangat biadap! Para sahabat adalah mereka yang paling ‘arif tentang ‘aqidah! Kenyataan dia seolah-olah menggambarkan bahawa umat Islam yang terkemudian lebih maju dalam hal pengajian ‘aqidah! Memang benar bahawa para sahabat tidaklah mempunyai sistem pengajian yang canggih (baca: berkecamuk) sepertimana apa yang kita ada pada hari ini. Tetapi harus difahami bahawa para sahabat adalah mereka yang paling mantap ‘aqidah mereka, dan menjadi rujukan kita semua sehingga ke hari ini! Para sahabat adalah contoh kita dalam hal ‘aqidah. Bukankah dalam pembelajaran ‘aqidah pada hari ini pun kita memetik contoh-contoh daripada kisah sahabat? Penyusunan sistem bagi kita mempelajari dan memahami ‘aqidah yang benar seperti yang dilakukan oleh Al-Imam Abu Hassan Al-Asy’ari adalah juga bersumberkan kepada para sahabat, yang sudah tentunya datangnya pula daripada Sayyiduna Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Jika dikatakan para sahabat tidak banyak belajar ‘aqidah, adalah tidak benar sama sekali kerana para sahabat berada bersama Rasulullah, dan mereka mempelajari keseluruhan isi kandungan kitab suci Al-Qur’an secara langsung daripada baginda Rasulullah! Mereka mempelajari ‘aqidah daripada dua sumber utamanya: Al-Qur’an dan Rasulullah! Mana mungkin mereka tidak banyak belajar ‘aqidah!

Justeru itulah Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady mengingatkan semua tentang niat. Menurut beliau, niat itu adalah penting kerana setiap amalan itu nilaiannya bergantung kepada niat. Niat yang tidak betul akan merosakkan amalan; sepertimana solat menjadi rosak, sedekah menjadi sia-sia jika niatnya adalah untuk membangga dan menonjolkan diri. Hal ini, menurut Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, adalah sesuatu perkara yang sangat asas dan sangat penting tetapi ramai orang terlupa, termasuk sesetengah orang yang berilmu. Dalam melakukan pembaikan, teguran dan sebagainya kita haruslah ikhlas kerana mencari redha Allah Subhanahu wa ta’ala. Justeru, apa yang penting adalah kita menghormati orang lain, kita menghormati ‘ulil amri’. Jika ingin melakukan teguran, hendaklah dilakukan dengan cara baik dan cara berhikmah, bukannya dengan cara terus memaparkan kritikan itu di dada akhbar sehingga boleh mengakibatkan malu dan keresahan. Inilah adab namanya! Hal ini demikian kerana, jika benar kita ikhlas ingin menegur dan membuat pembaharuan maka sudah tentu boleh sahaja teguran itu disalurkan terus kepada pihak berwajib – kepada para pemerintah, kepada para ‘ulama – tanpa perlu melalui media massa. Kerana yang diinginkan adalah menyampaikan teguran dengan cara baik, bukan mencari populariti!

Mungkin disebabkan terasa dengan teguran ‘pedas’ Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Dr. MAZA naik suara sedikit. Dia menyatakan bahawa adalah tidak patut jika seseorang itu berbeza pendapat dengan orang lain, maka orang lain itu terus dituduh sebagai sesat, Wahabi dan sebagainya. Saya bersetuju dengan pandangan Dr. MAZA. Namun, ternyata di situ tersisip suatu keangkuhan dan cubaan untuk memutarbelitkan apa yang sebenarnya berlaku di negara ini. Harus difahami bahawa pertuduhan “sesat”, “Wahabi” dan sebagainya yang dilontarkan kepada individu-individu tertentu bukanlah dibuat secara semberono! Ya, mungkin sahaja ada di kalangan masyarakat awam di negara ini yang agak ‘emosional’ dan dengan mudahnya melabel orang dengan label yang pelbagai. Namun, di peringkat para ‘ulama dan intelektual, menghukum seseorang itu sebagai “sesat”, atau sebagai berfahaman “Wahabi” adalah sesuatu yang dibuat secara ilmiah. Apabila telah jelas dan telah zahir seseorang itu sesat, apakah mungkin kita mendiamkan diri dan tidak menyatakannya? Apakah hanya kerana semata-mata ingin meraikan ‘perbezaan pandangan’, maka kita tidak boleh menyatakan kesesatan seseorang itu apabila telah zahir kesesatannya? Jika begitu, tarikh balik sahaja pertuduhan kita terhadap Haji Kahar (Rasul Melayu). Fahaman dan aliran pemikiran yang “sesat” dan “Wahabi” itu telah lama dijelaskan dan dihadirkan dalil-dalil serta bukti bagi menyokong pertuduhan tersebut; hanya sahaja, mungkin segelintir pihak tidak mahu menerima hujah dan dalil-dalil yang dikemukakan.

Dr. Fauzi Deraman kemudiannya menekankan bahawa daripada segi sumber, tidak ada perselisihan kerana kita semua mengakui bahawa kita hanya ada dua sumber (dalam hal ‘aqidah, syariat mahupun akhlak) yakni Allah dan Rasul. Dr. Fauzi menyatakan bahawa kita tidak ada sumber-sumber yang lain selain daripada Allah dan Rasul. Hal tersebut sememangnya benar, bahawa tidak ada sumber yang lebih utama dalam agama selain daripada Allah dan Rasul. Namun, mungkin perlu dijelaskan lagi bahawa di dalam usul fiqh, melalui peruntukan di dalam nas-nas Al-Qur’an dan Al-Hadith, Ijma’ ‘Ulama juga diterima sebagai sumber – selepas Al-Qur’an dan Al-Hadith. Kegagalan mengiktiraf ijma’ ‘ulama sebagai sumber akan menyebabkan seseorang itu terjerumus ke dalam lembah kebiadaban ilmu. Memang benar sumber utama dalam Islam hanya dua, yakni Al-Qur’an dan Al-Hadith. Tetapi, siapakah yang akan menyampaikan kita kepada kefahaman yang benar tentang keduanya? Oleh sebab itulah, setelah Rasulullah berpesan para peringkat awalnya agar umat baginda berpegang kepada Al-Qur’an dan Al-Hadith, maka Rasulullah berpesan pula kepada kita menjelang penghujung kehidupan baginda di dunia ini supaya kita berpegang kepada sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidiin dan sunnah Ahlul Bait. Hal ini demikian kerana mereka adalah kelompok yang paling ‘arif tentang Al-Qur’an dan sunnah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Oleh sebab itulah, setelah berlalunya zaman Rasulullah, para sahabat merujuk kepada orang yang paling hampir dengan Rasulullah dalam usaha untuk memahami Al-Qur’an dan As-Sunnah. Para tabi’in merujuk kepada para sahabat dalam usaha untuk memahami Al-Qur’an dan As-Sunnah. Para tabi’ tabi’in pula merujuk kepada para tabi’in dalam usaha yang sama. Dan begitulah seterusnya berlaku, sehingga kita pada hari ini merujuk kepada para ‘ulama, guru-guru kita, masyayikh kita yang mursyid dan murabbi, dalam usaha kita untuk memahami Al-Qur’an dan As-Sunnah. Inilah dikatakan adab! Bukannya dengan cara menolak pandangan para ‘ulama tradisi dan kemudian menelaah sendiri Al-Qur’an dan Al-Hadith – kerana siapa kita untuk memahami Al-Qur’an dan Al-Hadith? Kita hidup dalam zaman yang penuh dengan dosa dan maksiat, mana mungkin Allah mengurniakan kepada kita ‘ilmu dan kefahaman yang sama sepertimana yang dikurniakan kepada generasi terdahulu – kerana kita tidak layak!

Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady kemudiannya merumuskan perbincangan pada sesi rakaman Al-Kuliyyah itu dengan menasihatkan semua agar kembali kepada kerangka Ahli Sunnah wal Jamaah – aliran arus perdana yang dijamin kebenarannya oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Baginda Rasulullah telah menjamin untuk kita bahawa kerangka kebenaran (al-Haq) itu akan sentiasa ada di dalam agama ini, justeru itulah dia aliran arus perdana yang dibawa dan didokong oleh para ‘ulama secara berantaian daripada dahulu sehingga kini. Oleh sebab itulah di sisi pada ‘ulama, salah satu tradisi penting yang perlu dikekalkan bagi memastikan keberkatan dan kesahihan ilmu adalah tradisi pengajian secara bersanad. Kita haruslah mempunyai rantaian ilmu dengan guru kita, guru kepada guru kita, guru kepada guru kepada guru kita, dan begitulah seterusnya sehingga sampai kepada Al-Mu’allim Sayyiduna Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam.
Selesai sahaja sesi rakaman itu sesi soal jawab dibuka kepada penonton yang hadir. Ada beberapa soalan dilontarkan kepada ketiga-tiga panel. Pada sesi ini semakin terzahir kebiadaban beberapa orang ahli panel dan para penonton yang menyokong mereka. Dalam usaha untuk menjustifikasikan betapa perlunya usaha ‘tajdid’ yang sedang dia lakukan, dalam erti kata memecahkan pegangan kepada mazhab syafi’e dan menjadi ‘lebih terbuka’,

Dr. MAZA mengambil beberapa contoh kelemahan pandangan di dalam mazhab syafi’e sambil menyatakan bagaimana sikap Imam Syafi’e sendiri serta sikap ‘ulama terdahulu yang begitu terbuka. Dr. MAZA memperli sikap ‘golongan agamawan’ serta ‘pihak berkuasa agama’, khususnya kerana sikap tertutup mereka dan kerana tindakan yang dikenakan ke atasnya oleh JAIS. Bukankah seharusnya sudah jelas, begitu ramai orang yang menentangnya bukanlah kerana dengki dan bukanlah kerana semata-mata tidak suka kepada perbezaan pandangan; tetapi, kerana aliran pemikiran yang dibawa oleh Dr. MAZA adalah berbahaya kepada kesejahteraan umat Islam di negara ini. Sikap Dr. MAZA yang memperlekeh ‘golongan agama’, mencabar ‘autoriti agama’ secara terbuka begitu, sambil disambut dengan tepukan tangan oleh sebilangan penonton, ternyata menampakkan keangkuhan dan ketiadaan adab. Apatah lagi apabila disambung pula oleh Dr. Fauzi Deraman yang mengikut rentak Dr. MAZA. Dr. Fauzi memperlekeh-lekeh pandangan dalam mazhab syafi’e (dalam kes ini berkaitan haji) yang katanya menyusahkan, sambil disambut dengan senyum dan gelak ketawa Dr. MAZA dan sebilangan para penonton. Kami hanya mampu terdiam melihat.

Namun, ternyata jika Allah ingin menzahirkan kebenaran maka tidak ada apa yang akan dapat menghalangnya. Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady menutup dengan suatu teguran yang langsung kepada para panelis dan penonton. Bergenang air mata tatkala Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady menyatakan kesayuan beliau melihat orang ramai bergelak-ketawa tatkala kisah para ‘ulama diceritakan dan pandangan mereka dilekeh-lekehkan. Begitu sayu beliau melihat orang ramai – termasuk para panelis – menganggap lekeh apa yang dibincangkan, sehingga boleh dijadikan bahan gelak ketawa. Ke mana perginya adab? Sungguh, persoalan adab ini adalah persoalan yang sangat penting. Ramai oleh boleh bercakap tentang adab, tetapi tidak semua orang benar-benar boleh menjadi orang yang beradab. Sekadar mengulangi pesanan Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, bahawa ikutilah dan taatlah kepada aliran arus perdana Ahli Sunnah wal Jamaah. Taatlah kepada imam-imam Ahli Sunnah wal Jamaah. Bersikaplah dengan sikap yang betul; bercakaplah dengan bahasa dan ayat yang betul. Di dalam Al-Qur’an, Allah Subhanahu wa ta’ala menyatakan bahawa sesiapa yang tidak beradab dengan Rasulullah – cukup sekadar meninggikan suara lebih tinggi daripada suara Rasulullah – maka akan terhapus segala pahala amalannya. Nah, para ‘ulama itu pewaris Rasulullah, mengapakah kita enggan beradab dengan mereka? Memang benar mereka bukan maksum, bukan sempurna, tetapi sedarlah bahawa kita semua jauh lagi tidak sempurna daripada mereka!

Semoga Allah mengurniakan Rahmat kepada seluruh para pejuang Ahli Sunnah wal Jamaah; dan semoga Allah membuka pintu hati golongan berilmu yang sombong, serta para pengikut aliran pemikiran mereka.

Mohon maaf atas salah dan silap. Sekadar luahan rasa hasil ilham daripada Allah dan berkat sentuhan guru kita Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki. Saya hanyalah seorang insan yang sangat hina yang sedang berusaha menggapai cinta-Nya, dan cinta Baginda sallallahu ‘alayhi wasallam.
Wallahu’alam.

Komentar:

Kupasan sahabat saya ini, menggambarkan fenomena yang jelas berkaitan “kehilangan Adab” seperti yang dijelaskan acap kali oleh Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam Islam and Secularism. Dalam satu sudut, adab yang diperkatan di atas berkenaan akhlaq tapi dari sudut yang lebih mendalam, adab yang difahami dari aspek ontologi adalah berkenaan menolak tradisi keilmuan yang dibina oleh ulama’ silam selama ribuan tahun.

Sebab itu para pemuka Salafiyyah/Wahabiyyah ini kata Shaykh Abdal Hakim Murad adalah “two sides of the same coin” bersama dengan para pemuka Liberal Islam/ Modernis/Reformis (Political Islam).

Tidakkah anda perasan betapa sokongan kuat diberi oleh Sisters In Islam kepada Dr. MAZA? Jikalau dibaca dari sudut kemanusian sudah tentu kita tidak akan mampu menterjemah “titik temu” dua golongan ini tapi ternyata memang ada iaitu menolak autoriti agama yang tersegam kukuh selama mana Islam tertegak di bumi Nusantara ini.

Para pemuka Salafiyyah/Wahabiyyah menggunakan slogan “tajdid” dan para pemuka Liberal Islam/Modernis/Reformis menggunakan slogan “reform” seperti episod Pencerahan (Enlightenment) dan Reformation Gereja Katolik di Eropah.

Walaubagaimanapun, tidak bermakna golongan tradisionalis yang ada sekarang ini sudah berada dalam posisi yang baik khususnya setelah melalui zaman penjajahan Barat yang sistematik dan halus. Banyak perkara yang perlu sama-sama kita bantu perkasakan institusi agama kita dan kritikan Prof. Al-Attas mengena pada semua golongan ini yang gagal memahami permasalahan akar ummah. Tapi Prof. Al-Attas lebih dekat dengan tradisi kerana jikalau kita membaca karya-karya beliau, nama-nama besar seperti Jami’, Al-Ghazali, Ibn Sina, Ibn Arabi, Hamzah Fansuri, Nuruddin Al-Raniri, Fakhr Din Al-Razi, Junayd al-Baghdadi dan banyak lagi merupakan rujukan utama beliau.

Makanya masalah para pemuka Salafiyyah/Wahabiyyah ini bukanlah satu masalah yang kecil. Virus ini harus dihapuskan dengan cara yang paling berhemah iatu cara ilmiah dalam menjaga al-masalih al-mursalah umat Islam di Malaysia demi menjaga ketulenan dan kesucian manhaj Ahl Sunah Wal Jamaah.

Posted by: bankwahabi | Disember 5, 2009

Ahli Sunnah, Wahhabiyyah dalam perbandingan kerangka peradaban

Oleh Muhammad Uthman EL-Muhammadi

Tafsiran Sunni menyeluruh, terbuka mengikut batasan prinsip rohani serta intelektual

SELEPAS melihat perbandingan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Wahabi mengenai akidah, kerohanian dan ibadatnya, juga aspek hukum dan akhlaknya, minggu ini rencana ini bertumpu kepada pengamatan ringkas kerangka peradaban. Bagi memahami ajaran Ahli Sunnah dan perbandingannya dengan Wahabi dalam aspek ini, kita boleh bermula dengan beberapa kenyataan.

Antaranya, peradaban pada matlamat terakhirnya dalam ajaran agama adalah untuk menjadi alam yang mana kebesaran Tuhan dan kalimah-Nya terserlah; justeru kitab suci al-Quran menyatakan (maksudnya); “Dialah Tuhan yang menjadikan tujuh lapis langit dan bumi demikian juga, turun perintah di kalangan semua itu supaya kamu mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan bahawa Allah meliputi segala-galanya dengan ilmu-Nya’� (al-Talaq:12).

Begitu juga ayat (bermaksud): “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepada-Ku /menyembah-Ku” (al-Dhariyat: 56); dan bermaksud “Bertasbih kepada Allah segala yang ada di langit dan di bumi Raja yang Maha Suci, Maha Tinggi dalam kekuasaan lagi Maha Bijaksana” (al-Jumuah:1) dan yang sepertinya

Maka alam ini dijadikan untuk merealisasikan kebesaran dan kalam-Nya. Dan manusia dijadikan khalifah-Nya di bumi dengan diajarkan nama benda dengan khasiat dan kelebihan seperti dihuraikan oleh Imam Fakhr al-Din al-Razi dalam Tafsir al-Kabir dan al-Baidhawi dalam tafsirnya. Huraiannya dilanjutkan dalam hasyiahnya oleh Syaikh Zadeh. Dan manusia membina peradaban dengan mengimarahkan hidup di bumi.

Ahli Sunnah dan Wahabi ada beberapa titik pertemuan dalam hal ini. Bagaimanapun tafsiran Sunni adalah luas dan mencakupi sedangkan tafsiran Wahabi terbatas, sempit dan tidak kelihatan membuka ruang yang memadai untuk perkembangan tamadun. Ini terbukti dalam sejarahnya yang bermula di Najd itu.

Satu lagi kenyataan � bahawa agama sekurang-kurangnya boleh difahami pada beberapa peringkat; pertama ia wahyu dan nubuwwah (dengan pemahaman mengenai al-Quran dan hadis); kemudian agama seperti yang dihuraikan dalam teks yang menyatakan secara terperinci ilmu yang berpunca daripada wahyu dan nubuwaah itu, dan pemahaman manusia mengenai itu semua.

Tahap berikutnya adalah apabila agama diamalkan umat manusia dalam kumpulan ramai atau masyarakat dan di sinilah timbul tamadun atau peradaban. Tafsiran Sunni menyeluruh dan terbuka dalam batasan prinsip rohani dan intelektual, tafsiran Wahabi sangat terbatas dan terhad.

Berhubung peradaban, kita boleh ajukan pertanyaan � tidakkah peradaban ‘khaira ummatin’ di Madinah itu Ahli Sunnah sifatnya? (‘ma ‘ana ‘alaihi wa ashabi’, ‘mengikut cara hidupku dan sahabatku’ seperti yang ada dalam hadis)? Kita jawab, ya Ahli Sunnah. Tidakkah peradaban di Damsyik itu Ahli Sunnah? Begitu juga di Baghdad, Andalusia, Istanbul, di Melaka, Samudera Pasai dan Aceh itu Sunni?

Peradaban ini dalam kerangka Ahli Sunnah yang menjadi alam yang di dalamnya ada kebesaran Tuhan dan kalam-Nya. Ya, memang ada kelemahannya kerana dunia ini bukan jannatul-firdaus, tetapi inilah alam manusiawi yang di dalamnya terjelma kebesaran Ilahi dan kalam-Nya dengan cara yang sebaik-baiknya sebelum kemunculan alam yang kekal abadi itu.

Dan alam manusiawi yang kita sebut sebagai peradaban itu muncul dalam kerangka kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, bukan Khawarij, Batiniyyah dan lainnya (sudah tentu bukan Wahabi sebab ia hanya muncul pada abad ke-18). Golongan lain boleh berada dan berfungsi di dalam peradaban Sunni itu sebab kerangka ini sangat toleran dan bertasamuh.

Ini terbukti dalam sejarah hampir 15 abad itu; kerangka lain jelas tidak mempunyai sifat-sifat yang ada padanya. Ia adalah kerangka ‘menengah’ yang menjadi corak bagi umat ini. Maka peradaban dalam kerangka inilah yang kita perlu teruskan dan semarakkan lagi kejayaannya.

Tidakkah kalangan sahabat dan Tabiin serta generasi yang diakui berikutnya, Ahli Sunnah semuanya? Tidakkah al-Juwaini pengikut Ahli Sunnah? Begitu juga Al-Baqillani, Al-Ghazali, Fakhr al-Din al-Razi, al-Sanusi dan Salah al-Din al-Ayyubi? Dan da’i terkenal al-syahid Hasan al-Banna adalah pengikut Ahli Sunnah? Dan Said Nursi di Turki itu Ahli Sunnah?

Ringkasnya mereka dan ramai yang lain adalah pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, termasuk imam mazhab dan pengikut mereka; mereka di dunia Melayu adalah Ahli Sunnah dan pengikut Imam al-Asy’ari. Teks usul al-din di dunia Melayu adalah teks memaparkan aliran Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari.

Apakah kerangka itu? Sekadar menyebut beberapa unsur kerangka yang dicirikan oleh elemen pokok seperti: Tauhid dengan huraiannya yang mencakupi semua perkara, daripada tauhid mengenai Tuhan, kehidupan manusia, diri manusia, masyarakat dan umat. Tauhid semacam ini tidak ada dalam Wahabi.

Bagi tauhid dalam pemahaman ilmu dan tamadun, kenabian dengan kedudukannya sebagai punca ilmu pengetahuan, panduan mengenai ilmu pengetahuan, panduan hidup bertamadun dan masyarakat. Pemahaman luas mengenai sunnah begini tidak ada dalam Wahabi. Bicaranya hal sunnah � bidaah, talqin, kenduri arwah, qunut, maulidurrasul, melawat kubur, tawassul, zikir beramai-ramai, berzanji, menyebut ’sayyidina’ dan yang sepertinya yang diselesaikan lebih 50 tahun lalu di Malaya (nama sebelum Malaysia).

Sukar untuk dimengertikan bagaimana ada pihak menganggap bicara seperti ini bicara pembangunan umat atau bicara mengajak kepada keluasan dan kematangan berfikir. Adakah intelektual sebegini yang hendak dikembangkan? Ini sukar dipertahankan.

Hidup dunia dan akhirat diberikan perspektif yang betul secara integrasi tidak terpisah-pisah antara keduanya, dengan itu tidak ada sekularisme dalam erti falsafah di dalamnya; demikian pula yang lain-lain yang sepertinya.

Kemuliaan ilmu pengetahuan dan kemajuannya serta pengembangannya � yang berfaedah dijayakan dan berbahaya tidak dijayakan. Epistemologi atau huraian falsafah ilmu pengetahuan yang luas sebegini tidak ada dalam Wahabi, ia sebaliknya didominasi oleh haram-halal, sunnah-bidaah, hidayah-dalalah dalam pembahagian simplistik itu.

Huraian falsafah tidak ada tempat di dalamnya. Pernah berlaku pada satu seminar atau mesyuarat, apabila terdengar kata ‘falsafah’ seorang pengikut fahaman itu mengeluarkan pertanyaan � bagaimana ini? Falsafah tidak ada dalam Islam (yang ada hanya al-Quran dan Sunnah); mantik tidak ada tempat di dalamnya; astronomi tidak ada tempat di dalamnya (sebab itu berlaku peristiwa puasa terpaksa diqada sebab berlaku kesilapan melihat anak bulan di sebuah negeri, akibat mereka menolak astronomi dan aplikasinya).

Kedudukan yang wajar antara agama, wahyu dan ilmu pengetahuan ada dalam sejarah Sunni. Ini tidak ada dalam Wahabi yang bermula dengan penolakan beberapa elemen teknologi dan pengetahuannya seperti yang ada dalam sejarah gerakan itu. Kedudukan sepadu antara ilmu akli dan nakli jelas misalnya dalam Kashshaf Istilahat al-Funun oleh al-Tahanawi dan yang sepertinya.

Kedudukan yang harmoni antara seni dan sains serta teknologi jelas dalam sejarah Sunni; antaranya tercatat dalam Introduction to the History of Science oleh G Sarton jilid 3; Ibn Khaldun dalam al-Muqaddimahnya membuat beberapa rumusan mengenai perkembangan intelektual ini; hanya ada berlaku sedikit gangguan dalam sejarah tentang bidang ini. Dalam kerangka Wahabi, asal perkembangan begini tidak ada; ia hanya timbul kemudian dalam sejarahnya. Islamisasi ilmu dalam kerangka epistemologi Asya’irah dalam Ahli Sunnah sudah berlaku dalam alam Ahli Sunnah; dalam Wahabi ia hanya baru mula untuk berlaku.

Hubungan harmoni individu, keluarga dan masyarakat dengan adab dan peraturannya. Wahabi mempunyai ciri yang sangat malang dari segi adab dan akhlak terutama hubungannya dengan ulil amri yang menyayat hati; penolakan tasauf menjadikan jiwanya keras dan kasar, kecuali dalam kalangan mereka yang terkesan dengan pengaruh kerohanian Ahli Sunnah.

Kedudukan sepadu dan terarah dalam hubungan antara ulil amri dan umat umumnya, jelas dalam Ahli Sunnah; dalam kalangan Wahabi ia banyak menunjukkan konflik sebab ajarannya dari asal sememangnya sedemikian.

Bagi kedudukan epistemologi Asyariah dalam Ahli Sunnah (termasuk Maturidiyyah) membabitkan hubungan dengan pemikiran moden dan pasca moden pula, kerangka Ahli Sunnah paling perkasa dan utuh mengemudi manusia menghadapi pemikiran moden dan pasca moden; nampaknya tidak ada yang lain dalam dunia ini yang sepertinya. Wahabi langsung tidak boleh dibandingkan dengannya; ia seperti kanak-kanak baru mumaiyiz berbanding dengan hakim yang penuh bijaksana.

Budaya ‘al-din al-nasihah’ yang berkesan dan menyeluruh dalam Ahli Sunnah, bukan budaya ‘anti-establishment;’ dalam Wahabi nampaknya yang ada adalah budaya ‘anti-establishment’ daripada awal lagi. Kemajuan duniawi sebagai suasana untuk pembentukan hidup membina peribadi manusia berdasarkan ‘budaya uswatun hasanah’ bukan budaya ’selebriti’ (walaupun selebriti dalam perspektifnya yang betul dibenarkan).

Bagi kesedaran mengenai kedudukan hubungan harmoni di kalangan bangsa dan kaum serta agama, panduan Sunni memadai dalam hal ini; panduan intelektual dan rohaniah Wahabi tidak memadai.

Demikianlah secara ringkasnya perbincangan mengenai ajaran Ahli Sunnah dalam perspektif pembangunan ummah Islamiah dan elemen penting dalam pembinaannya berbanding pandangan Wahabi. Dengan itu maka pemikiran Sunni dalam bidang ini perlu diteruskan di Malaysia dan dunia Melayu dengan membuat perincian dalam bahagian yang memerlukannya, dengan pembetulan dan penambahan di mana yang diperlukan serta langkah praktikal. Ini berserta penyusunan langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi menjayakannya. Dan intelektualiti cara Wahhabi mesti dijauhi bagi mengelak malapetaka intelektual, rohani dan tamadun berlaku di sini. Na’udhu billahi min dhalik! Moga-moga Allah menunjukkan kita kepada jalan yang lurus, amin. Wallahu a’lam.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20091205234316/Article/index_html

Posted by: bankwahabi | Disember 1, 2009

Sudahkah Anda Menolak Ajaran Wahhabi?

Tahniah JAIS, Para Mufti Negeri dan Para Ulama’ Ahlussunnah Wal Jama’ah!

Alhamdulillah, sejak penangkapan MAZA oleh JAIS membuka mata banyak pihak terutamanya masyarakat awam yang tidak sedar kehadiran ajaran sesat (ajaran Wahhabi) yang kian pesat berkembang di kalangan masyarakat. Orang Awam sedar kekeliruan dan kepincangan yang terdapat dalam ajaran Wahhabi yang dipelopori oleh beberapa kerat pendakyah mereka. Sebelum ini, ada di antara mereka (masyarakat) yang menyanjung tinggi MAZA dan golongan Wahhabi kerana mereka mendakwa ajaran mereka adalah agama Islam yang sebenarnya, manakala agama Islam yang kami (seluruh ummat Islam sedunia) pelajari dan anuti adalah sesat dan terpesong. Maka ramailah yang terjerumus ke lembah bahana ajaran tersebut, mereka menganggap agama Islam yang Bapa dan Ibu mereka anuti adalah salah. Sungguh Jahil dan Zalim golongan Wahhabi ini. Jika agama Islam yang bapa dan ibu mereka anuti itu salah, maka mereka telah mengkafirkan Bapa dan ibu mereka. Jawapannya nerakalah tempat bapa dan ibu mereka. Adakah anda tergolong dalam golongan Wahhabi?

Alhamdulillah, sejak penangkapan MAZA, pendakyah Wahhabi berasa gentar untuk meneruskan dakyah sesat mereka kerana mata dan minda masyarakat sudah terbuka luas dan mampu untuk menilai kepincangan yang wujud dalam ajaran Wahhabi. Rata-rata masyarakat awam yang saya jumpa, mereka akan menyebut tentang kejinya sikap MAZA yang tidak menghormati para Ulama’, sikapnya yang biadab mencaci-cerca para Ulama’ seperti memanggil Imam As-Syafie R.A dengan pie. Alangkah kejinya MAZA! Bukan itu sahaja, dalam ceramah-ceramanya, banyak kutukan-kutukan terhadap para ulama’ silam lain seperti Imam Al-Busairi R.A, golongan Ahlul Bait, Tok guru pondok. MAZA juga tidak ketinggalan menghina ilmu Tauhid yang telah diajar sejak zaman para salaf soleh, kata MAZA, mereka (para ulama’) yang mengajar ilmu tauhid sifat 20, menyusahkan diri dan juga menipu masyarakat. Adakah anda tergolong dalam golongan Wahhabi?

Alhamdulillah, sejak MAZA ditangkap dan dihadapkan di mahkamah, masyarakat sedar tentang golongan yang kuat menyokong MAZA dan pendakyah-pendakyah Wahhabi yang lain, mereka adalah ahli politik yang berkepentingan, artis-artis yang jahil tentang kesesatan Wahhabi, golongan professional yang baru mengenal Fiqh dan Aqidah, golongan Sister in Islam yang jauh terpesong daripada Agama Islam, Islam liberal, Anti-Islam (cerita mengenai MAZA mendapat tempat dalam akhbar yang sudah maklum anti-Islam, pada hari ahad minggu yang MAZA ditangkap, terdapat hampir 5 mukasurat cerita yang menyokong MAZA). Alangkah hebatnya kuasa Allah SWT, dengan penangkapan MAZA amat jelas kesesatan MAZA dan pendakyah Wahhabi yang lain, masyarakat yang menggunakan aqal yang dianugerahkan oleh Allah SWT dengan mudah boleh menilai MAZA dan pendakyah Wahhabi berada dilandasan yang mana. Adakah anda tergolong dalam golongan Wahhabi?

Alhamdulillah, sejak MAZA ditangkap, para Ulama’ terutamanya para Mufti Negeri memberi penjelasan di dada akhbar-akhbar utama tentang kesesatan Wahhabi dan menyokong tindakan JAIS yang berpandukan undang-undang . Namun, penyokong MAZA dan Wahhabi mengutuk tindakan JAIS. Ingin saya utarakan di sini, jika seseorang itu merompak atau membunuh, wajarkah pihak berkuasa (polis) menangkap dan pihak mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap mereka? Jika jawapan anda wajar, begitu juga tindakan JAIS terhadap MAZA. Amat wajar, jika mereka yang melanggar undang-undang tidak dikenakan tindakan apa gunanya kita menggubal undang-undang. Bagi sesiapa yang melanggar undang-undang negeri, persekutuan, agama, mereka wajib didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan mereka wajib dikenakan hukuman. Begitu juga MAZA yang melanggar undang-undang, wajib dikenakan tindakan dan didakwa di mahkamah. Adakah MAZA mempunyai kuasa VETO hingga boleh membenarkan dia melanggar undang-undang yang sudah digubal mengikut hawa nafsunya? Sudah tentu ramai akan cemburu dengan kuasa VETO yang penyokong MAZA berikan terhadapnya. Jika anda teliti semula undang-undang yang terdapat dalam JAI Perlis, memang ada peruntukan undang-undang bagi mereka yang mengajar tanpa tauliah. Adakah MAZA jahil tentang hal ini, sedangkan dia pernah menjawat jawatan Muftari Perlis. Khabar yang didengar, MAZA juga pernah menghalang para Ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jama’ah daripada mengajar di Negeri Perlis. Adakah anda tergolong dalam golongan Wahhabi?

Alhamdulillah, sejak MAZA didakwa oleh JAIS, para Ulama’, para Nazir dan AJK Masjid, para jema’ah Masjid dan Surau, pihak NGO-NGO Islam, jabatan-Jabatan Agama Negeri, bekerjasama dalam menjayakan program, ceramah, forum, seminar tentang kesesatan Wahhabi. Masjid-masjid meletakkan program penjelasan tentang kesesatan Wahhabi menjadi keutamaan untuk mengelakkan penyakit kesesatan Wahhabi ini terus merebak dalam masyarakat. Sebelum ini ramai yang masih menganggap Wahhabi bukan satu ancaman besar terhadap negara, namun kini ancaman yang timbul daripada golongan Wahhabi makin jelas. Sebelum ini ramai yang berlapik dalam berbicara tentang Wahhabi, ramai yang takut untuk menolak dan menjelaskan kesesatan Wahhabi. Namun kini tiada lagi perkara itu, secara terang para Ulama’, pihak Masjid, para jema’ah masjid dan surau membicarakan kesesatan Wahhabi tanpa ada rasa takut. As-sakitu ‘anil khair kas-syaitonu akhraos, mereka yang berdiam diri daripada menceritakan kebenarah hal sesuatu adalah seperti syaitan yang bisu. Maha Besar Allah SWT dan Maha Agung Allah SWT, terbuktilah apa yang terkandung dalam Al-Quran bahawa maka telah datanglah kepada kamu kebenaran dan telah jelaslah kesesatan dan kesesatan tersebut akan dihapuskan daripada muka bumi ini. Kebenaran yang datang dewasa ini adalah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang bisa membasmi kesesatan Wahhabi. Adakah anda tergolong dalam golongan Wahhabi?

Wahai para pembaca yang budiman,

Marilah kita bersama-sama menolak dan mengebleng tenaga dalam membanteras ajaran Wahhabi sama ada di negara kita mahupun di luar negara. Sama ada yang dipelopori oleh MAZA, Rasul Dahri, fathul Bari, Husin Yee, Abdullah Yasin dan beberapa kerat manusia yang menyimpang daripada jalan kebenaran. Gunalah apa jua cara untuk menyekat golongan Wahhabi daripada menyesatkan keluarga anda, saudara anda, sahabat anda, jiran anda, rakan sekerja anda, pemimpin anda, kerana Wahhabi akan memecah belahkan masyarakat yang hidup aman damai.

 

Saifus Sunni

Asadullah

BankWahabi

 

 

Posted by: bankwahabi | November 29, 2009

ASAL USUL AGAMA WAHABI

Wahabi?Siapakah Wahabi?Mesti Baca!

DINASTI SAUD : DARI MANAKAH ASALNYA MEREKA INI?DAN SIAPAKAH MOYANG KEPADA KELUARGA INI?

 

KAJIAN DAN PENEMEUAN OLEH: MOHAMMAD SAKHER ,seorang yang telah diperintahkan supaya dibunuh oleh rejim Saudi diatas penemuan ini:

 

  1. Adakah keluarga saud berasal dari kaum ANZA BEN WAEL seperti mana mereka sekarang?
  2. Adakah Islam Agama sebenar mereka?
  3. Adakah mereka berketurunan Arab?

 

Pada tahun 851 H ,sekumpulan lelaki dari bani AL MASALEEKH ,iaitu satu cabang dari KAUM ANZA ,membentuk satu pedati untuk membeli bijirin( gandum dan jagung) dan bahan makananan lain dai IRAQ ,dan membawanya kembali ke NAJD .Ketua kumpulan ini bernama SAHMI BIN HATHLOOL. Pedati itu sampai ke BASRA ,dimana ahli kumpulan berjumpa penjual bijirin iaitu seorang YAHUDI bernama MORDAKHAI BIN IBRAHIM BIN MOSHE.Semasa tawar menawar belangsung ,yahudi itu bertanya mereka “Dari mana asalnya kamu?”
Mereka menjawab”Dari Kaum ANZA , berkait dengan AL MASALEEKH”Setelah mendengar nama itu , yahudi itu menjadi gembira dan juga mengakui dia berasal dari kaum keluarga yang sama,tetapi terpaksa tinggal di BASRA IRAQ disebabkan persengketaan keluarga antara bapanya dan ahli keluarga kaum ANZA.

Dia kemudiannya mengarahkan hambanya untuk memenuhkan unta2 kaum kabilah tersebut dengan gandum ,kurma dan tamman;ini adalah satu budi yang menarik hati lelaki2 AL MASALEEKH dan menunjukkan kegembiraan mereka kerana berjumpa saudara di IRAQ ,sumber kepada keperluan mereka ;mereka percaya setiap apa yang dikatakan oleh yahudi itu,dan kerana beliau adalah seorang pedagang makanan yang kaya(yang mereka sangat perlukan)walaupun dia adalah seorang yahudi yang bersembunyikan di sebalik imej ARAB dari kabilah AL MASALEEKH.

 

Apabila pedati tersebut telah bersedia untuk bertolak ke NAJD,pedagang yahudi tersebut meminta izin mereka untuk menemani mereka ,kerana dia ingin pergi bersama mereka ke tanah asal mereka NAJD.Setelah mendengar dari lelaki yahudi itu,mereka amat berbesar hati dan menyambut mereka dengan hati yang sangat gembira.

 

JAdi,Yahudi yang menyamar itu tiba di NAJD dengan pedatinya.Di NAJD,dia memulakan untuk menyebarkan banyak propaganda untuk dirinya melalui sahabat2 sahabatnya(Sepupu tipunya ),setelah itu,berkumpullah ramai para penyokongnya;tetapi tanpa disangka,dia berhadapan dengan kempen penentangan terhadap fahamannya oleh SHEIKH SALEH SALMAN ABDULLAH AL TAMIMI, seorang pendakwah di AL-QASEEM.

 

Jarak penyebaran ajarannya termasuk NAJD ,Yaman dan Hijaz,sesuatu yang memaksa yahudi itu (keturunan dari KELUARGA SAUD sekarang )untuk berpindah dari AL QASEEM ke AL IHSA,Di mana kemudiannya dia menukar namanya (MORDAKHAI ) kepada MARKHAN BIN IBRAHIM MUSA.Kemudia dia menukar lokasi penempatannya dan menetap di sebuah tempat bernama DIR`IYA berdekatan AL-QATEEF,di mana dia bermula untuk menyebarkan kepada penduduk tempatan dengan dusta mengatakan perisai kepada nabi MUhammad SAW telah diambil sebagai barangan rampasan(curi) oleh seorang arab pagan (musyrikin) hasil daripada perang uhud antara Arab musyrikin dan Muslimin.

Katanya “Pedang itu telah dijual oleh arab musyrikin kepada kabilah kaum yahudi bernama BANU QUNAIQA` yang menyimpannya sebagai harta karun!”Dia kemudiannya mengukuhkan lagi kedudukannya di kalangan Badwi melalui cerita2 dusta yang menyatakan bagaimana Kaum Yahudi di Tanah Arab sangat berpengaruh dan berhak kepada penghormatan tinggi.Dia mengukuhkan lagi kedudukannya di kalangan Badwi,dan mengambil keputusan untuk menetap di situ,di kota DIR`IYA ,berdekatan AL- QATEEF,di mana dia mengambil keputusan untuk menjadikannya sebagai pusat di PERSIAN GULF.Dia kemudiannya mendapat idea untuk menjadikannya sebagai batu loncatan untuk menubuhkan kerajaan Yahudi di tanah Arab.

 

Untuk memenuhi cita-citanya itu ,dia telah mendekati Arab Badwi di padang pasir utnuk memantapkan lagi posisinya,kemudian secara beransur ansur,dia kemudiannya mengisytiharkan dirnya sebagai raja kepada mereka !!

 

Pada ketika itu ,kabilah AJAMAN bersama kabilah BANI KHALED menjadi sangat berhati hati kerana rancangan jahat Yahudi selepas mereka mendedahkan siapa mereka yang sebenarnya,dan mengambil keputusan untuk membunuhnya.Mereka menyerang bandar lelaki yahudi itu dan menawannya,tetapi sebelum menangkapnya dia telah dapat melepaskan diri.

Oleh itu keturunan yahudi daripada KELUARGA SAUD (MORDAKHAI),mencari perlindungan di sebuah ladang bernama AL-MALIBEED-GHUSAIBA berdekatan AL-ARID, yang sekarang ini bernama : AL-RIYADH.

Dia kemudiannya meminta kepada tuan ladang tersebut untuk memberikannya sebuah perlindungan.Tuan ladang itu berasa sangat simpati lalu memberikannya tempat untuk berlindung.Tetapi kemudiannya yahudi itu (MORDAKHAI) ,hanya tinggal selama sebulan di situ,setelah yahudi itu membunuh tuan ladang tersebut dan semua ahli keluarganya..dan berpura pura dengan menyataka mereka semua telah dibunuh oleh pencuri yang menceroboh.Dia kemudiannya berpura pura menyatakan bahawa dia telah membeli ladang tersebut dari tuan tanah sebelum malapetaka tersebut datang kepada mereka! Setelah merampas tanah tersebut,dia menamakannya ALDIR`IYA ,sama nama dengan tempat yang pernah dimilikinya.

Keturunan Yahudi daripada KELUARGA SAUD (MORDAKHAI) dengan cepat menubuhkan “GUEST HOUSE” bernama “MADAFFA” di tanah yang dirampasnya dari mangsa,dan mengumpulkan di sekelilingnya sekumpulan munafiq yang kemudiannya menyebarkan propaganda dusta yang mengatkan bahawa dia adalah SYEKH (ketua) ARAB yang disegani.Dia mengisytiharkan permusuhan terhadap Sheikh SALEH SALMAN ABDULLA AL TAMIMI, mush tradisinya, dan dia juga telah menyebabkan pembunuhan beliau di sebuah masjid bernama (AL-ZALAFI).

Kemudian dia berasa amat puashati dan selamat untuk mewujudkan (AL-DIR`IYA) sebagai rumah tetapnya.Di situ dia mengamalkan poligami pada tahap teruk ,dan juga melahirkan ramai anak yang kemudiannya di berikan nama nama Arab kepada anak-anaknya.

Kemudian ,kaum kerabatnya semakin bertambah dan kuasa di bawah nama Kaum SAUDI ,mereka telah mengikuti jejak langkahnya mengamalkan aktiviti haram dan konspirasi terhadap negara Arab.Mereka telah merampas tanah terpencil dan ladang2,dan membunuh setiap orang yang cuba menentang rancangan jahat mereka .Mereka menggunakan apa sahaj tipu helah untuk mencapai matlamat mereka;mereka merasuah; menawarkan wanita dan wang kepada orang yang berpengaruh di kawasan itu,jelasnya untuk sesiapa yang memulakan utnuk menulis biografi sebenar keluarga Yahudi itu;mereka merasuah penulis untuk menyucikan sejarah hitam mereka ,dan juga menghampirkan asal ketrunan mereka kepada kabilah arab seperti RABI’A, ANZA and ALMASALEEKH.

Munafik yang sangat jelas di zaman kami adalah MOHAMMAD AMIN AL TAMIMI- pengarah/pengurus kepada perpustakaan terbaru kerajaan SAUDI ,dia mereka-reka asal usul keturunan kepada KELUARGA YAHUDI (SAUDI) dengan mengatakan ianya berhubung kepada Nabi Junjungan kita Muhammad SAW.Untuk kerja kotornya itu,dia telah di anugerahkan 35 RIBU POUND MESIR dari KEDUTAAN SAUDI UNTUK KAHERAH ,MESIR pada tahun 1362 H atau 1943 M. Nama duta tersebut adalah IBRAHIM AL- FADEL.

Seperti yang telah disebutkan sebelum ini ,keluarga YAHUDI iaitu KELUARGA SAUD(MORDAKHAI), mengamalkan poligami dengan mengahwini ramai wanita arab dan mendapat ramai anak:amalan poligaminya itu pada masa ini telah diteruskan oleh keturunannya,mereka berpegang kepada warisan perkahwinan itu!

Salah seorang anak MORDAKHAI bernama AL-MAQARAN,di ‘arabkan’ dari keturunan YAHUDI (MACK-REN) dan mendapat anak bernama Mohamad dan seorang lagi bernama SAUD,iaitu nama kepada DINASTI SAUDI sekarang.

Keturunan SAUD (KELUARGA SAUDI sekarang) memulakan kempen pembunuhan ketua ketua kabilah arab di bawah dakwaan bahawa mereka adalah sesat,menyeleweng dari ajaran Islam , tidak mengamalkan ajaran Al Quran; JADI MEREKA BERHAK UNTUK DIBUNUH OLEH KELUARGA SAUDI !!

Didalam buku sejarah KELUARGA SAUDI mukasurat 98-101 ,ahli sejarah keluarga mereka telah mengisytiharkan bahawa DINASTI SAUD mendakwa semua penduduk NAJD adalah KUFUR;maka darah mereka adalah halal dibunuh ,harta mereka dirampas,wanita mereka dijadikan hamba seks;seseorang muslim tidak benar benar Muslim jika kepercayaannya tidak berasal dari ajaran MOHAMMAD BIN ABDUL WAHAB (juga Yahudi yang berasal dari Turki)

Ajarannya memberikan kuasa kepada KELUARGA SAUDI untuk memusnahkan kampung2 mereka -lelaki termasuk kanak kanak,merogol wanaita mereka ;menikam perut wanita hamil,memotong tangan anak mereka dan kemudian membakar mereka!! MEreka kemudiannya disahkan lagi oleh AGAMA SAMSENG WAHABI untuk merampas harta penentang mereka(yang tidak mengikuti agama WAHABI)

 

Keluarga Hodoh YAhudi ini malah telah melakukan banyak kezaliman dibawah nama ajaran sesat WAHABI yang dicipta oleh YAHUDI untuk menyemai benih kekejaman di hati manusia.DINASTI YAHUDI ini telah meakukan kekejaman sejak 1163 H .Mereka telah menamakan semula semenanjung tanah Arab sempena nama keluarga mereka (ARAB SAUDI) sebagai sebuah negara kepunyaan mereka ,dan segala penduduk adalah hamba mereka ,bekerja keras untuk kemewahan mereka (KELUARGA SAUD).

MEREKA telah memiliknegarakan semua kekayaan negara tersebut sebagai harta peribadi.Jika ada orang miskin dari orang kebanyakan menaikkan suaranya mengkritik undang undang kuku besi DINASTI YAHDI tersebut,(diansti tersebut) akan memenggal kepalanya di hadapan khalayak.Seorang puteri mereka telah melawat FLORIDA USA bersama sama para penasihatnya,dia telah menyewa 90 peratus Bilik MEWAH (suite) di Grand Hotel untuk SATU JUTA DOLAR satu malam!!!Bolehkan seseorang menentang pembaziran ini walaupun mereka tahu mereka akan DIPENGGAL DI KHALAYAK RAMAI!!!!


SAKSI KEPADA KETURUNAN YAHUDI -KELUARGA SAUD :

 

Pada tahun 1960,”SAWT AL ARAB” stesen penyiaran di Kaherah ,Mesir ,dan Stesen penyiaran Yaman di Sana`a telah memastikan@membenarkan bahwa Keluarga SADI adalah dari keturunan YAHUDI.

Raja FAISAL AL SAUD pada masa itu tidak dapat menafikan bahawa keluarganya sangat baik hati dengan YAHUDI apabila beliau mengisytiharkan WASHINGTON POST pada 17 SEPT 1969 menyatakan”KAMI ,KELUARGA SAUDI ,ADALAH SAUDARA kepada yahudi,kami sepenuhnya tidak bersetuju dengan mana mana Pihak Berkuasa Arab atau Muslim yang menunjukkan pertentangan tehadapYahudi,Kita mestilah hidup bersama mereka dengan kasih sayang.Negara kami (Arab saudi)adalah pencetus kepada keturunan YAHUDI dan keturunannya telah tersebar ke seluruh dunia”Ini adalah deklarasi dari RAJA FAISAL AL – SAUD BIN ABDUL AZIZ !!!!

HAFEZ WAHBI, Penasihat kepada SAUDI ,menyatakan dalam bukunya bertajuk “SEMENANJUNG TANAH ARAB”bahawa RAJA ABDUL AZIZ AL- SAUD ,mati pada 1953 telah menyatakan”Ajaran Kami(Ajaran Saudi) mendapat tentangan dari seluruh kabilah Arab.Datuk kami SAUD AWAL ,setelah memenjarakan ramai ketua kabilah MATHEER,apabila kunpulan lain dari kabilah sama datang untuk membebaskan banduan bandua ,SAUD AWAL memerintahkan supaya orangnya memenggal kepala semua banduan,kemudian dia cuba memalukan mereka dengan menjemput mereka makan dari tempat duduk yang dibuat dari daging mangsa nya yang telah dipenggal dimana kepala2 mereka telah diletakkan diatas pinggan makanan!!!! Rombongan tersebut menjadi sedar dan enggan memakan danging saudara mereka ,kemudiannya dia memerintahkan orangnya untuk memenggal kepala rombongan tersebut itu juga.Jenayah jelik ini dilakukan oleh raja tersebut kepada manusia yang tidak bersalah di mana kesalahan mereka ialah menentang kekejaman raja tersebut.

HAFEZ WAHABI ,menyatakan lebih jelas bahawa RAJA ABDUL AZIZ AL-SAUD berkaitrapat dengan dengan kisah benar tentang ketua2 Kabilah Matheer,yang melawatnya untuk membebaskan ketua mereka pada masa itu FAISAL AL-DARWEESH ,seorang tahanan raja itu.Dia mengaitkan kisah tersebut kepada mereka supaya mengelakkan mereka dari meminta pembebasan ketua mereka,jika tidak mereka akan menimpa nasib yang sama;Dia telah membunuh Syekh tersebut dan menggunakan darahnya untuk berwudu` sebelum menunaikan solat(solat agama WAHABI). Kesalahan FAISAL AL DARWESH pada ketika itu adalah mengkritik RAJA ABDUL AZIZ AL SAUD apabila raja itu menandatangani dokumen dimana pihak berkuasa Inggeris yang disediakan pada 1922 sebagai deklarasi untuk memberikan PALESTINE kepada YAHUDI;tandatangannya telah diterima dalam persidangan yang berlangsung di AL AQEER pada 1922.

 

Itu adalah sistem Rejim ini dan masih lagi diamalkan oleh KELUARGA YAHUDI (KELUARGA SAUDI).Matlamatnya adalah ;merampas harta kekayaan negara,merompak,menipu,dan melakukan pelbagai jenis kekejaman ,kezaliman,dan kekufuran- semua itu dilakukan dengan kerjasama agama yang mereka cipta -WAHABI yang membenarkan pemenggalan kepala penentang mereka.

perhatian

Artikel ini telah saya terjemahkan kepada bahasa Melayu dari sumber

http://www.fortunecity.com/boozers/bridge/632/history.html

Usaha untuk mengelakkan kesilapan telah dilakukan,segala kesilapan amat dikesali.
Sebarang pembetulan dari segi penterjemahan adalah amat di alu-alukan. terima kasih

 

 

JIHADWAHABI

http://jihadwahabi.blogspot.com/

 

http://jihadwahabi.blogspot.com/2008/02/wahabisiapakah-wahabimesti-baca.html

Posted by: bankwahabi | November 29, 2009

Bahaya taklid dalam tauhid

Bahaya taklid dalam tauhid

Oleh DR. ASMADI MOHAMED NAIM

umat islam hanya mentauhidkan Allah yang esa dan tidak menyembah makhluk lain.



 

APABILA ditanya dari mana nas al-Quran dan sunnah yang menyebut pembahagian yang jelas bagi tauhid tiga serangkai iaitu tauhid uluhiah, tauhid rububiah dan tauhid asma’ wa sifat, pendokongnya yang mengaku berpegang dengan al-Quran dan sunnah pun, teragak-agak mendatangkan hujah.

Lantas mendatangkan hujah-hujah berbentuk taklid iaitu WAMY, ulama-ulama lain dan silibus-silibus beberapa buah universiti yang menyokong. Itu sebenarnya taklid.

Kadang-kadang didatangkan nukilan al-Baghdadi dalam al-Farq Baina al-Firaq berkaitan dengan tafsiran perkataan ‘ahlussunnah’ sebab mahu bergantung dengan ulama silam Ahlussunnah, namun ditiadakan syarahan bahawa Imam al-Baghdadi sebenarnya mensyarahkan tauhid Sifat di dalam kitab tersebut apabila beliau mensyarahkan firqah najiah (firqah yang selamat). Bahkan perkataan ‘tauhid-tauhid sifat’ dalam definisi tersebut diabaikan. Walhal itulah antara sifat-sifat 20.

Lihat bagaimana Imam al-Baghdadi mensyarahkan pandangan Ahlussunnah dalam mentauhidkan sifat Allah SWT: “Mereka ijmak bahawa tempat tidak meliputiNya (Allah SWT tidak bertempat) dan masa tidak mengikatnya, berbeza dengan firqah al-Hasyamiah dan al-Karamiah, yang mengatakan Allah memegang arasynya”. (Lihat Al-Baghdadi, al-Farq Baina al-Firaq, hal.256).

Dalam isu tauhid, amat merbahaya kita bertaklid. Sepatutnya didatangkan nas-nas yang jelas berkaitan pembahagian tiga serangkai tersebut bersesuaian sekiranya kita bersarjanakan al-Quran dan sunnah.

Kalau berdoa selepas solat secara berjemaah yang tidak ditunjuk oleh hadis secara jelas pun dituduh bidaah dan sesat oleh sesetengah orang (walau berdoa disuruh dalam al-Quran dan sunnah), apatah lagi isu pokok dan besar seperti tauhid.

Apabila ditanya, mana dalil al-Quran dan sunnah apabila anda mengatakan penyembah berhala bertauhid dengan tauhid rububiah (tanpa tauhid uluhiyah)? Lantas akan dinyatakan kata-kata si polan dan polan mengatakan perkara ini dan di sokong pula dengan ulama-ulama ini dan ini.

Persoalan saya: Kenapa tidak ada sepatah pun ayat al-Quran dan hadis atau kata-kata ulama-ulama Salafussoleh (tiga kurun pertama) mengenai perkara ini?

Memang benar ada ayat yang bermaksud: Dan jika engkau bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab: Allah; jadi bagaimana mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah SWT). (al-Zukhruf: 87).

Dalil ini digunakan untuk menunjuk- kan orang-orang Musyrik (penyembah berhala) beriman dengan iman rububiah. (Mohd. Naim Yasin, hal.11).

Namun kenapa tidak dicantumkan dengan ayat selepasnya? Dan (Allah mengetahui) ucapannya (Muhammad): Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang tidak beriman. (al-Zukhruf: 88).

Tidak pula al-Quran mahupun sunnah menyebut orang-orang Musyrik beriman dengan tauhid rububiah sahaja! Ini persoalan akidah, sepatutnya ada nasnya secara jelas.

Sebaliknya al-Quran mengatakan dengan jelas bahawa mereka bukan orang yang beriman. Bagaimana kita boleh mengubahnya mengatakan mereka beriman dengan tauhid rububiah? Mana dalilnya sebab ini persoalan akidah?

Ini adalah taklid. Kenapa kita membenarkan taklid dalam soalan akidah sebegini? Kita amat tidak adil apabila membenarkan taklid pada persoalan akidah sebegini.

Lantas kemungkinan saya pula ditanya: Apa dalil kamu dari al-Quran dan sunnah yang menyebabkan kamu mengkhususkan Sifat 20 untuk Allah SWT?

Maka saya berkata: “Bahawasanya Allah SWT bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, dan maha suci dari segala kekurangan. Sesungguhnya ketuhanannya melazimkan kesempurnaan mutlak secara khusus untuk ZatNya.

“Kemudian, kami memilih sifat-sifat terpenting daripada sifat-sifatNya yang maha sempurna dan kami menjelaskannya secara terperinci perkara-perkara dan keyakinan-keyakinan yang berkaitan dengannya (Lihat al-Buti, 1992, Kubra al-Yaqiniyat al-Kauniyyah, h108).

Adalah satu fitnah sekiranya kami dikatakan menghadkan sifat Allah SWT kepada 20 sahaja!

Saya mungkin ditanya lagi: Mana dalilnya dari al-Quran dan sunnah? Saya akan mengatakan bahawa semua sifat dua puluh itu ada dalilnya di dalam al-Quran dan sunnah. Kalau mahu diperincikan, boleh dilihat dalam semua buku yang mensyarahkan Sifat 20.

Saya ditanya lagi: Bukankan Sifat 20 itu susunan Muktazilah? Saya berkata: Sekiranya saudara membaca sejarah Islam silam, saudara akan memahami bahawa pada zaman Khalifah Abbasiah iaitu Ma’mun bin Harun ar Rasyid (198H-218H), al-M’tashim (218H-227H) dan al-Watsiq (227H-232H) adalah khalifah-khalifah penganut fahaman Muktazilah atau sekurang-kurangnya penyokong-penyokong yang utama dari golongan Muktazilah.

Dalam sejarah Islam, dinyatakan terjadinya apa yang dinamakan ‘fitnah al-Quran itu makhluk’ yang mengorbankan beribu-ribu ulama yang tidak sefaham dengan kaum Muktazilah.

Pada masa itu, Imam Abu Hassan al-Asy’ari muda remaja, dan belajar kepada seorang Sheikh Muktazilah, iaitu Muhammad Abdul Wahab al-Jabai (wafat 303H).

Imam Abu Hassan al-Asy’ari (wafat 324H) melihat terdapat kesalahan besar kaum Muktazilah yang bertentangan dengan iktiqad (keyakinan) Nabi SAW dan sahabat-sahabat baginda, dan banyak bertentangan dengan al-Quran dan sunnah. Lantas beliau tampil meninggalkan fahaman Muktazilah dan menongkah hujah-hujah kaum Muktazilah.

kefahaman masyarakat

Bermula dari itulah, Imam Abu Hassan al-Asy’ari melawan kaum Muktazilah dengan lidah dan tulisannya. Justeru, susunan tauhidnya bermula setelah dia berjuang menentang Muktazilah dan mengembalikan kefahaman masyarakat kepada al-Quran dan sunnah.

Di atas jalannya, ulama silam menelusuri, antaranya ialah Imam Abu Bakar al-Qaffal (wafat 365H), Imam Abu Ishaq al-Asfaraini (wafat 411H)., Imam al-Hafiz al-Baihaqi (wafat 458), Imam Haramain al-Juwaini (wafat 460H), Imam al-Qasim al-Qusyairi (wafat 465H), Imam al-Baqilani (wafat 403H), Imam al-Ghazali (wafat 505H), Imam Fakhrurazi (wafat 606H) dan Imam Izzuddin bin Abd Salam (wafat 660H). (Lihat Kiyai Sirajuddin Abbas (2008). Aqidah ahlussunnah wal Jamaah, h21-23).

Tidak pernah wujud pertelingkahan antara penghuraian Imam Abu Hassan al-Asy’ari dan Imam al-Maturidi dengan pengikut-pengikut mazhab fiqh yang empat.

Kemudian saya mungkin diperlekeh kerana pengajian sifat 20 ini bentuknya kaku, lantas contoh sindirannya ialah: “Wujud maksud ada, lawannya tiada…. akhirnya semuanya tiada”.

Saya katakan sememangnya cara perbahasan Sifat 20 kena diperbaharui dan diringkaskan.

Dalil-dalil al-Quran berkaitan sifat tersebut perlu lebih dipertekankan berbanding dengan dalil-dalil akal yang rumit-rumit yang mungkin zaman kita tidak memerlukannya.

Pada saya, mungkin penulisan seorang ulama Indonesia Kiai Sirajuddin Abbas bertajuk: Aqidah Ahlussunnah wal Jamaah, boleh digunakan untuk memudahkan kefahaman pembaca. Buku ini masih banyak dijual di toko-toko buku di Wisma Yakin, Kuala Lumpur.

Saya kemudian ditanya berkaitan dengan sahabat-sahabat saya yang mungkin belajar dan mengajar tauhid tiga serangkai ini?

Saya katakan pengalaman saya mendengar pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat saya yang mengajar tauhid pecah tiga ini, ada di kalangan mereka tidak ekstrem, tidak sampai mengkafirkan/mensyirikkan golongan yang tidak sependapat.

Contohnya bila memperkatakan tawassul dan menziarahi kubur, ada di kalangan mereka menerimanya tanpa mengkafirkannya atau menyesatkannya.

Demikian juga persoalan penafsiran ayat-ayat sifat, ada yang tidak menerima/ tidak taklid bulat-bulat kenyataan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab, dan lebih kepada menyerahkan kepada Allah SWT. Mereka lebih suka merujuk terus ke Ibn Taymiyyah berbanding Sheikh Abd Wahhab.

Di kalangan mereka (mengikut cerita adik saya ketika dia belajar di Universiti Yarmuk, Jordan), pensyarah Aqidahnya mengatakan: Kamu orang-orang Malaysia, ramai mengikut Ahlu sunnah aliran Asyairah.

Namun, tauhid yang diajarkan ini mengikut susunan Ibn Taymiyah kerana menjadi silibus Universiti ini (pada masa itu). Terserah kepada kamu mengikut keyakinan Asyairah itu (tanpa beliau menyesatkannya).

Mereka menyedari ramai ulama silam (sama ada muhadithin, fuqaha’ atau mufassirin) dari kurun ke tiga Hijrah berpegang kepada huraian Imam Abu Hassan al-Asy’ari (wafat 324H) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi (wafat 333H).

Walaupun begitu, ada yang amat ekstrem dalam pegangannya sehinggakan menyesatkan imam-imam terdahulu yang berada dalam lingkungan ratusan tahun.

Semoga pembaca membuat pertimbangan dan terbuka berkaitan isu ini. Pada saya berpegang pada tauhid susunan dan huraian orang yang dekat dengan Rasulullah SAW (al-’ali) lebih selamat dari berpegang kepada tauhid orang terkemudian dan sekarang yang kelihatan cacar marba metodenya dan bertaklid dengan orang-orang baru (al-nazil).

Semoga Allah SWT menyelamatkan kita dari kesesatan dan menganugerahkan kita jalan yang lurus.

 

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Posted by: bankwahabi | November 29, 2009

Wahabi tak taat ulama, ulil amri

Wahabi tak taat ulama, ulil amri

Oleh Muhammad Uthman El-Muhammady

Perbuatan lompatan mental timbulkan huru-hara keilmuan, sosial serius

KALI ini kita akan melihat perbezaan yang ketara dalam perkara hukum Islam dan akhlak fahaman Wahabi dan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Antaranya ialah bagaimana mereka meringankan peranan ijmak ulama dan menekankan hanya al-Quran dan sunnah saja. Mereka juga tidak berpegang kepada mazhab kerana menafsirkan ia umpama ‘menyembah/beribadat’ kepada ahli hukum atau agama.

Malah mereka juga membuat penafsiran mengenai hukum dengan tidak mematuhi kaedah hukum arus perdana Ahli Sunnah. Tindakan ini membawa kepada implikasi negatif dalam akhlak, selain hukum.

 

//

Dalam bidang hukum, mereka tidak mengambil berat mengenai ijmak dan kias serta mazhab dalam Ahli Sunnah. Ijmak antaranya berdalil kepada ayat yang bermaksud: ‘Jalan orang yang beriman’ dalam surat al-Nisa. Dalam ayatnya yang bermaksud: “Dan sesiapa yang memerangi Rasul selepas daripada nyata baginya bimbingan yang benar dan ia mengambil jalan selain orang yang beriman, Kami (Allah) membiarkan dia menjalani jalan yang diambilnya dan kemudian mencampakkannya ke dalam neraka, alangkah buruknya tempat kembali.” Apabila mereka tidak peduli kepada ijmak, maka pendirian mereka dalam beberapa perkara menyalahi ijmak dan menimbulkan masalah hukum dalam masyarakat Islam.

Apabila mereka tidak patuh kepada ijmak, timbullah akibatnya seperti tidak taat kepada ulil amri di mana mereka berada. Contohnya, walaupun dalam ijmak diwajibkan kepatuhan kepada ulil amri mereka memberontak melawan autoriti Khalifah Uthmaniah, konon katanya, ia menjadi kafir.

Demikian pula pada zaman selepas itu, mereka tidak taat kepada ulil amri yang mana mereka berada kecuali pihak yang mempunyai pegangan seperti mereka. Oleh sebab itu aliran ini jangan dibiarkan berkembang di kalangan orang Melayu kerana bahayanya jelas. Ia akan menimbulkan ketegangan dengan ulil amri di mana mereka berada.

Ketika belum kuat pengaruhnya sudah timbul masalah, inikan nanti apabila jumlah menjadi lagi. Penulis pernah berdepan dengan orang tertentu daripada aliran ini dan apabila disebut kepadanya: “Apabila ulil amri menentukan sesuatu mazhab dalam Ahli Sunnah, maka hendaklah kita patuhi demi maslahat umat,” mereka berkata: “Apa ulil amri ulil amri ni?,” Ini menandakan bangkangan mereka terhadap konsep ini dalam Ahli Sunnah.

Sikap tidak hormat kepada ulil amri ini berlaku dari segi ilmu juga. Mereka tidak taat kepada sistem dan tradisi ilmu Ahli Sunnah. Kata mereka jika diikut ulama, maka itu menyembah ulama (ibadatul-ahbar). Sama seperti menghormati orang soleh atau mengambil berkat mereka, Wahabi melihat ia menyembah orang soleh (‘ibadatul-rahban) dan perbuatan itu syirik. Sebab itu timbul aliran ‘la mazhabiah’ (aliran tidak pakai mazhab), orang berijtihad secara sendiri-sendiri di kalangan mereka.

Ini dijelaskan dalam buku Hal al-Muslim Mulzam Bittiba’Mazhabin Mu’ayyanin min Mazahib al-Arba’ah oleh Muhammad Ma’sumi al-Khujandi, dan pendirian ini dipertahan dan diperjuangkan oleh Nasir al-Din al-Albani. Jadi dalam hukum, mereka tidak tunduk kepada autoriti ulil amri dari segi sosial dan segi ilmu. Ulil amri dari segi sosial seperti Sultan, pemimpin yang menerima tauliah daripada mereka, manakala dari segi ilmu, mereka tidak menghormati ulama, sebaliknya yang mereka hormat ialah ulama sealiran mereka dan yang lain ditolak.

Misalnya, ulama seperti ibn Qudamah al-Maqdisi, pengarang kitab klasik rujukan standard Mazhab Hanbali al-Mughni, berhubung soal melawat kubur Nabi, katanya dalam kitab itu: Sunat menziarahi kubur Nabi berdasarkan riwayat al-Daraqutni dengan isnadnya daripada (Abdullah) ibn Umar, katanya bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan haji kemudian menziarahi kuburku selepas daripada wafatku, maka seperti ia menziarahiku pada waktu hayatku. Dalam riwayat lain yang bermaksud: “Sesiapa yang menziarahi kuburku wajib baginya syafaatku,”. Disebut lagi al-Maqdisi (hadis): kata Imam Ahmad dalam riwayat Abdullah daripada Zaid bin Qasit daripada Abu Hurairah bahawa nabi SAW bersabda bermaksud: “Tidak ada seorang daripada orang Islam yang memberi salam kepadaku di kuburku, melainkan Allah mengembalikan rohku sehingga aku menjawab balik salamnya.”

Bagaimanapun, ia disanggah dan ditolak huraian imam ini kerana ia berlawanan dengan sikap ‘al-din al-nasihah’ dalam Ahli Sunnah yang memastikan kita merujuk kepada ulama yang muktabar sebagai dasar taklid dalam erti ‘mengikut kesarjanaan yang muktabar dalam syarak’ (following qualified scholarship in Islamic sacred science). Ini bukannya diterjemah ‘taklid buta’ kerana yang ada ialah keilmuan, kesarjanaan, ’scholarship’, manakala yang mujtahid menjadi rujukan dan yang bukan mujtahid disuruh merujuk.

Ini ketertiban keilmuan dalam Islam. Dalam al-Quran ia, termasuk ke dalam maksud ‘bertanyalah kepada ahli ilmu jika tidak mengetahui’, juga terkandung dalam maksud ‘… taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan kepada ulil amri kamu (ulil amri sosial, ulil amri ilmu atau kedua-duanya). Jika tidak, kita akan terbabit dalam kebiadaban intelektual yang membunuh diri sendiri. Nauzhu billah min zalik.

Sikap golongan ini membawa kepada ciri akhlak yang mengaibkan dan membahayakan masyarakat dan negara. Ia bermula dengan penafian autoriti sosial dan epistemologis atau autoriti dalam hal ilmu. Mereka mengambil autoriti mengikut diri sendiri; merekalah yang menentukan ajaran daripada al-Quran (wahyu) dan nubuwwah (sabda Nabi); mereka membuat lompatan mental beribu-ribu tahun, mengambil keputusan terus daripada al-Quran dan Sunnah tanpa mempedulikan panduan kerangka ilmu dan kaedah ilmu Ahli Sunnah itu � al-Quran dan hadis ditafsir sendiri tanpa mengambil kira panduan atau pandangan pakar wacana arus perdana umat (without the mediation of the mainstream intellectual tradition) selaras dengan ‘jalan orang Mukminin’ yang disebut dalam surah al-Nisa itu). Perbuatan lompatan mental inilah yang menimbulkan huru-hara keilmuan dan sosial yang serius. Ini yang penulis maksudkan kebiadaban rohani dan intelektual itu.

Akibatnya, mereka tidak menghormati autoriti dan institusi dalam masyarakat, tidak menghormati fatwa yang diputuskan padahal ia sah kerana ulil amri yang memberi autoriti itu dan mereka membuat keputusan berdasarkan autoriti keilmuan dalam masyarakat. Sebaliknya, ia tidak dihormati oleh pihak yang mengamalkan ’sikap intelektual koboi’ ini.

Oleh itu, kita kini mendengar bahasa kesat, kasar dan tidak beradab walaupun daripada orang yang educated, ada unsur maki hamun, gelak tertawa dalam majlis ilmu yang serius; perceraian rumah tangga; kata-kata seperti ’sesat’, ‘bidaah’, ‘tidak bernas’ dilempar oleh orang yang sukar kita percaya tanpa bukti.

Penolakan mereka terhadap tasauf memberi kesan menjadikan mereka beradab kasar, melihat sesuatu hanya pada zahir: halal haram, iman kufur dan bidaah sunnah. Kita mesti mengelak diri daripada membantu melahirkan generasi biadab seperti ini. Wallahu alam.

 

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20091128225746/Article/index_html

 

Posted by: bankwahabi | November 22, 2009

Update Dari Blog Pejuang-Pejuang Sunni…

Hamba akan mengemaskinikan untuk mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan AGAMA WAHABI.

Di sini hamba ingin meminta izin pada Tuan2 untuk hamba simpan artikel Tuan2 para pejuang sunni di blog hamba BankWahabi agar seluruh Ummat Islam dapat manfaat daripada penulisan Tuan2 para pejuang sunni.

Seiring dengan hajat hamba untuk jadikan BankWahabi tempat pengumpulan segala maklumat berkenaan AGAMA WAHABI, bahaya, kesesatannya dan kebinasaannya.

Artikel-artikel daripada blog tersebut akan dikemaskinikan di blog hamba seperti berikut;

  1. http://uthman-elmuhammady.blogspot.com
  2. http://bahrusshofa.blogspot.com
  3. http://al-ghari.blogspot.com
  4. http://al-fanshuri.blogspot.com
  5. http://al-ashairah.blogspot.com
  6. http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com
  7. http://abu-syafiq.blogspot.com
  8. http://hafizhandasah.blogspot.com
  9. http://al-hanief.blogspot.com
  10. http://alsubki2.blogspot.com
  11. http://almukminun.blogspot.com
  12. http://akhienaim.blogspot.com
  13. http://abu-alawi.blogspot.com
  14. http://ustazmoden.wordpress.com
  15. http://abulehyah.blogspot.com
  16. http://penasunni.blogspot.com
  17. http://at-tahzir.blogspot.com
  18. http://mingguanwahabi.blogspot.com

Saifus Sunni

Asadullah

BankWahabi

Posted by: bankwahabi | November 21, 2009

Nantikan…

Hamba akan kumpulkan artikel2 daripada penulisan-penulisan PARA ULAMAK AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH yang dipaparkan di blog-blog mereka atau pun dipaparkan di blog Pejuang Sunni.

Seperti yang hamba katakan sebelum ini, BANKWAHABI adalah tempat mengumpul segala maklumat dan pendedahan tentang kejahatan, kesesatan dan kezaliman KAUM WAHABI.

 

Saifus Sunni

Asadullah,

BankWahabi

Posted by: bankwahabi | November 21, 2009

Gegar! Gegar! Gegar!

Itulah yang hamba fikirkan.

Bumi Allah amat gembira ketika mendengar PARA ULAMAK AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH bangkit menegakkan kebenaran AGAMA ISLAM. Membanteras ajaran sesat yang berleluasa. Rasul (jadian) melayu sudah pun bertaubat dan moga Allah menerima taubatnya. Namun Rasul Zaman (Dahri) dan juga APADIA (Maza) belum lagi bertaubat daripada merosakkan Agama Islam. Siang dan malam mereka serta kuncu-kuncunya bertungkus-lumus berdakyah AGAMA WAHABI.

Wahai Para Pejuang Sunni,

Marilah kita gegarkan dunia ini dengan menghapuskan kesesatan dan kejahatan yang KAUM WAHABI lakukan diatas muka bumi ALLAH ini.

Gegar sampai mereka tidak boleh lena tidur.

Gegar hati mereka agar ALLAH SWT bukakan pintu hati mereka untuk menerima Ajaran Islam yang Sebenarnya, berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, bukan berlandaskan hawa nafsu mereka.

Allahumma Amiin…

 

Saifus Sunni

Asadullah

BankWahabi

Posted by: bankwahabi | November 21, 2009

Perjuangan Yang Belum Selesai…

Hamba fikir sudah sampai penghujung jalan,

Hamba fikir kemenangan sudah tercapai,

Namun perjuangan belum lagi selesai…

 

Bahang kepanasan yang timbul daripada kesesatan AGAMA WAHABI amatlah merbahaya. Membuatkan masyarakat keliru dan hilang pertimbangan. Akal fikiran mereka rosak dan kotor kerana menyangka AGAMA WAHABI adalah AGAMA ISLAM.

Pendakyah-pendakyah AGAMA WAHABI terkejut dan gusar apabila PARA ULAMAK AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH bangkit menegakkan kebenaran AGAMA ISLAM. Moga ALLAH SWT merahmati, memberkati dan mengurniakan pertolongan untuk PARA ULAMAK AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH yang bangkit menjelaskan kesesatan AGAMA WAHABI.

Alhamdulillah, hamba amat bersyukur kerana maysarakat kita diberi peluang untuk mendengar penjelasan tentang AGAMA BARU yang berselindung disebalik tabir.

WAHABI memang JAHAT dan ZALIM, antara berikut adalah Kejahatan Kezaliman mereka;

1) Menabur fitnah terhadap para Salafus Soleh.

2) Mencela para ULAMAK AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH.

3) Menyelewengkan Al-Quran dan As-Sunnah.

4) Menafsirkan Al-Quran dan As-Sunnah mengikut hawa nafsu mereka.

5) Memecahbelahkan Ummat Islam SEDUNIA.

6) Menghalalkan bunuh diri (seperti yang berlaku di Iraq, Pakistan, Indonesia dan lain-lain tempat).

7) Menghalalkan membunuh orang awam (kanak-kanak, wanita dan orang tua).

8) Menghalalkan perkara yang jelas haram (menggunakan peralatan daripada haiwan babi@anjing, seperti pinggan diperbuat daripada tulang babi).

9) Membawa Aqidah yang baru dan jelas bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

 

Saudaraku yang dikasihi,

Sedarlah bahawa AGAMA BARU yang bernama WAHABI ini mendatangkan MUSIBAH yang besar terhadap UMMAT ISLAM. WAHABI juga menyebabkan UMMAT ISLAM dihina, dicaci dan difitnah sebagai PENGGANAS.

Jika terdapat manusia yang beragama WAHABI ditempat anda, jangan biarkan dia menyesatkan masyarakat setempat, kerana AGAMA WAHABI ini bagaikan VIRUS “HIV”, jika terkena virus tersebut tiada ubatnya.

 

Saifus Sunni

Asadullah

BankWahabi

« Kiriman-Kiriman Berikutnya - Kiriman-Kiriman Sebelumnya »

kategori