Assalamualaikum
Tuan Pengunjung yang di Rahmati Allah SWT,
Alhamdulillah, kita semua masih lagi dapat mengecapi nikmat Islam, Iman dan dikekalkan dalam Aqidah yang shohih, Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Sedar atau tidak, nikmat tersebut menjanjikan kita kebahagiaan abadi.
Sudah sekian lama blog BankWahabi tidak dikemaskini, sebenarnya tidak ada sebab musabab yang kukuh untuk saya tidak kemaskini.
Untuk maklumat pengunjung, seperti yang saya maklumkan dahulu blog ini akan dijadikan tempat menyimpan segala penjelasan tentang Wahabiyyah Al-Mujassimah. Maka saya masih lagi dalam proses untuk memikirkan cara untuk menyusun semula artikel-artikel yg terdapat dalam blog ini agar memudahkan lagi para pengunjung mencari dan membaca.
Jika tuan-tuan mempunyai cadangan, saya amat mengalu-alukan dan silalah email terus ke blog admin: madrehab@gmail.com
Insya Allah, tuan juga dapat memberi sumbangan dalam memperjelaskan kebenaran Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dan juga menjelaskan kesesatan-kesesatan ajaran yang terpesong daripada Aqidah yang Shohih.
Amiin.
Wassalamu’alaikum
Bank Wahabi
Asadullah
elok buat susunan ikut Tauhid 3 Wahhaby (Rububiyah, Uluhiyah, Asma Wa Sifat), dengan kaedah huraian buku KERAPUHAN TAUHID ULUHIYAH DAN RUBUBIYAH tulisan Syeikh Fuad Kamaludin al-Maliki. Mudah faham.
Contoh- Rububiyah. Wahaby percaya Orang Kafir bertauhid Rububiyah. Kita tau Orang Kafir cuma KALAH DEBAT, bukan MENGAKU, dengan dalil surah2 seperti an-Nahl 125 dan al-An’am 108 tu.
By: pencadang on Jun 4, 2009
at 2:58 am
bertuah sungguh kiranya dapat berkenalan dan mengenali wajah empunya blog ini
By: mdarif on Jun 5, 2009
at 7:02 am