Posted by: bankwahabi | Disember 5, 2008

WAHABI & KULIT BABI:HAFIZ FIRDAUS PAKAI KULIT BABI ?

Assalamualaikum,
Kalau disebut Kapten Hafiz Firdaus mesti ramai yang kenal wahabi ni kan. Terlalu banyak kata katanya yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Waljamaah.Kalau pergi ke ceramahnya, habis semua jadi bidaah, hatta Azan berlagu pun jadi bidaah yang sesat! Itu belum disebut lagi akidah kufur wahabi yang menjisimkan Allah!

Maka tidak menghairankan bila kita dapat tahu bahawa pilot ini berpakaian dari kulit babi .Sila lihat bukti diatas.Jelas dan terang beliau mengaku memakai kasut dari kulit babi dan makan atas pinggan yang dibuat dari tulang babi. Maka tidak hairanlah jika kita melihat wahabi seperti ini yang cuba sedaya upaya ‘menghalalkan ‘ babi . Kesimpulannya mahukah anda semua mempunyai ‘ustat’ yang berpakaian dari kulit babi ?Kalau anda wahabi, maka jawapan anda adalah “ya”. Kita akan lihat wahabi wahabi akan cuba sedaya upaya ‘menghalalkan ‘ babi ni.Tunggu dan lihat..Terlalu banyak kesesatan wahabi ni sebenarnya…

pilot-khinzir1

jihadwahabi.blogspot.com

About these ads

Respon

  1. assalamu ‘alaikum wr wb..

    saya adalah muallaf yg baru masuk islam thn 2005. saya tertarik dgn isu babi yg dihebahkan dan dihebohkan oleh bbrp pihak samada di media ataupun internet.
    walau saya dan family pernah beragama kristian dan budha yg fanatik tapi kami tidak pernah makan babi. tapi ada bbrp perkara yg saya ingin tanyakan kpd pihak Tuan berkenaan ttg perkara ini yg mudah2an pihak tuan dapat menolong saya untuk meleraikan kerunsingan ini:

    Dari pembacaan saya di dalam alQur’an,saya menemukan hal-hal berikut:

    1. Bukankah zahir ayat dlm alquran hny melarang kita unt “memakan” daging babi?
    Adakah dgn sebab kita diharamkan memakan nya,maka kita juga haram menyentuhnya??

    2. Adakah dalam islam semua yg haram dimakan maka haram disentuh? maka apakah hukum menyentuh tikus,ular,singa,harimau,buaya,kucing,biawak.. yg setakat saya tahu..semua haiwan yg disebut di atas itupun diharamkan kita memakannya?

    3. betulkah wudhu batal krn menyentuh daging babi? kalau iya,saya mhn ihsan tuan untuk menyebutkan dalilnya beserta rujukan dalil tersebut. kerana dari pelajaran fiqh yg saya pelajari..dalam bab yg membatalkan wudhu tiada disebutkan bahawa wudhu batal krn menyentuh daging babi.

    4. kalau tidak batal, maka bagaimana pula hukum menyentuh istri setelah saya berwudhu? setahu saya dlm mazhab kita syafi’ie bersentuhan suami istri adalah batal. soalannya adalah, kalau menyentuh daging babi sahaja tidak membatalkan wudhu..takan menyentuh istri saya sendiri yg sah akan membatalkan wudhu?! istri saya protes dgn ketentuan ini..sbb seakan-akan wanita lebih najis dan lebih hina dari babi. adakah islam agama yg memandah rendah dan hina wanita???

    5. adakah dalil yg jelas dari alquran atau hadis yg mewajibkan kita men”samak” tangan kita jika bersentuhan dgn daging babi samada sengaja ataupun tidak? setakat yg saya tahu dari 3thn saya memeluk islam, yg wajib disamak hnylah bekas air yg telah dijilat oleh anjing “sahaja”.

    6. adakah “akal” terlibat dalam “penentuan hukum” perundang-undangan dlm islam?
    manakah yg lebih dahulu, dalil kemudian akal untuk menyokong dalil..atau akal dahulu baru kemudian mencari dalil untuk menyokong akal?

    7. adakah kita dibenarkan dlm islam untuk menjadikan “perasaan” sebagai salah satu penentu hukum dlm islam?

    8. adakah imam kita As.Syafi’ie memfatwakan “haram menyentuh babi” dan “wajib menyamak” anggota tubuh kita yg terkena babi? kalau ada,saya minta ihsan tuan untuk menyatakan rujukannya.

    9. ketika seseorg tgh solat di tgh hutan,kemudian ia dilanggar oleh seekor babi, adakah solatnya batal? adakah perlu dia berwudhu lagi? adakah ia perlu menyamak pakaiannya? kalau jawapan tuan iya,saya mohon ihsan tuan untuk menyatakan rujukan dalil yg menguatkannya.

    10. dalam alquran yg saya baca hny tertulis “lahma khinzir’ yg bermaksud “daging babi” (maaf,kalau saya tersilap..) bukankah lafaz “lahma” itu bermakna Allah hny mengkhaskan daging nya sahaja? kalau semuanya haram, maka tentunya Allah tidak perlu menyatakan kalimat “lahma” tapi terus sahaja pada perkataan “khinzir” yg membawa makna “semua yg ada pada khinzir adalah haram”. saya minta komen tuan.

    ini sahajalah dahulu beberapa perkara yg merunsingkan saya, semoga pihak tuan dapat memberikan jawapan yg disokong oleh dalil2 dan rujukan kitab2nya lengkap dgn keterangan muka suratnya sekali.

    Atas jasa tuan, terima kasih saya ucapkan sebelum dan sesudahnya!

    wassalamu’alaikum wr.wb

  2. sy tak phm la kamu ni….gune lah bahase yg elok2 sikit..sy pnah dgr ceramah kapten hafiz firdaus ni…beliau salu dijemput bg ceramah kat tmpt sy blaja.se tau sy,kat tmpt sy blaja tu yg dijemput bkn dr golongann wahabi ni..n ceramah die orait je..jd,skg sy jd kompius..sape yg betul sape yg salah..

  3. Salam~

    jawapan buat sdr. abduh lee. Bukan fatwa, tetapi berdasarkan dari fahaman saya dan minta perbetulkan mana-mana yang salah. Ikut turutan soalan seperti turutan soalan2 di atas.

    1. Siapa kata haram menyentuh khinzir?. Yang ada cuma menyentuh khinzir cuma najis dan perlu dibersihkan dengan samak itupun kalau yang kering bersentuh dengan yang basah. Sama-sama basah atau kering tidak menyebabkan harus disamak.

    2. Analogi yang salah. Yang perlu disamak mengikut persyaratannya, cuma babi dan anjing itupun dalam keadaan no. 1 di atas.

    3. Analogi yang salah lagi. Khinzir cuma najis dan apabila dibersihkan, tidak ada kena mengena dengan hukum membatalkan wudhuk.

    4. Analogi yang salah lagi. Ada khilaf dalam memahami ayat al quran dalam menyentuh wanita (isteri) membatalkan wudhu. Ada yang menafsirkan menyentuh itu ertinya berjima’. Ada yang menafsirkan sentuhan yang disertakan dengan nafsu berahi dan ada yang menafsirkan secara literal, sentuh saja kulit dengan kulit membatalkan wudhu’. Ini persoalan hukum dan bukan soal merendahkan martabat wanita. Lagipun, siapa kata bersentuhan dengan khinzir membatalkan wudhu’?.

    5. Kembali kepada persoalan asas bagaimana kita mengambil hukum dalam agama kita?. Umumnya, kita dibahagikan kepada beberapa golongan sama ada kita adalah mujtahid, muqallid atau kita mengambil sikap ihtiyyat. Oleh kerana bukan semua orang mampu menjadi seorang mujtahid, maka kita mengambil peranan sebagi muqallid. Maka sebagai muqallid yang mengikut mujtahid, maka mujtahid ada yang memberi fatwa yang pelbagai. Antaranya, wajib samak jika bersentuhan atau terpegang dengan khinzir dalam keadaan basah bersentuhan yang kering atau sebaliknya.

    6. Dalam mengambil hukum menurut Sunni, yang didahulukan menurut turutan ialah dalil quran, hadis, ijtihad dan qiyas.

    7. Perasaan tidak termasuk faktor-faktor dalam penentuah hukum.

    8. Anda boleh rujuk kitab-kitab dari ulama’2 yang bertaqlid kepada Imam Syafie. Adapun dari kitab Imam Syafie, saya tidak pasti sama ada Al Umm ada menyatakan perkara ini.

    9. Saya tidak pernah ketemukan bersentuhan dengan khinzir termasuk perkara membatalkan solat. Cuma khinzir dianggap najis dalam keadaan-keadaan tertentu. Kalau najis sudah hilang, ianya sudah tidak dianggap najis lagi.

    10. Telah saya katakan, ini termasuk dalam persoalan asas bagaimana kita mengambil hukum dalam agama kita. Sila rujuk jawapan saya seperti dalam no. 5 di atas. Kalau kita menganggap diri kita sebagai ‘mujtahid’ yang layak membuat penafsiran kepada AL Quran dan Hadis, itu sikap yang kita sendiri ambil dan kita akan dipertanggungjawabkan di atas sikap kita ini. Soalnya, siapakah yang mengiktiraf dan menauliahkan kita sebagai mujtahid dan mufassirin?. Apakah kita cukup ilmu dan syarat menjadi mujtahid dan mufassirin sekali gus?. Apakah sekadar membaca beberapa buku agama dan mengikuti satu dua ulama’ lantas memberikan otoriti kepada kita untuk menjadi seorang otoritas memberikan fatwa?. Apakah kita diwahyukan secara langsung dengan Al Quran lantas membuatkan kita faham segalanya dengan maksud dan tafsir Al Quran?.

  4. siapa kata kita tak boleh makan babi? boleh aje time darurat…gitu jugak dengan yang lain2nya tikus biawak kera..

  5. ayat tentang khinzir ini, samalah larangannya dengan zina..

    “..wala taqrabuzzina (janganlah kamu dekati zina)”…-mafhum ayat.

    nak mendekati zina pun dah dilarang (cthnya mcm berckp dgn yg bukan muhrim beserta nafsu, dll. )..APATAH lagi kalau berzina..

    ..begitu juga dgn khinzir, memakan dagingnya pun Allah dah haramkan, apatah lagi hendak menyentuh dan memakai kulitnya..lebih2 lagi islam itu menjaga kebersihan ..

    saudara muhammad abduh lee abdullah (betul ke), utk pengetahuan saudara, Ayat2 alqur’an bsenang utk di tafsir dan diambil hukumnya begitu sahaja..

    seorang ulama’ yang ingin MENTAFSIR alqur’an itu, hendaklah terlebih dahulu memahami ilmu2 alat yang melayakkan mereka utk mentafsir seperti ilmu LUGHAH yakni NAHU , SARF, BALAGHAH, MANTIQ serta mahir dan faham dengan mendalam tentang ilmu2 asas seperti TASAWUF, TAUHID dan FIQH..tidaklah semudah itu hendak mengambil sesuatu hukum dari alqur’an dengan keterangan ayat zahir semata2..walaupun ayat tersebut nampak ‘mudah’..

    sebab apa?

    sebab ayat alQuran ini adalah diturunkan kepada sayyidina Muhammad dalam bahasa arab..dan bahasa syurga itu juga bahasa arab, maka secara senangnya, nilai seni bahasa arab ini amatlah tinggi sasteranya itu sehingga digunakan sebagai bahasa pertuturan di syurga kelak..

    oleh itu, sastera yang tinggi ini, takkan boleh difaham begitu sahaja…sedangkan sastera bahasa melayu pun terkial2 kita hendak faham, inikan pula sastera bahasa syurga..

    baik..

    ..dalam ayat tentang khinzir itu, adalah ayat yang termasuk dalam bab USLUB AL-HIKAM..dan bab USLUB AL-HIKAM ini adalah merupakan satu daripada bab2 di dalam ilmu MA’ANI..manakala ilmu MA’ANI ini pula adalah satu daripada bab2 terkandung di dalam ilmu BALAGHAH….dan tidaklah seseorang itu dapat memahami ilmu BALAGHAH melainkan wajib keatasnya terlebih dahulu mempelajari ilmu NAHU dan SARF mengikut disiplin pembelajaran ilmu lughah… dan kesemua ilmu ini, adalah dinamakan ILMU LUGHATUL ‘ARABIYYAH (BAHASA ARAB)…

    ..mengapa Allah menjelaskan kepada manusia dengan dengan ayat yang berbentuk USLUB AL-HIKAM? jawapannya kerana ALLAH TA’ALA ITU TERAMATLAH LEMAH LEMBUT DAN SOPAN SANTUN (AL-HALIIM) TERHADAP HAMBA2NYA, HATTA KETIKA MENYERU FIR’AUN MELALUI NABINYA SAYYIDINA MUSA A.S…

    USLUB HIKAM ITU APA?

    tak dapat dibicarakan di laman ini, kerana ilmu itu perlukan guru yang berkelayakan untuk mengajarnya..

    ..secara ringkasnya, anda perlu mempelajari ilmu BAHASA ARAB..

    ..kalau tidak.., kepala anda akan dipenuhi dengan kecelaruan2 dan kerunsingan hati terhadap perkara2 yang mana perkara2 ini adalah pintu bagi syaitan laknatullah hendak menyesatkan dan mewaswaskan saudara…

    “tidak semua persoalan itu didapati jawapannya dengan “haram””syirik””bid’ah””wajib”… tetapi ada jawapan yang didapati dengan kerendahan hati dan taqwa kepada Allah..

    ..dengan syarat, kena melalui / belajar satu persatu dari mula..

    boleh faham?

    kalau masih tak boleh faham, yang penting KEUTAMAANNYA BUKANLAH MENCARI JAWAPAN SESUATU ITU HARAM ATAU TIDAK, BOLEH ATAU TIDAK…tetapi KEUTAMAANNYA ADALAH MENCARI ‘SEBAB’ MENGAPA SESUATU ITU HARAM ATAU TIDAK, BOLEH ATAU TIDAK..

    sekian..


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 31 other followers

%d bloggers like this: