Posted by: bankwahabi | Disember 5, 2008

MAZA & BAHAYA AJARAN SESAT WAHABI

BAHAYA FIKRAH TAKFIR!

Bekas Mufti Perlis, Dr MAZA di dalam artikel Bicara Mufti yang disiarkan Utusan Malaysia bertarikh 9/9/2007 pernah menulis :
“Dunia Islam yang sepatutnya menerajui tamadun pembangunan insan dan kebendaan telah mundur dan hilang peranan. Hasil dari hilangnya identiti diri iaitu akidah yang murni yang menjadi asas tamadun umat, maka hilanglah tamadun kita yang pernah dibina. Bahkan sebahagian masyarakat Islam hidup dalam kesyirikan dan khurafat yang tebal. Lihat sahaja apa yang wujud di Indonesia, Mesir dan Morocco dan seumpama mereka. Mereka bukan sahaja ketinggalan zaman, mereka juga ketinggalan Islam yang tulen. Kepercayaan kepada tangkal-mangkal, bomoh, tahyul, khurafat wali-wali dan seumpamanya menguasai sebahagian masyarakat umat ini. Walaupun mereka mendakwa diri mereka Muslim, namun benteng akidah telah pun mereka hancurkan.” rujukan : my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0909&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive
Ulasan :

1) Jika anda mengamati tulisan ini secara teliti anda akan dapati satu kenyataan berbahaya dari beliau dengan katanya: “Bahkan sebahagian dari masyarakat Islam hidup dalam kesyirikkan dan khurafat yang tebal (samada) di Indonesia, Mesir dan Morocco. Mereka bukan sahaja ketinggalan zaman. Mereka juga ketinggalan Islam yang tulen.” Dalam kenyataan ini, Dr Maza secara jelas mengklasifikasikan ‘sebahagian’ dari umat Islam di negara berkenaan hidup dlm keadaan syirik dan khurafat yang tebal. Secara tidak langsung, beliau mengkafirkan umat Islam yang dimaksudkan. Jika tuan/puan menghitung bilangan umat Islam dari negara berkenaan. Entah berapa juta umat Islam yang dikafirkan oleh Mufti Glamour ini atas tuduhan mengamalkan syirik dan khurafat yang tebal. Pendek kata, mudahnya kita hendak mengeluarkan umat ini dari keislaman mereka. Wana’u zubillah.

2) Benarkah ‘sebahagian’ umat Islam di Indonesia, Mesir dan Morocco berada dlm keadaan syirik dan khurafat yang tebal dan menghancurkan ‘benteng’ akidah mereka. Atau dek kerana mereka tidak semetodologi memahami agama sebagaimana metodologi permikiran yang diperjuangkan Dr MAZA dan kroninya.? Saya kira, jika pembaca ingin mengkaji tuduhan ini Dr Asri, saudara pembaca boleh mendapatkan data-data yang berkaitan dari kedutaan negara berkenaan. Jika tuduhan ini disampaikan kepada kedutaan Indonesia, Mesir atau Morocco..agak berpeluh juga Wisma Putra nak menjawabnya. Dan dikhuatiri Dr MAZA sendiri boleh didakwa atas kenyataan ‘takfirnya’ itu.

3) Walau menulis MA dan PHD dalam bidang hadis, mantan Mufti Perlis tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam di bidang akidah. Namun begitu, beliau agak ‘galak’ menulis dalam pelbagai bidang. Silakanlah. Tetapi beliau nampaknya tidak berhati-hati dalam soal ini. Malahan begitu selesa menulis dan menuduh sebahagian besar umat Islam berada dalam keadaan syirik dan khurafat yang tebal. Sebenarnya, jika kita menelusuri sejarah teknik seperti ini adalah lahir dari metodologi Khawarij. Dan diakhir zaman ia diwarisi pula oleh golongan Wahhabiy Ekstrem.

4) Sememangnya, unsur pencemaran dan penyelewengan akidah itu ada di negara umat Islam dan masyarakatnya. Tetapi peratusan agak sedikit dan peranan pembendungannya dimainkan oleh pemerintah di bawah agensi agama. Merekalah yang bertanggungjawab membasminya.Tidak semestinya jika ada perbuatan syirik, khurafat, sesat DLL dlm masyarakat ..ia terus diletakkan keatas ‘sebahagian’ umat Islam pd sesebuah negara berkenaan. Sebagai contoh : Kemunculan ajaran sesat di Malaysia spt Ajaran Amad Laksamana, Ayah Pin, Hj Kahar, Mariam Nabi Palsu…tidak bermaksud ‘sebahagian’ rakyat Msia berada dlm kesesatan. Sebabnya kalimah sebahagian itu memaksudkan jumlah bilangan yang ramai. Bayangkan ia sebahagian dari 26 juta rakyat Muslimnya 60%. Berapa juta pula bilangan Muslim yang hendak dituduh sebagai sesat dan khurafat? Bukankah ini satu kenyataan yang amat ekstrem.

5) Jika anda sedar bahawa DR MAZA berasalah dalam tuduhan takfir umat Islam ini, anda sewajibnya tidak berpegang kepada pendapatnya yang batil ini. Kerana jika anda masih fanatik dgn pendapat ini.. beerti ..anda juga setuju dengan
pentakfiran yang dipromosinya. Na’u zubillah min zalik.

6) Saya juga seorang yang menentang perkara bid’ah dholalah, syirik, khurafat dan sesat. Dan bukan untuk menotali kempen Dr MAZA 100%. Tetapi paparan ini menuntut kita supaya bersikap teliti dalam mengeluarkan kenyataan berhubung perkara syirik, bid’ah, sesat, khurafat DSB. Kerana ia berkait rapat dengan penentuan akidah umat Islam. Dikhuatiri, anada menganggapnya sebagai malan syirik beradasarkan metodologi anda. Tetapi tidak dianggap sedemikian pada pandangan ulamak @ pemerintah yang lain. Maka berhati-hatilah saudara.Bukankah sikap berhati-hati itu lebih baik, lebih warak dan lebih bertaqwa. Wallahu’alam.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 31 other followers

%d bloggers like this: