PONDOK SG DURIAN PONDOK WAHABI…??

Pondok Sg Durian adalah pondok yang pengajiannya berasaskan kitab turath Ahli Sunnah wa al Jamaah.
Persoalannya…Begitu hebat BLOG-BLOG WAHABI mempromosi Pondok tersebut..Golongan Wahabi secara umumnya anti pondok . Apakah helah disebalik promosi tersebut??
Fikir-fikirkan lah !!!
ALMARHUM
TUAN GURU HAJI ABDUL RAHMAN BIN SULAIMAN
(1923-1988)
Tarikh Lahir: 1923
Tempat Lahir: Kelantan, Malaysia.
Tarikh meninggal dunia: 20 Februari 1988
Pengajian (di Malaysia):
• Belajar al Quran dan asas pengajian agama melalui Ayahandanya Lebai Sulaiman bin Kechik.
• (1934-1937) Sekolah Melayu Sultan Yahya Petra, Kuala Krai.
• (1938-1945) Pondok Paloh Rawa, Machang (Tuan Guru Haji Abdul Jalal Melaka dan Tuan Guru Haji Hussin Melaka).
• (1945-1945) Pondok Kerawang, Pulai Chondong (Tuan Guru Haji Ahmad Abdul Kadir).
• (1945-1946) Pondok Kemuning, Machang (Tuan Guru Haji Wan Yusuf Che Tengah).
• (1946-1948) Pondok But, Ketereh (Tuan Guru Haji Mohd Nor Abdullah).
• (1949-1951) Madrasah Manabi’ul ‘Ulum, Pondok Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (Tuan Guru Haji Othman Jalaluddin).
Pengajian (di Makkah) bermula 1951-1957:
• Madrasah Darul ‘Ulum ad-Diniah.
• Masjidil Haram.
• Rumah beberapa orang tuan guru.
Guru-gurunya sewaktu di Makkah:
• Sheikh Muhammad Daud bin Sulaiman al-Kalantani (akhirnya menjadi mertuanya).
• Sheikh Muhammad Mukhtar al-Kadiri al-Indunisi.
• Sheikh ‘Abdul Qadir al-Mandili al-Indunisi.
• Sheikh Muhammad Yasin ‘Isa al-Fadani al-Makki.
• Sheikh Pak Da ‘Iel al-Fatani.
• Sheikh Sayyid Amin al-Kutubi.
• Sheikh Hassan Muhammad al-Masysyat.
• Sheikh Hassan al-Yamani.
• Sheikh ‘Alawi al-Maliki.
• Sheikh al-‘Arabi.
• dan lain-lain. Rahimahumullah.
Aktiviti semasa belajar:
• Seorang pelajar yang aktif berpersatuan, seperti pesatuan anak kelantan (Penjasa), Perasatuan anak melayu semalaya (permas). Aktif juga dalam bidang pidato serta debat.
Kegiatan Ilmiah dan kemasyarakatan:
• Menubuh dan mengasas Pondok Sungai Durian pada 4 Jun 1958
• Ahli Jawatankuasa ‘Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)
• Menghasilkan beberapa karya dalam bidang Nahu, Saraf, ‘Aqidah, Feqah dan lain-lain.
• Sentiasa menyampaikan kuliah dan ceramah umum di seluruh pelusuk tanah air.
Penghargaan:
• (1968) Dikurniakan Pingat Bakti (PB) oleh Sultan Yahya Petra
• (17 Jamadil Akhir 1422 / 5 September 2001) Dikurniakan Anugerah Jasamu Dikenang oleh PAS Negeri Kelantan sempena Sambutan Jubli Emas peringkat negeri.
Isteri:
• Ustazah Hajjah Fatimah binti Sheikh Muhammad Daud al-Kalantani. Seorang guru yang aktif mencurahkan ilmu di PSD khasnya untuk pelajar perempuan (banat) juga warga emas yang menetap di PSD.
http://al-subki.blogspot.com/
[...] PONDOK SG DURIAN PONDOK WAHABI…?? PONDOK SG DURIAN PONDOK WAHABI…?? Pondok Sg Durian adal [...]
By: Bahasa Melayu « Top Posts on Ogos 17, 2008
at 4:30 am