Posted by: bankwahabi | April 27, 2008

Penyelewengan Ajaran Golongan Wahabi

Penyelewengan Ajaran Golongan Wahabi

http://www.magnifix.com.my/ashairah/index_files/Page461.htm

HUJAH AHLI SUNNAH KE ATAS PENYELEWENGAN AJARAN GOLONGAN WAHABI

(PENGIKUT-PENGIKUT MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB )

1-Sila lihat Kitab mereka (puak Wahhabi):
Fathul Majid, Karangan Abdul Rahman bin Hasan bin Mohd bin Abdul wahab, m/s:356,

Cetakan Darul Salam, Riyadh.
Jelas mrk menyamakan Allah dengan manusia dan juga binatang. Mereka berkata: “Allah duduk di atas kursi”.

Sedangkan Allah ta’ala telah befirman
Maksudnya: Dia(Allah) tidak menyerupai sesuatu pun daripada makhlukNya, baik dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupainya.(Asyura ayat:11)

Ketahuilah bahawa menganggap dan mengatakan bahawa Allah duduk atau bersemayam di atas arasy mahupun di atas kursi dikira kafir kerana yang demikian itu adalah sifat makhluk
Maha Suci Allah daripada duduk atau bersemayam

2-Lihat juga kitab mrk Tanbihat Fi Rod Ala Man Taawwal Sifat,
m/s: 19, karangan Ibnu Baz, terbitan : Riasah Ammah lilifta’
Ibnu Baz (pemimpin wahabi) berkata: “penafian jisim dan anggota bagi Allah adalah suatu yang dicela”.
Sedangkan Allah ta’ala berfirman:
Maksudnya: Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatu pun dari makhlukNya baik dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya.(Asyura ayat:11).

Ketahuilah bahawa Allah ta’ala tidak sama dengan makhlukNya, Dia tidak mempunyai anggota dan jisim sebagaimana yang dimiliki oleh makhluk
Maha suci Allah daripada anggota dan jisim.

3-Majalah Haji, bilangan 49, juzuk 11 tahun 1415 hijrah, m/s :73 -74
Makkah
Ibnu Baz mengatakan bahawa :”zat Allah ta’ala itu di atas arasy”.

Sedangkan Nabi Muhammad telah bersabda
yg bermaksud:” Allah wujud pada azal(adaNya tanpa permulaan), dan belum wujud sesuatu selainNya”. H.R Bukhari

Ketahuilah bahawa Allah ta’ala wujud tanpa tempat, kerana Dia yang menjadikan tempat yang mempunyai batasan-batasan, kadar tertentu dan bentuk sedangkan Allah tidak disifatkan sedemikian.
Maha suci Allah dari bertempat.

4-Kitab mereka: Kaifa Nafham Attauhid,
Karangan Mohd Basmir,
m/s: 16 Riyadh

Wahabi mengatakan bahawa Abu Jahal dan Abu Lahab lebih ikhlas pengesaan tauhid mereka kepada Allah daripada golongan orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. ( yang dimaksudkan dengan orang Islam di sini ialah mereka yang bertawassul dengan wali-wali dan para solihin ).

Sedangkan Allah ta’la telah berfirman menceritakan mengenai Abu Lahab
Maksudnya: “kelak dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala”.
Ketahuilah bahawa Abu jahal dan Abu lahab bukanlah dari kalangan orang Islam.

5-Rujuk kitab mrk :Min Masyahir Almujaddidin Fil Islam,
m/s: 32, terbitan: Riasah ‘Ammah lilifta’
Soleh bin Fauzan (wahabi) berkata: “pengikut Asya’irah dan Maturidi tidak layak digelar sebagai Ahli sunnah wal jamaah”.

Sedangkan Al hafiz Murtadha Azzabidi berkata: “jika dikatakan Ahli sunnah wal- jamaah yang dimaksudkannya adalah Asyairah dan Maturidiah”.
Pengikut Asya’irah dan Maturidiah adalah golongan Ahli sunnah dan jamaah

6-Rujuk juga Kitab mereka: Fathul Majid,
Karangan: Abdul Rahman m/s 353
Terbitan maktabah Darul Salam, Riyadh.

Wahabi berdusta dengan mengatakan bahawa: “kebanyakan Ahlu Sunnah mengkafirkan pengikut asya’irah.”

Sedangkan Ahli sunnah dan jama”ah di kalangan umat Islam diseluruh dunia adalah golongan asy’ari dan maturidi
Ketahuilah bahawa Pengikut-pengikut Imam Asy’ari adalah golongan umat Islam kini.

7-kitab mereka: Al-iman Bil Anbiya’ Jumlahtan,
Karangan: Abdullah bin Zaid,
cetakan Maktabah Islami, Beirut:
Wahabi mengatakan bahawa Adam bukanlah nabi ataupun rasul.

Sedangkan RAsulullah telah bersabda daripada Abi umamah, seorang lelaki bertanya nabi: ” wahai rasulullah adakah Adam itu seorang nab”i? Beliau menjawap: ” ya, diturunkan wahyu kepadanya”.H.R Ibnu Hibban.

Dan ketahuilah bahawa Ijma’ ulama mengatakan bahawa Adam adalah nabi.

About these ads

Respon

  1. Ass. W.W.
    Selamat berkenalan

    Sudah nyata sekali Wahabi itu bukan kelompok Islam. Mereka itu KAFIR. Jadi sebelum kelompok lain mengatakan mereka KAFIR mereka mengatakan selain WAHABI kafir. Biasa MALING BERTERIAK MALING


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 31 other followers

%d bloggers like this: