Posted by: bankwahabi | September 3, 2007

Ulul Albab: Lima sebab mazhab Shafie terus bertahan

KOMEN BANKWAHABI

MAZHAB WAHABI NAK LETAK MANA? DAH TU MAZA N D’ GANGS SIBUK PERGI JAJA SANA SINI YG KONONYA MEREKA SHJ FAHAM SUNNAH; SUNNAH VERSI WAHABI SHJ YG DITERIMA PAKAI;SUNNAH MEREKA SHJ ISLAM; YG LAIN SUNNAH KAPIR; MASUK NERAKA JAHANNAM; SUNNAH YG LAIN SESAT.

WAHABI KATA MEREKA IKUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH; TAPI ITU HANYA CAKAP KOSONG; SEBAB APA? TANYALAH PUAK2 WAHABI ITU; SIAPA LG MEREKA DENGAR; KATA2 ASRI/AL-BANI/BAZ/UTHAIMIN/PILOT BODOH/ ABDULLAH YASIN/YEE/GUITAR HADIS MATRIC UIA/ARIP UKM; ATAU MEREKA IKUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH! MESTILAH TOK GURU2 JUHALA’ MEREKA YG BENAR DR AL-QURAN DAN AS-SUNNAH! 

PERCAYA ATAU TIDAK CUBA DATANG SESUATU YG MENGIKUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH TETAPI BERTENTANGAN DENGAN TOK GURU MEREKA. CONTOH SI BAZ KATAPEMAKAIAN SALIB DIBOLEHKAN; UNTUK  MUJAMALAH. SBB BOSS BESAR PAKAI SALIB; SO BOLEH LAE… CUBA TANYA WAHABI TAK KAPIR KE ORG YG MENGHALALKAN BENDA HARAM? JAWAB MEREKA ITU SATU KESILAPAN SHJ…WAH2 KECIL BENAR PERKARA KUFUR INI; TAPI KALAU TAHLIL ARWAH/TALQIN SESAT TERUS WALAUPUN BACA AL-QURAN…

HAIRAN2….

 

Oleh Abdurrahman Haqqi

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Agama/20070901232046/Article/

 Sifat sederhana sesuai cara hidup masyarakat

LIMA puluh tahun genap sudah kemerdekaan Malaysia. Dalam tempoh itu kemajuan banyak dicapai negara dan dikecapi oleh seluruh rakyat dalam segala bidang, termasuk aspek kehidupan dan keagamaan.

Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) menganjurkan seminar kebangsaan kali kelima mengenai hukum Islam semasa dengan tema penilaian terhadap sejarah, amalan dan prospek fiqh mazhab Shafie di Malaysia, dua minggu lalu.

Siri seminar ini, seingat penulis, pernah dianjurkan kali pertama pada 1995 dan penulis hadir ketika itu sebagai peserta dari Kulliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pada tahun ini, kerana tertarik dengan tema yang dibincangkan, penulis juga mengambil peluang hadir sebagai peserta dari Institut Pengajian Islam Sultan Haji Omar Ali Saifuddin, Universiti Brunei Darussalam.

Apa yang menarik perhatian penulis daripada seminar dua hari itu ialah istilah dalam keadaan kritikal mazhab Shafie di Malaysia yang dilontarkan Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid dalam ucap tama perasmian seminar.

Beliau mengatakan, ringkasnya, mazhab Shafie di Malaysia, malah mazhab lain juga di mana-mana saja yang berkait dengan fikah atau ilmu hukum berada dalam keadaan yang sangat kritikal.

Di Malaysia, paling bernasib baik sekali mazhab ini kerana disokong oleh undang-undang pentadbiran Islam di negeri dan oleh birokrat pentadbiran hal ehwal agama Islam seperti mufti dan pegawai agama yang lain.

 

Bagaimanapun, pada hakikat sebenarnya sokongan ini tinggal pada namanya saja kerana sudah banyak fatwa dan amalan pentadbiran hal ehwal agama Islam di negara ini sudah mengambil kira pelbagai mazhab yang ada, malah tanpa berasaskan kepada mana-mana mazhab. Lebih daripada itu kadangkala sokongan itu sendiri menjadi bak kata pepatah Melayu sebagai ‘sokong membawa rebah’.

Mazhab Shafie di Malaysia sepanjang sejarahnya mengalami perkembangan yang menakjubkan walaupun ada percubaan yang ingin menghapuskannya. Hal ini dapat diperhatikan dalam tulisan Prof Madya Abdul Halim el-Muhammady: “Hasil daripada pendakwah ini menjadikan Malaysia menerima Islam berasaskan mazhab Shafie dalam fikahnya sama ada dalam ibadat, muamalat, munakahat dan jenayah yang dapat dikesan dalam kanun negeri-negeri Melayu dan teks pengajian fikahnya serta amalan masyarakat. Mazhab Shafie telah menerima gugatan dalam sejarah melalui tiga gelombang bermula daripada kes perdebatan masalah jilatan anjing pada 1930-an, timbulnya masalah khilafiyyah yang menggugat Parti Islam SeMalaysia (Pas) pada 1950-an.

Gelombang ketiga timbulnya perdebatan masalah khilafiyyah pada masa ini. Ia ditimbulkan oleh kaum muda ketika itu, kemudian oleh sebahagian pelajar keluaran Universiti Madinah atau yang terpengaruh dengan pemikiran Wahabi, tetapi kesannya tidak mengubah pegangan masyarakat Melayu daripada berpegang kepada mazhab Shafie pada peringkat pemerintah dan awam. Persoalan khilafiyyah ini timbul kembali pada masa ini seperti bacaan ‘ussolli’ dalam solat dan talkin jenazah dan sebagainya yang juga ulangan peristiwa yang berlaku sebelum ini, secara umumnya tidak menjejaskan pegangan mazhab Shafie, terutama dalam mengerjakan solat, perkahwinan dan amalan sunat. Cuma ada kelonggaran dalam penerimaan pendapat mazhab lain dalam muamalat kebelakangan ini kerana keperluan pasaran yang banyak mentarjihkan pendapat Hanafi dan kecenderungan sebahagian generasi muda mengikut tafsiran mazhab lain dalam beberapa amalan ibadat dan kerohanian, tapi ia tidak mengubah pegangan rasmi pemerintah dan masyarakat terhadap mazhab Shafie secara umumnya.

Adalah satu fakta yang tidak boleh dimungkiri kecuali oleh orang yang tertutup hatinya bahawa penerimaan umat Islam Asia Tenggara terhadap mazhab Shafie amat jelas sekali. Orang Islam di negara rantau ini hampir seluruhnya berpegang pada mazhab Shafie. Mazhab Shafie amat berpengaruh sehingga ia menjadi mazhab rasmi kerajaan Islam di rantau ini sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Lebih jauh daripada itu undang-undang Islam berasaskan pendapat mazhab ini juga dikanunkan, ia menjadi undang-undang negara dan dilaksanakan.

Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim berpendapat bahawa sebelum kedatangan British, undang-undang Islam adalah undang-undang negara di Malaysia. Mazhab yang diikuti ialah mazhab Shafie.

Selepas kemerdekaan, masih menurut Abdul Halim, Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan. Kebanyakan negeri mengamal mazhab Shafie dalam undang-undang dan fatwa. Hanya Perlis tidak menyatakan mazhab Shafie sebagai rujukan dan asas undang-undang dan fatwa. Bagaimanapun, ia mengiktiraf al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan dan asas undang-undang yang bertepatan dengan mazhab Shafie. Penerimaan mazhab Shafie tidak menyekat negeri ini di Malaysia untuk mengiktiraf mazhab Sunni yang lain. Sikap toleransi menerima mazhab lain. Penerimaan mazhab Shafie sebagai asas dalam penafsiran dan pelaksanaan undang-undang Islam dari sudut sejarah dapat diterima lebih 600 tahun. Dengan kata lain, kecenderungan di Malaysia adalah menerima satu mazhab seperti dilaksanakan di negara lain. Kecenderungan untuk mengamalkan Islam melalui pemikiran tidak bermazhab kurang mendapat tempat di Malaysia.

Menurut Othman Ishak (1989), pengaruh mazhab Shafie di Malaysia itu adalah menyeluruh khasnya di dalam pentadbiran hukum. Orang awam menerima dasar hukum mazhab Shafie sebagai panduan dalam kehidupan termasuk bidang ibadat, munakahat, muamalat dan jenayah. Pentadbiran kerajaan pula menjadikan doktrin atau dasar hukum mazhab Shafie sebagai keputusan muktamad untuk mengeluarkan fatwa dan digunakan dalam bidang kehakiman di mahkamah syariah. Sekolah dan pusat pengajian Islam memberi keutamaan kepada mazhab Shafie.

Dengan berlakunya kolonialisme dan kebangkitan tamadun Barat lahir gerakan modenisme dan reformisme di alam Melayu bagi menggerakkan kesedaran baru. Gerakan modenisme berusaha membawa arus tamadun barat manakala gerakan reformis berusaha mengharmonikan antara Islam dan Barat. Gerakan reformis juga menumpukan usaha mengislahkan masyarakat Islam dari dalam. Mereka cuba menghapuskan fahaman bidaah dan jumud dalam pemikiran umat Islam dan menanam semangat yang boleh membawa kemajuan umat sama ada di dunia atau akhirat. (Abdul Rahman Abdullah (1998)

Amalan bermazhab Shafie di Malaysia suatu penerusan tradisi yang lama kerana faktor sejarahnya yang tersendiri, termasuk arus idealisme tajdid fikah di seluruh dunia Islam.

Kedudukan mazhab Shafie dalam bentuk pengamalan di Malaysia sama ada oleh individu atau pemerintah sekarang dilihat sudah tidak syarie kerana dianggap bertaklid buta yang dikeji dan fanatik kepada mazhab semata-mata.

Hasilnya lahir golongan yang menolak mazhab (la mazhabiyyah) yang meruntuhkan kekayaan fikah, malah meruntuhkan manhaj hukum yang dibina oleh fuqaha terdahulu.

Dari sudut yang lain pula ada usaha untuk mempertahankan tradisi yang ada dengan membawa perubahan yang perlu dalam kerangka prinsip bermazhab atau pengekalan manhaj Shafie, tetapi dengan interpretasi semasa turut mengambil kira perubahan budaya dan uruf, seperti dalam tulisan Dr Luqman Abdullah.

Selain itu, Jakim menerima pakai cadangan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam agar penyebaran fahaman selain mazhab Shafie dikawal bagi tujuan membendung fahaman yang boleh mengelirukan masyarakat yang tidak terdedah dengan perbezaan mazhab. Cadangan ini diperkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-133 (khas) pada 3 Disember 1984.

Akhirnya, seperti dikatakan Prof Mahmood Zuhdi, mazhab Shafie mempunyai masa depan yang cukup terjamin di negara ini. Pertama, kerana sejarahnya yang begitu cemerlang. Kedua, kerana ia diterima akar umbi masyarakat dan menjadi sebahagian budaya mereka. Ketiga, sifatnya yang sederhana dan sesuai dengan corak hidup masyarakat rantau ini. Keempat, kerana sokongan undang-undang. Kelima, kerana ada barisan pendokong yang terus menguasai birokrasi.

Namun tanpa pembaharuan ia tidak boleh bertahan dengan selesa. Pertama kerana yang diamalkan sekarang mewakili rumusan zaman dan budaya hidup yang berbeza daripada apa yang ada di sini sekarang. Kedua, kerana yang dimaksudkan ialah hasil ijtihad zaman lampau dan bukannya kaedah ijtihad, atau dalam bahasa yang digunakan oleh al-Qaradhawi, hasil tangkapannya dan buka jaring atau jalannya. Ketiganya, kerana perubahan keadaan yang terlalu pesat. Keempat, kerana fikah berkenaan mula menampilkan dirinya dalam urusan yang lebih rumit daripada apa yang ada pada masa lampau.

Cara paling baik ialah memperbaharui fikah ini berasaskan kaedah al-Shafie dengan mengambil kira realiti setempat setakat dibenarkan qiyas seperti yang sentiasa ditegaskan Imam Shafi’i. Wallahu a’lam.

INFO: Dalam perkembangan pengukuhan mazhab Shafie di Malaysia, Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan memutuskan beberapa ketetapan termasuk;

·  Semua fatwa yang diputuskan mestilah berdasarkan kepada qawl yang muktabar dalam mazhab Shafie. Jika hendak beramal dengan qawl daripada mazhab lain, mereka perlu mendapat restu Yang di-Pertuan Agong.
l

·  Umat Islam tidak dipaksa beramal dengan mazhab Shafie bahkan boleh beramal dengan mana-mana mazhab lain yang disukai dengan syarat mereka tidak boleh menyalahkan orang yang beramal dengan mazhab Shafie.

·  Mazhab lain tidak boleh diajar atau disyarah secara terbuka di khalayak ramai namun boleh diajar pada majlis pelajaran.
lMenjadi satu kesalahan jika mengajar mazhab lain selain mazhab Shafie secara terbuka.

·  Jika fatwa dikeluarkan berasaskan kepada mazhab Shafie, maka tiada sesiapa pun boleh membantahnya dengan menggunakan hujah daripada mazhab yang lain.

 

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 31 other followers

%d bloggers like this: