Posted by: bankwahabi | Ogos 2, 2007

MENJAWAB SOALAN MENGENAI RASUL DAHRI

http://www.abu-syafiq.blogspot.com/

02 August, 2007

MENJAWAB SOALAN MENGENAI RASUL DAHRI


Soalan dipetik dari komen :

http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/06/wahhabi-mujassimah-zaman-kini.html
abdussalam Inst. Al-Khadem KL said…
As’kum.

Bila saya ziarah blog ust abu syafiq ini saya dpti pelbagai kritikn seakan2 dilmprkn kepada ust2 yang saya sehingga skrg masih menghadiri pngajiannya.

Sbgi contoh Ustaz Rasul Dahri.Beliau seorg yg brgiat kuat mnympaikan apa yg blog ini kritik.

Untuk pengetahuan umum..Ust. Rasul Dahri pengajian yg selalu juga mmboringkn, mungkin disbbkn pnympaian suaranya yg agak gagap dan kurng menarik serta jarang dpt difahami ilmiahnya..

so …. saya mahu brtanya pd blog ini mengenai Ust Rasul Dahri. Apa pandangn antum mengenai beliau?Ini jugk krn org tua saya prnh melrng saya menghadiri pngajiannya krn dia dikatakan seorg yg membosankan serta suka dan cpt menghukum bert.dan bnrkah kitb2nya diharamkan oleh kesemua majlis agama islam?diharap tuan punya blog membantu saya.

wassalam…
Abduss Salam Inst. Al-Khadem.

————————————————————————————————

Dijawab oleh Abu Syafiq:

Assalamu’alaikum.
Pertama sekali sy ingin memohon maaf kerana tidak dapat kerap berada di blog ini atas urusan diluar. Sy pun tidak sangka sambutan yang amat memberangsangkan.

Secara ringkas bagi menjawab soalan yang ditanya maka sy menyatakan bhw kita perlu menilai seseorg itu dari aspek akidahnya.
Sekiranya akidah ia benar dan tidak brcanggah dgn islam waktu yang sama mengaku sebagai muslim maka kita tidak harus mengkafirkannya atau mengeluarkan dia dari insan bergelar muslim. Akan tetapi sekiranya terdapat kejelasan yang wadih(terang) akan kepesongan akidahnya maka disitu barulah trbuka ruang lingkup hukum sama-ada dia telah jatuh murtad atau tidak.
Mengenai soalan Abdussalam dari Kl seperti di atas tadi mengenai Rasul Dahri seorang warganegara BUKAN malaysia yang kita dapati kerap menghidupkan akidah songsang lantas mencipta ajaran baru yang tidak langsung bertepatan dengan Al-quran dan Al-sunnah bahkan Rasul Dahri sering menyelitkan akidah asas Yahudiyah antaranya fahaman sesat’ Allah Duduk’ sedangkan Alquran tidak pernah menyandarkan sifat JALIS (duduk) bagi Allah dan hadith juga tidak menyatakan sedemikian.
Tetapi disana ada kalimah ISTAWA yang disandarkan oleh Allah pada diriNya. Apabila kita kaji berdasarkan hadis dan fahaman bahasa arab maka didapati bahawa ISTIWA ALLAH bukan dan tidaklah bererti JALIS (duduk) bahkan dinyatakan sebagaimana yang dinyatakan olehNya sendiri iaitu ‘istawa alal arasy’ tanpa bersifat duduk mahupun bertempat dan tidak berbentuk..inilah akidah Nabi dan ulama salaf serta kesemua ulama islam sebenar.
Ya..sememangnya buku karangan Rasul Dahri telah diharamkan di tanah-air kita.

Lihat pewartaan buku Rasul Dahri diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan

( http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=327 ).
Masakan tidak diharamkan kerana buku dan ceramah Rasul Dahri penuh dengan penyebaran ajaran baru iaitu menghidupkan akidah yahudi.

Antara sebab diharamkan artikel,kenyataan, buku dan segalanya yang salah terbit dari Rasul Dahri adalah:-
1- Rasul Dahri membawa fahaman akidah Yahudi yang jelas kesesatannya iaitu fahaman ‘ Allah Bersifat Duduk ‘.

2-Rasul Dahri menetapkan tempat bagi Allah dan Allah itu bertempat. Sedangkan Allah tidak pernah menyatakan Dia bertempat. Manakala ‘istawa’ bila disandarkan kepada Allah tidaklah bererti duduk mahupun bertempat.

3-Rasul Dahri memuji agama Kristian sebagai agama yang benar disisi Allah. Sedangkan Allah dan RasulNya Nabi kita Muhammad tidak pernah menyatakan sedemikian.
4-Rasul Dahri menganggap bahawa agama Yahudi itu adalah agama Allah yang suci lagi mulia. Sedangkan kebenarannya adalah agama Yahudilah yang menentang Islam bahkan Yahudi membunuh para Ambiya(nabi-nabi).
5-Rasul Dahri mengkafirkan sesiapa sahaja yang berakidah ‘ Allah Tidak Memerlukan Tempat’. Sedangkan itu adalah akidah islam yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad sendiri dalam Hadith baginda riwayat Muslim dalam Sohihnya pada bab Ma yuqol Indal Qiyam….
Banyak lagi kepesongan, kesongsangan dan kesesatan yang jelas disebarkan oleh Rasul Dahri ini di tanah-air kita malaysia dan diluar malaysia.

Saya mengajak Rasul Dahri untuk berdebat pada segala masaalah akidahnya yang songsang seperti di atas dan selainnya.
Wassalam.

About these ads

Respon

  1. Woi anjing bid’ah tAK PAYAH NAK BERDEBAT DGN UST RASUL DAHRI. JOM BERDEBAT DENGAN AKU. DASAR ASYAIRAH TAK NAK TERIMA KEBENARAN. KAU TAU TAK IMAM ASSYARI YANG KAU TUHANKAN PUN BERTAUBAT DAN IKUT MANHAJ SALAF.

  2. Saudara Iskandar Al-Kelantani

    Saya dapat meklumat daripada seorang bekas pengikut Rasul Dahri bahawa Rasul Dahri mengatakan berdebat hukumnya haram. Kalau ikut hukum yang dibuat oleh Rasul Dahri ini, bermakna saudara Iskandar mengajak kepada perkara yang haram (iaitu berdebat dengan Abu Syafiq). Salah seorang ustaz wahabi di Johor Bahru pula mengatakan bahawa berdebat hukumnya kafir!. Kalau ikut kaedah ustaz wahabi yang ini pula, saudara Iskandar dah jadi kafir sebab ajak orang berdebat!!. Sauadar Iskandar kena bersabar, andai kata Rasul Dahri tidak mahu berdebat dengan Abu Syafiq, barulah saudara Iskandar cabar Abu Syafiq pula untuk berdebat. Jangan potong ‘line’ Rasul Dahri saudara Iskandar, bimbang nanti anda dikafirkan oleh Rasul Dahri pula!. Lagi satu, saudara jangan nak mengarut, bila masa golongan Asyairah bertuhankan Imam Abu Hasan Asy’ari? Ini merupakan satu pengkafiran terhadap golongan ahlus sunnah oleh penyokong wahabi!!. Apa yang saudara nyatakan itu adalah satu fitnah dan satu pengkafiran tanpa hak yang mana hukumnya balik kepada anda sendiri!!.Tentang dakwaan saudara yang Imam Abu Hasan Al-Asy’ari bertaubat, ya benar beliau bertaubat dari akidah Muktazilah. Tapi andai maksud saudara beliau bertaubat dari akidah ahlus sunnah asy’ariahnya, maka ini hujah lapuk yang diulang oleh puak wahabi yang berada di barat dan di timur. Andai kitab Al-Ibanah itu yang dijadikan oleh puak wahabi bagi membuktikan Imam Abu Hasan Asy’ari tinggalkan akidah ahlus sunnah asy’ariah, maka ketahuilah kitab Ibanah banyak versinya. Versi kitab Ibanah yang dicetak oleh Wahabi adalah sangat meragukan kerana mereka tidak nyatakan daripada manuskrip mana mereka perolehi kitab itu. Apatah lagi apa yang dinyatakan dalam Al-Ibanah cetakan puak wahabi amat bertentangan dengan apa yang Imam Abu Hasan Asy’ari nyatakan dalam kitab-kitab beliau yang lain. Jadi hujah wahabi untuk menjadikan kitab Al-Ibanah sebagai bukti bertaubatnya Imam Abu Hasa Al-Asy’ari daripada akidah ahlus sunnah asy’ariah adalah satu hujah yang rapuh dan longgar sama sekali. Wallahu a’lam.

  3. aslmkum…
    btul la jwpn ni…memang best….syukran

  4. kate ustz rasul orang tasauf, sufi kapir!!!
    betol ker???
    mane boleh camtu… coz kalau kite lihat ulama dulu2.siapa?
    (yang terkenal) sultan aulia syekh abdul kadir jailani= mursyid tarekat qadariah,
    syekh abu hassan al-syazili, ibnu a’toillah= mursyid tarekat syaziliah,
    abu yazid bustami, jaafar siddik (yang menerbitkan ilmu tasauf),syekh bahaudin=mursyid tarekat naqsyabandiah dll

    manakala imam maliki,hanafi, syafi’e dan hanbali= pengamal tarekat naqsyabandiah… hinggakan imam hambali kate jikalau tidak ditunjukkan akan daku akan sultan zikir (ismu zat) nescaya hancur badanku zahir dan batin……
    imam al-ghazali=pengamal tarekat naqsyabandiah, baiah dengan syekh abi ali parmadi, semasa tu dia dah bergelar hujjatul islam, tapi kerana tiada ilmu tarekat (hakikat dan makrifat) sembahyangnya pon tak khusuk…so kenapa rasul dahri mendakwa bahawa imam ghazali dan imam syafi’i kate tasauf sesat sedangkan mereka mengamalkan ilmu tarekat dan tasauf…
    siape tu tok kenali, tok paloh, tok pulau manis, tok guru bukit abal, tuanku tabal,mereka semua pengamal tarekat dan tasauf…..

    so iskandar al-kelantani; adakah rasul dahri lebih alim dari kesemua mereka terutamanya SULTAN AULIA itu????
    ni rasul dahri pakai hadis ke tak ni????

    “hendaklah kamu BESERTA ALLAH, jika kamu tak boleh beserta dengan allah, maka hendaklah kamu beserta dengan orang yang beserta dengan alllah, nescaya dia kan bimbing kamu kepada allah”

    kepada iskandar al-kelantani: Nak tau ape maksud beserta allah:hadiri pengajian KITAB HIKAM:::::kalam yangke 283…
    dalam bicara sufi ada sumbangan anak kajang kalu malas pegi dengar org mengajar……

    satu lagi. kalu ajaran tasauf ni sesat takkan la di azhar, mesir ada degree, master n PhD dalam bidang tasauf…..

    kite diberikan akal untuk berpikir…..
    jangan pulak jabi macam haiwan tak mau berpikir…
    aku dah dengar dlm YOU TUBE ‘bahaya tarekat sufiah/tasauf” memang menyongsangkan pikiran tok guru hampa tu….

    wassalam……

  5. sejurus saya baca tulisan di atas, saya terus cek di youtube. sah rasul dahri mengatakan allah bersemayam di arasy. yang kat dunia ni dia kata ilmu allah aja, bukan allah. penekanan diberikan untuk membuktikan bahawa allah itu bersemayam di atas arasy. dia pakai nama imam 4 mazhab lagi.

    berdasarkan hukum bahawa allah itu tidak bertempat dan tidak memerlukan tempat maka dah sahlah bahawa rasul dahri telah terpesong dari akidah ahli sunnah wal jamaah.

  6. ada juga khadam ust rasul dahri nak pertahankan guru dia(iskandar) tu.mmg sah la akidah dia spt ust rasul dahri jg(wahabi)..
    jangan tukar fakta kata imam abu hassan taubat masuk akidah salafi kamu.kalau imam abu hassan taubat dari fahaman mutazilah..ya! itu mmg benar.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 31 other followers

%d bloggers like this: