Posted by: bankwahabi | Julai 27, 2007

Ajaran Sesat Wahhabi

http://ahlussunnah-waljamaah.blogspot.com/

AJARAN SESAT WAHABI PERTAMA.

Puak Wahabi melarang orang belajar tentang sifat 20 pada hal ini dianjurkakn oleh Ahlussunnah wal Jamaah. Ini jelas dapat dilihat di negara Arab Saudi. Mereka menciptakan suatu pengajian tauhid secara baru yang tidak ada sejak dahulu, baik pada zaman nabi SAW atau pada zaman Sahabat baginda.
Pengajian baru itu mereka namakan dengan “Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah”.

Tauhid ini ada 2 jenis, kata mereka iaitu:

1. Tauhid Rububiyah iaitu tauhidnya orang kafir dan tauhidnya orang musyrik yang menyembah berhala, atau dengan kata lainnya “Tauhid” orang yang syirik.

2. Tauhid Uluhiyah iaitu tauhidnya orang Mukmin, tauhidnya orang Islam serupa iman dan Islamnya puak Wahabi.

Merka mengatakan bahawa dalam Al Quran disebut begini:

” Katakanlah (Wahai Muhammad): Kepunyaan siapakan langit dan bumi dan semua isinya kalau kamu mengetahui? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah kepada mereka: Mengapa kamu tidak mengambil perhatian?” ( Al Mukminun:84-85)

Dengan ayat ini kaum Wahabi mengatakan bahawa orang kafir pun percaya kepada adanya Tuhan tetapi imannya tidak sah kerana menyembah berhala disamping pengakuannya kepada adanya Tuhan iaitu Allah.

Dalil lain yang mereka ajukan adalah:

“Dan kalau engkau bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menjadikan matahari dan bulan, mereka akan menjawab: Allah. Maka: Bagaimana kamu berpaling daripada kebenaran?”
(Al Ankabut:61)

Jadi kesimpulannya, orang Wahabi, orang kafir mengakui adanya Allah tetapi mereka menyembah selain Allah.

Jadi, kata mereka, ada orang yang mengakui adanya Tuhan tetapi menyembah selain Tuhan adalah bertauhid Rububiyah iaitu Tauhidnya orang yang mempersekutukan Allah.
Adapun Tauhid Uluhiyah ialah tauhid yang sebenar-benarnya iaitu mengesakan Tuhan sehingga tidak ada yang disembah selain Allah.

Demikian pengajian Wahabi.

Pengajian seperti ini tidak pernah ada sejak dahulu. hairan kita melihat falsafahnya. Orang kafir yang mempersekutukan Tuhan digelar kaum Tauhid. Adakah Sahabat-sahabat Nabi menamakan orang musyrik sebagai ummat Tauhid? Tidak!

Syirik dan Tauhid tidak mungkin bersatu. Hal ini adalah 2 perkara yang berlawanan bagai siang dengan malam.
Mungkinkah bersatu siang dengan malam serentak?Begitulah juga tidak adanya syirik dan tauhid bersatu dalam diri seseorang. Sama ada dia Tauhid atau Musyrik. Tidak ada kedua-duanya sekali. Jelas ini adalah ajaran sesat dan bidaah yang dipelopori oleh puak Wahabi & kini telah merebak ke dalam pengajian Islam teruatamnya di Timur Tengah.

Kaum Wahabi yang sesat ini menciptakan pengajian baru dengan maksud untuk menggolongkan manusia yang datang menziarahi makam Nabi di Madinah, bertawasul dan amalan Ahlussunnah wal Jamaah yang lain sebagai orang “kafir” yang bertauhid Rububiyah dan yang mengikuti mereka sahaja adalah tergolong dalam Tauhid Uluhiyah.

AJARAN SESAT WAHABI KEDUA

Qubbah di ats kubur adalah Haram.

Puak Wahabi berpendapat bahawa membina qubah di atas makam perkuburan adalah haram dan patut diruntuhkan.

Hal ini dilaksanakan oleh mereka pada ketika memasuki Hijjaz pada gelombang yang pertama tahun 1803M dan pada masa gelombang kedua pada tahun 1924M. Qubbah makam Siti Khadijah r.ha di Mua’la Mekah dan Sahabat-sahabat lain, begitu juga qubbah Sayidina Hamzah r.a dekat bukit Uhud begitu juga qubbah di makam Baqi’ di Madinah semuanya diruntuhkan.

Bukan sahaja qubah makan tetapi juga qubah peringatan Maulud Nabi di Suq Al Lail juga diruntuhkan dengan meriam. Di seluruh dunia Islam selain yang dikuasai Wahabi kita dapat melihat qubbah-qubbah ini seperti di Palestin, Iraq, Maghribi, Mesir, Turki, Afghanistan, Pakistan, Syiria, Indonesia; semuanya terdapat qubbah di atas maqam para ulama dan nabi-nabi.

Bagi kaum Ahlussunnah wal Jamaah, membina qubbah-qubbah ini tidak ada salahnya bahkan baik kerana sebagai tanda bagi ulama-ulama dan auliya-aulia yang bermakan di situ disamping memudahkan para Muslimin mencarinya untuk tujuan ziarah.

Tetapi kaum Wahabi ini tidak berani meruntuhkan qubbah yang ada di atas makam Nabi Muhammad SAW di Madinah kerana takut akan reaksi dunia Islam seluruhnya.

AJARAN SESAT WAHABI KETIGA

BERDOA DENGAN CARA TAWASUL ADALAH SYIRIK.

Ulama-ulama Wahabi selalu menfatwakan bahawa berdoa dengan cara tawasul adalah syirik dan haram. Hal ini tidaklah menghairankan kerana fahaman Wahabi ini adalah penerus yang fanatik dari fatwa-fatwa Ibnu Taimiyah yang sesat itu.
Pendirian kaum Ahlussunnah wal Jamaah dalam soal tawasul sudah diperjelaskan dalam bab yang terdahulu yang membincangkan fatwa-fatwa Ibnu Taimiyah. Pada bab itu telah kami kemukakan dalil-dalil Al Quran dan hadis-hadis yang berkaitan dengan tawasul itu. Sila rujuk kembali.

AJARAN SESAT WAHABI KEEMPAT

Menyambut Maulidur Rasul adalah haram dan bidaah dholalah.

Ulama Wahabi menfatwakan bahawa menyambut sambutan Maulidur Rasul SAW adalah haram dan bidaah dholalah . Hujah mereka adalah kerana Rasul SAW dan para Sahabat Rasul SAW tidak mengamalkannya dan ianya merupakan satu perkara bidaah(yang diada-adakan) dalam Islam dan bagi mereka setiap bidaah adalah sesat.

Ini bertentangan dengan pendapat jumhur ulama Ahlussunnah wal Jamaah yang membolehkan sambutan Maulidur Rasul diadakan bagi memperingati jasa-jasa Rasul SAW dan sebagai tanda terima kasih kita kepada Rasul SAW yang membawa rahmat ke sekalian alam dengan kelahirannya ke muka bumi ini.

Bagi Ahlussunnah wal Jamaah, bidaah itu terbahagi kepada 2 iaitu bidaah hasanah dan bidaah dholalah. Dan sambutan maulidur rasul ini termasuk dalam kategori bidaah hasanah (baik). Kerana ketika sambutan Maulidur rasul inilah , amalan-amalan baik dan ibadah banyak dilakukan seperti selawat, berzanji, mendengar ceramah sirah nabi, nasyid dan pelbagai aktiviti yang menanam rasa kecintaan kita kepada Rasul SAW dengan harapan untuk mendapatkan syafaatnya di Akhirat kelak.

Ulama Wahabi juga pernah menuduh bacaan selawat ketika Maulidur Rasul yang menyebut:

“Anta nuurun faqaunuri” yang bermaksud “Andalah cahaya di atas cahaya” sebagai bercanggah dengan ayat Al Quran ke 35 surah An Nur yang berbunyi:

“Allahu nurus samawa ti wal ard” yang mereka terjemahkan sebagai ” Allah adalah cahaya langit dan bumi.”

Ulama Wahabi menafsirkan selawat tersebut berlawanan dengan ayat Al Quran tadi kerana bagi mereka, Allah adalah cahaya langit dan bumi dan sekiranya Rasul adalah cahaya di atas cahaya, maka seolah-olah Rasul SAW adalah lebih tinggi dan mulia daripada Allah SWT. Maha Suci Allah! Lihatlah betapa dangkalnya tafsiran Wahabi ini yang hanya menerima tafsiran zahiriah ayat Quran tersebut dan tidak mengupas maksud simbolik atau batiniah surah tersebut.

Bagi Ahlussunnah wal Jamaah, tafsiran ayat Quran 35 surah An Nuur itu sepatutnya berbunyi:
“Allah adalah cahaya (petunjuk/hidayah) langit dan bumi” dan bukannya seperti yang ditafsir oleh ulama Wahabi tersebut.

Sekiranya tafsiran ulama Wahabi ini diterima, maka kita telah melakukan syirik dengan mengatakan Allah itu adalah cahaya sepertimana cahayanya para malaikat, matahari, lampu, lilin dan sebagainya. Maha Suci Allah daripada bersifat seperti makhluk-Nya.

Mari kita melihat surah As Syura:11 yang bermkasud: “Tiada yang menyerupai-Nya sebarang sesuatu.” Tetapi hal ini pun tidaklah menghairankan kerana mereka lebih gemar mengikuti Ibnu Taimiyah laknatullah itu dalam menerima tafsiran zahiriah semata-mata tanpa mengupas dan melihat maksud tersirat dalam sesuatu surah itu.

KESESATAN AJARAN WAHABI KELIMA

ISTIGATSAH SYIRIK

Tersebut di dalam kitab karangan ulama Wahabi bertajuk “ Al Hidayatus Saniyah wat Tuhfatul Wahabiyah” pada muka surat 66 begini:

“Barangsiapa menjadikan malaikat, nabi-nabi, Ibnu Abbas, Ibnu Abi Thalib atau Mahjub perantara antara mereka dengan Allah, kerana mereka hamper dengan Allah, seperti yang banyak diperbuat orang di hadapan raja-raja, maka orang itu kafir, musyrik, halal darahnya dan hartanya, walaupun ia mengucapkan 2 kalimah syahadat, walaupun dia sembahyang, puasa dan mendakwakan dirinya Muslim.”

Jelas menurut buku Wahabi ini bahawa kaum Wahabi mengkafirkan sekalian orang Islam yang sudah membaca syahadat kalau orang Islam itu menjadikan malaikat, nabi-nabi, Ibnu Abbas, Ibnu Abi Thalib (maksudnya Sayidina Ali kwj) atau Mahjub menjadi perantara mereka dengan Allah.

Erti “menjadi perantara” yang dilarang itu n menurut faham Wahabi ialah beristigatsah dengan mereka.

Tegasnya: “Sesiapa yang beristigatsah menjadi syirik.”

Apa yang dimaksud dengan istigatsah?

Contohnya ialah seorang Muslim dating menziarahi kuburan (makam) Nabi di Madinah lantas di situ ia berkata menghadapkan pembicaraan kepada Nabi : “Wahai Rasulullah, wahai Habiballah, wahai penghulu kami Muhammad Nabi Akhir zaman, berilah kami syafaat engkau diakhirat, mintakanlah kepada Tuhan supaya kami ini selamat dunia dan akhirat.”

Inilah ucapan orang yang beristigatsah.

Cara ini syirik menurut kaum Wahabi kerana terdapat beberapa unsure kemusyrikan iaitu:

memanggil dan menghadapkan pembicaraan kepada orang yang telah mati, sedang orang itu sudah menjadi mayat.
Meminta atau memohon pertolongan kepada orang mati, kepada makhluk, sedang yang boleh diojadikan tempat memohon pertolongan itu hanyalah Allah sahaja.
Menjadikan Nabi itu sebagai perantara antara ia dengan Allah, pada hal setiap orang Islam boleh berdoa terus kepada Tuhan sedangkan Tuhan itu hamper kepada semua hamba-Nya.

Inilah unsure kemusyrikan dalam istigatsah itu dan kerananya orang itu menjadi musyrik kalau mengerjakan ini.

Kaum Ahlussunnah wal Jamaah (ASWJ) yang beriktiqad sebagai iktiqad Nabi Muhammad`SAW yang diketuai oleh Imam Abu Hassan Al Asyaari tidak sefaham dengan Wahabi dalam soal ini.

Kaum ASWJ berpendapat:

memanggil dan menghadapkan pembicaraan kepada orang yang telah mati adalah dibolehkan, tidak dilarang dan bahkan dikerjakan oleh Nabi dan Sahabat beliau , juga oleh seluruh umat Islam di dunia yang ikut ASWJ.
Nabi Muhammad SAW walaupum sudah wafat tetapi beliau hidup dalam kubur dan mendengar sekalian salam orang dan sekalian permintaan orang sebagai keadaannya sewaktu beliau hidup di dunia.
Meminta tolong kepada makhluk, kepada selain Allah, kepada Nabi dan kepada manusia adalah dibolehkan dan tidak dilarang dalam agama.

Inilah perbezaan faham dan prinsipil antara ASWJ dengan puak Wahabi yang sesat itu.

Faham ASWJ ini berdasarkan dalil-dalil, di antaranya kami kemukakan sebagai di bawah ini:

Pertama:

Tersebut dalam kitab hadis begini:

Ertinya: “ Dari Anas r.a, beliau berkata: Pada suatu malam kaum Muslimin mendengar Rasulullah menyeru dekat dengan telaga Badar: Wahai Abu Jahil bin Hisyam, wahai Syaibah bin Rabiah, Wahai Umayyah bin Khalaf! Adakah kamu menerima ganjaran seksa yang dijanjikan Tuhan kepada kamu sekalian? Saya sudah menerima apa yang dijanjikan Tuhan kepada saya. Sahabat-sahabat ketika itu bertanya kepada Nabi: ‘Kenapakah tuan memanggil orang-orang yang sudah menjadi mayat? Maka nabi menjawab: ‘Mereka mendengar apa yang aku ucapkan melebihi daripada pendengaran kamu, tetapi mereka tidak berkuasa menjawabnya.”

(Hadis Riwayat Nasa’i –Sunan Nasa’I, juzuk 4, muka surat 110)

Jelas dalam hadis ini bahawa Nabi pernah dan ada memanggil orang-orang yang sudah mati, yang sudah menjadi mayat.

Hadis ini juga dengan panjang lebar telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari (lihat sahih Bukhari Kitab Al Maghazi dan fathul Bari juzuk 8, muka surat 302 dan 305)

Kejadian yang diterangkan hadis ini ialah sesudah peperangan badar, di mana banyak orang kafir Quraisy yang mati bergelimpangan mayatnya dalam telaga Badar yang di antara namaya dipanggil oleh Nabi itu.

Tidak berapa lama sesudah peperangan badart, nabi Muhammad SAW bersam Sahabat beliau dating ke telaga itu dan mengucapkan perkataan yang tersebut di atas.

Apa yang dapat dipetik daripada hadis ini:

nabi ada memanggil dan menghadapkan pembicaraan kepada orang-orang yang telah mati.
Orang-orang yang telah mati itu, wlaupun ia sudah mati dan dukuburkan, mereka dihidupkan kembali dengan secara hidup dalam alam barzakh, sehingga mereka mendengar kembali seruan orang hidup yang menyerunya.
Menyeru orang mati tidak terlarang. Sedangkan orang kafir yang sudah mati boleh dipanggil, apalagi nabi-nabi dan ulama-ulama Islam.

Kedua:

Tersebut dalam hadis Bukhari (lihat fathul Bari, juzuk 3, halaman 449) begini:

Ertinya: “ Dari Anas bin Malik, dari Nabi Muhammad SAW, beliau berkata: “hamba-hamba Tuhan apabila diletakkan dalam kuburnya dan orang-orang yang menghantarnya sudah mula kembali pulang, maka mayat itu mendengar detik-detik sandal mereka.”

(hadis riwayat Bukhari – Sahih Bukhari 1 halaman 169)

Ternyata dalam hadis ini bahawa orangmati itu mendengar sampai kepada detak detik sandal, apalagi klau dipanggil.

Jadi, adalah tidak benar fatwa sebahagian orang yang tidak bertanggungjawab yang mengatakan bahawa orang-orang mati setelah diletakkan dalam kubur tidak mendengar apa-apa lalgi.

Ini adalah hadis sahih dari Imam Bukhari yang tidak dioargukan lagi kesahihannya.

Ketiga:

Tersebut dalam kitab Hadis Muslim bahawa Nabi Muhammad SAW mengajarkan kepada umatnya apabila mereka menziarahi kubur supaya membaca salam begini:

Ertinya: “ salam atasmu wahai penduduk kampong ini Mukmin dan Muslim dan kami Insya Allah akan megikuti kamu, kami memohon afiat untuk kami dan jug kamu.”

(Hadis riwayat Imam Muslim – Syarah Muzlim Juz 7 halaman 45)

Jelas dalam hadis ini bahawa dalam hokum syariat Islam boleh kita bercakap-cakap kepada orang yang telah mati seolah-olah kita bercakap dengan orang yang masih hidup.

Dalam hadis ini ada kalimat “salam untukmu”, “kami akan mengikuti kamu” dan “kami memohon afiat untuk kami dan kamu.”

Klau ada faham yang mengharamkan bercakap-cakap kepada orang yang telah mati maka fatwa itu bertentangan dengan hadis ini.

Keempat:

Tersebut dalam hadis Bukhari begini:

Ertinya: “Maka apabila seorang dari kamu solat maka hendaklah baca : ‘Tahiyat itu untuk Allah, juga selawat dan sekalian ucapan yang baik. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Tuhan dan berkatNya.’

(Hadia riwayat Imam Bukhari _ Fathul Bari Syarah Bukhari juzuk 2 , halaman 456-458)

Nyatalah dalam hadis ini bahawa setiap orang Islam dalam solat 5 waktu sehari semalam tetap mengucapkan salam kepada Nabi Muhammad SAW dengan menghadapkan perkataan langsung iaitu dengan ucapan “Salam atas tuan wahai Nabi.”

Ini membuktikan bahawa Nabi itu hidup di dalam kubur dan kita boleh menghadapkan pembicaraan kepada baginda.

Kelima:

Tersebut dalam hadis begini:

Ertinya: Adalah Nabi Muhammad SAW apabila selesai menguburkan mayat, beliau berhenti sejenak dan berkata kepada sahabat-sahabat baginda : “Minta ampunkanlah untuk saudaramu kerana dia sekarang sedang ditanya.”

( Hadis riwayat Abu Daud –Sunan Abi Daud juzuk 3, halaman 215)

Jelas dalam hadis ini bahawa orang mati itu dihidupkan dalam kuburnya dan ditanya tentang itu dan ini.

Dari dalil-dalil yang 5 ini dapat diambil kesimpulan:

memanggil dan menghadapkan pembicaraan kepada orang mati adalah dibolehkan. Boleh kita ucapkan : Ya Rasulullah! Dihadapan makam Nabi di Madinah atau di tempat lain.
Orang yang sudah mati dikembalikan alat pendengar dan alat eprasa oleh Tuhan kepada mereka, sehingga mereka mendengar ucapan kita dan mendengar detak detik sandal kita di atas perkuburan mereka.

Dan, khusus bagi nabi-nabi kaum ASWJ mempercayai bahawa beliau hidup di dalam kubur, mendengar salam dan mendengar ucapan yang diucapkan kepada baginda.

Dalil- dalil kepercayaan ini:

Keenam:

Tersebut dalam hadis Baihaqi, begini:

Ertinya: “Dari Anas bin Malik, bahawasanya Nabi Muhammad SAW berkata: ‘Nabi-nabi itu hidup dalam kubur mereka dan mereka solat.”

(Hadis riwayat Imam Baihaqi – Zarqani Juzuk 5 halaman 332)

Ketujuh:

Tersebut dalam Zarqani juga:

Ertinya: “bahawasanya Nabi Muhammad berkata: Pada malam Isra’, saya melalui Nabi Musa di Katib Ahmar, beliau berdiri solat dikuburnya.”

(Hadis ini dirawikan oleh Imam Ahmad, Nasa’I dan Muslim, syarah Muslim juzuk 16 halam 133)

Menurut hadis ini nabi-nabi hidup dalam kuburnya masing-masing dan mendirikan solat. Dan khusus bagi nabi kita Nabi Muhammad SAW, beliau berkata tentang diri baginda begini:

Kelapan:

Tersebut dalam sebuah hadis:

Ertinya: “ Dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata: berkata Rasul SAW: ‘Pada setiap orang Islam memberi salam padaku nescaya Tuhan mengembalikan kepadaku rohku sehingga aku menjawab salamnya.”

(Hadis riwayat Imam Abu Dauid, Sahih Abu Daud juzuk 2, halaman 218)

Berkata Imam Zarqani dalam menafsirkan hadis ini, bahawa hadis ini suatu bukti bahawa Nabi hidup terus menerus di dalam kubur baginda kerana pada setiap saat ada orang yang berselawat kepada Nabi SAW di atas dunia ini. (Lihat Zarqani syarah Mawahib juzuk 5, halaman 335)

Kesembilan:

Tersebut dalam hadis Bukhari suatu hadis yang panjang menyatakan keadaan orang-orang di Padang mahsyar, di mana mereka beramai-ramai beristigatsah, minta bantuan kepada nabi-nabi untuk memohon supaya nabi-nabi minta kepada Allah, agar lekas diadakan hari Hisab.

Pangkal hadis itu berbunyi:

Ertinya: “Berkata Rasulullah SAW: Tuhan menghimpunkan manusia pada hari Qiamat, maka manusia itu berkata sesame mereka: Sekiranya kita minta syafaat, minta bantuan untuk menyampaikan permihonan kita kepada Tuhan supaya kita mendapat kesenangan, maka mereka dating kepada nabi Adam……………dan lain-lain.

(hadis riwayat Imam Bukhari –sahih Bukhari, juzuk 4, halaman 98)

Di dalam hadis ini dinyatakan terang bahawa orang-orang di Akhirat beristigatsah kepada nabi-nabi.

Kesepuluh:

Tersebut dalam kitab “Syawahidul Haq” karangan Syeikh Yusuf bin Ismail An nabhani pada halaman 138 begini:

Ertinya: “ Dan menurut hadis yang sahih, dalam suatu hadis yang panjang, bahawasanya kemarau menimpa manusia pada zaman Sayidina Umar Al Khattab memeerintah, maka dating seorang lelaki ke makam nabi Muhammad SAW maka ia berkata: Hai Rasulullah! Mintakanlah hujan untuk umatmu kerana mereka hamper binasa. Kemudian lelaki itu bermimpi didatangi Nabi dan Nabi mengatakan, bahawa hujan akan turun. Memang sesudah itu hujan turun. Dalam hadis itu disebutkan juga suruhan nabi kepada lelaki itu supaya ia menyampaikan salam Nabi kepada Sayidina Umar dan mengabarkan bahawa hujan akan datang.”

(Syawahidul Haq hlaman 138)

Kesebelas:

Dalam soal meminta pertolongan kepada selain Allah, kaum ASWJ beriktiqad bahawa hal itu tidak mengapa kalau kita mengiktiqadkan bahawa yang menolong kita itu pada hakikatnya adalah Allah dan manusia tempat minta tolong itu hanya sekadar penyebab lahirnya sahaja.

Kita boleh minta tolong melalui solat dan sabar sedangkan sabar dan solat itu bukan Tuhan.

Firman Allah:

Ertinya: “Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat.” (Al Baqarah: 45)

Keduabelas:

Umat Islam disuruh bertolong-tolongan dalam mengerjakan kebaikan yang bererti disuruh juga meminta pertolongan.

Firman Tuhan:

Ertinya: “Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa.”
(Al Maidah: 3)

Sultan Iskandar Zulkarnain yang dipuji oleh Tuhan dalam Al Quran pernah meminta tolong kepada manusia. Tuhan menyatakan hal ini dalam firmanNya:

Ertinya: “Apa yang ditetapkan oleh Tuhan buatku lebih baik (dari pemberianmu), sebab itu tolonglah daku dengan (pekerja-pekerja) yang kuat.” (Al Kahfi : 95)

Sesudah menghuraikan dalil-dalil yang di atas dapat diambil kesimpulan tentang istigatsah dengan Nabi sebagai berikut:

boleh menghadapkan pembicaraan dan seruan kepada orang yang telah mati.
Boleh minta tolong kepada rasul, wali yang telah mati
Boleh meminta pertolongan kepada makhluk
Yang syirik dan kafir hanyalah menyembah makhluk atau mengiktiqadkan bahawa makhluk Tuhan yang disembah itu berkuasa menciptakan sesuatu seperti Allah.

Inilah iktiqah kaum ASWJ. Ini bertentangan dengan iktiqad Wahabi dan Ibnu Taimiyah yang sesat lagi menyesatkan yang berpendapat bahawa meminta tolong kepada selainAllah itu adalah syiirik dan beristigatsah, yakni minta kepada nabi yang sudah mati adalah syirik.

Sesiapa yang hendak memperdalam soal istigatsah ini lebih lanjut, sila baca dan perhatikan kitab-kitan ini:

Kitab “Syawahidul Haq” karangan Syeikh Yusuf bin Ismail An nabhani.
Kitab “ As Shawa’iqul Illahiyah firaddi ala Hahabiyah” karangan Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab.
Ghausul ‘Ibad bin Bayanirrasyad, karangan Syeikh Mustafa Abu Seif Al hamami.
Ad Durarus saniyah Firradi alal Wahabiyah, karangan Mufti Syafi’I di mekah, Sayid Ahmad`Zaini Dahlan.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 31 other followers

%d bloggers like this: