Wednesday, March 28, 2007
Al Baqi Tinggalan Sejarah Yang dimusnahkan
http://jihadwahabi.blogspot.com/
Pencabulan Jannatul Baqi

Gambar di atas ialah gambar Jannatul Baqi, permakaman sahabat dan ahlul bayt Rasulullah SAW ketika pemerintahan Uthmaniyyah. Pemerintahan sunni Hanafi kerajaan Uthmaniyyah telah berusaha untuk menjaga segala warisan baginda Rasulullah, sahabat dan keluarganya di kota Mekah dan Madinah serta seluruh Jazirah Arab.

Akan tetapi mulai 8 Syawal, Rabu, tahun 1345H (21 April 21, 1925) fitnah melanda umat Islam. Kerajaan sunni Uthmaniyyah dijatuhkan oleh Kamal Attaturk, British, Yahudi dengan kerjasama secara tidak langsung dari mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Mereka telah naik memerintah dua tanah suci lantas memusnahkan semua makam, dengan meratakan, merosakkan tanda nama makam, di Jannatul al Mualla di Mekah dan Jannatul Baqi di Madinah. 200 pusara sahabat telah dikikis namanya, diratakan atau dimusnahkan secara besar-besaran. Meskipun menerima bantahan keras dari pemuka sufi waktu itu, serta pemimpin politik Turki dan Arab merayu supaya pencabulan hebat ini tidak dilakukan, pihak yang penuh dendam kesumat ini tetap tidak mengendahkannya.

Perkuburan Baqi sebelum pemusnahan oleh Raja Al-Saud pada tahun 1925

Perkuburan Baqi selepas dimusnahkan oleh Al-Saud pada 1925

Perkuburan Baqi hari ini.
walau rata tetap indah sebagaimana jannah
By: WEDhusgEmbHEL on April 4, 2007
at 5:05 am
setelah lama saya selidik, makin lama makin terlihat kejahatan puak wahabi ni. melampau sangat. benci aku!
By: nas jb on April 14, 2007
at 8:13 am