Posted by: bankwahabi | September 2, 2006

Apakah Wahhabi? Apakah Salafi?

Saya hargai dengan jutaan terima kasih sekiranya diberi penjelasan yang jelas..


Berbentuk Artikel:
Suara-suara menentang Maulidur Rasul dan menghidupkan malam Jumaat ini (serta banyak lagi) mula bergaung hebat dalam dunia Islam apabila fahaman Wahabi diasaskan. Kononnya merekalah yang benar-benar telah mengikut jejak Rasulullah dan para sahabat tetapi dalam masa yang sama mereka menolak ulama-ulama terdahulu. Lalu mereka namakan diri mereka sebagai Salafi/ Ahlus Sunnah yang sebenar.Dulu ajaran mereka amat keras dan disebarkan secara terbuka. Oleh kerana semakin malap maka mereka ubah trend dengan cara halus. Iaitu dengan cara menusukkan jarum-jarum fahaman mereka kepada umat Islam. Bagi mereka, tak perlu jadi Wahabi/ Salafi? cukuplah jika umat Islam terpengaruh dengan beberapa ajaran asas mereka. Itu sudah dikira kejayaan.Sebab itulah hari ini suara-suara menentang Maulid datang dari kumpulan yang tak mengistiharkan diri mereka Wahabi/ salafi, kerana mereka telah terkena jarum-jarum halus golongan terbabit. Puak Wahabi/ Salafi inilah yang amat lantang menentang Maulid dan banyak lagi. Mereka berselindung di sebalik slogan ? Mari kembali kepada Al Quran?. ?Mari benteras syrik dan bidaah?. Nadanya seperti nada tuan. Tak tahulah tuan ni real Wahabi/ Salafi atau hanya orang yang telah berjaya diputar mindanya oleh mereka.

Beriikut saya senaraikan beberapa kejahatan kaum Wahabi/ Salafi terhadap Islam, semoga denagn pendedahan ini, kita tidak lagi mudah-mudah dicucuk hidung seperti lembu oleh mereka.

1. Menghalau dan membunuh banyak keturunan Rasulullah saw dari Mekah dan Madinah pada tahun 1912. Kerajaan Syarif Hussein keturunan Rasulullah telah dihancur-leburkan mereka menyebabkan keturunan Rasulullah yang terselamat melarikan diri ke Jordan , Syria dan Iraq hinggalah ke hari ini.
Sabda Rasulullah saw:

? Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku nanti sampailah datangnya satu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam.?
(Abu Daud, Al Hakim, Turmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dll)

Telah terbukti ramalan Rasulullah itu dan kaum Wahabi/ Salafi ini nanti akan menerima pembantaian hebat daripada pasukan berpanji hitam Timur ini , insyaallah.
Tuan masih terpengaruh dengan ideology mereka?

2. Mereka telah membunuh banyak ulama-ulama ahlus sunnah dalam usaha merampas kerajaan di Arab Saudi dulu.

3. Banyak makam para sahabat dan binaan-binaan disapu dirodok dengan ganasnya, kononnya mahu banteras syirik. Ini tindakan paling bodoh. Yang berbahaya bukannya binaan di atas makam, tapi sifat mazmumah yang ada dalam diri manusia. Senjata nuclear memang bahaya, tapi yang jauh lebih bahaya adalah sifat mazmumah yang ada dalam diri amnusia. Senjata nuclear sendiri terhasil daripada sifat mazmumah. Itulah yang paling bahaya.
Apalah salahnya membetulkan secara berhikah lagi bijaksana, dakwahkan tentang bahayanya binaan di atas makam ( jika betullah binaan tu boleh bawa syirik). Perangi sifat mazmumah dalam diri manusia, bukannya perangi binaan-binaan tak bernyawa itu. Apabila sifat-sifat mazmumah manusia berjaya dikurangkan, mereka sendiri akan merobohkan binaan-binaan tersebut. Mengapa apabila berkuasa aja, terus menghentam seolah-olah berperang pulak dengan binaan.
Akhirnya, makam dirobohkan secara ganas dan tidak bertamadun, sifat mazmumah dalam diri orang ramai tidak juga berjaya diatasi. Sehingga kini sifat mazmumah dalam diri para Wahabi/ salafi ini sendiri begitu hebat, sering aje mudah-mudah menuduh itu ini sesat.
Firman Allah:

?Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah tambahkan sakitnya.?
(Al Baqarah :10)

4. Melarang ulama-ulama ahlus sunnah mengajar di Masjidil Haram, mesti ajar fahaman Wahabi/ Salafi yang banyak membidaahkan itu ini.. Tapi hingga kini di bukit-bukit sekitar kota Mekah tak terdaya juga mereka melenyapkan ajaran Islam sebenar itu. Banyak tok guru ahlus sunnah mengajar di sana.

5. Haramkan Maulidur Rasul. Di Arab Saudi, sesiapa yang membesarkan hari itu akan ditangkap dan dipukul. Itu dulu, yang terkini wallahualam.

6. Larang orang kucup Hajarul Aswad, kononnya bidaah. Tapi oleh kerana fahaman mereka tidak relevan dengan Islam? terpaksa juga ikut kehendak umat Islam sedunia. Sekarang terpaksa bagi kucup juga.

7. Haramkan ziarah kubur termasuklah kubur Rasulullah dan para sahabat. Tak relevan juga, terpaksa ikut Islam yang sebenar, boleh ziarah kubur sampai sekarang. Asalnya dulu fatwa mereka: Haram ziarah kubur Rasulullah dan tak sah solat jamak qasar kalau ke sana. Akhirnya tak ke mana juga. Kalah dengan kehendak Islam sebenar. Sebab itu sekarang mereka cuba cucuk jarum secara halus pula ke dalam jemaah-jemaah Islam hari ini.

8. Sebutan ?Saidina? dalam tahiyyat bidaah. Lihat kembali jawapan Hassan Al Banna yang tidak membidaahkan sesiapa. Ikutlah Hassan Al Banna sekurang-kurangnya.

9. Buat tahlil arwah bidaah. (Bab ni kalau dapat berdebat memang sedap).

10. Solat tarawikh 20 rakaat bidaah. Kiranya semua serba bidaah belaka la. Yang mula buat 20 rakaat tu? Saidina Umar. Kiranya dengan Saidina Umar pun bidaah sekali. Masyaallah.

11. Baca talqin ke mayat bidaah. Lagipun mayat dah tak berfungsi, tak boleh dengar. Sebab itu dalam Tragedi Muaissem (terowong runtuh) dulu, mayat-mayat jemaah haji disodok dengan jentolak aje. Mengalir air mata umat Islam melihat kekejaman mereka.

12. Sesiapa yang bermazhab dikira bidaah. Sebab tu ada setengah ulama panggil mereka mazhab Wahabi. Habis keempat-empat Imam yang ada tuan tulis dalam posting ini juga dikira pembuat bidaah. Cuma sekarang ni, kalau mereka cakap terang-terang? habis orang lari. Jadi, dia main cara halus.

13. Belajar Sifat 20 bidaah, sebab tak pernah diajar Rasulullah. Mereka asaskan tauhid Rubbubiyah dan tauhid Uluhiyyah sahaja. Habis Imam Abu Hassan Asy Syaaie pun dikata pembuat bidaah. Tuan masih dengan ideologi mereka?

14. Semua tariqat dan tasauf bidaah. Habis mereka bidaahkan Abu Hassan Basri, Al Ghazali, Syeikh Abdul Qadir Jailani, Sufyan Ath Thauri, Tok Kenali, Haji Abdul Rahman Limbong, Syeikh Bahauddin Naqhsyabandi, Sultan Muhammad Al Fateh dan lain-lain kerana semua tu orang tariqat.

15. Azan berlagu bidaah.

16. Wirid lepas solat bidaah.

17. Banyak lagilah. Tuan sendiri mungkin lebih arif. Pokoknya, bidaah belaka dan hampir smeua dikatakan bidaah dhalalah- sesat.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 31 other followers

%d bloggers like this: